Saturday 25 December 2010

AKU dan KOMIK


Komik. Anda tahu apa itu komik? Jangan kata tak tahu. Dusta namanya itu. Saya merupakan salah seorang daripada penggemar komik. Bagilah saya apa jenis komik pun. Ganas, lawak, romantik, semua saya baca. Tapi, saya bukan otaku. Sebab saya tak seotaku mereka. Minat saya pada komik masih ditahap tidak membahaya lagi. Kiranya masih dalam kelajuan 60 km/j sahaja. Berbanding dengan otaku, mereka semua sudah berada ditahap 240 km/j(aku dah mula merapu). Ok sue, berhenti daripada mula merapu!

Macam mana saya boleh jadi penggemar komik? Semuanya disebabkan kawan baik saya cik fajrul nashrah. Dialah manusia pertama yang perkenalkan saya kepada komik. Dan dia jugalah manusia pertama yang memberi pinjam komik kepada saya sehingga kini.huuu~ saya masih ingat lagi komik pertama yang saya baca, tajuknya ialah ‘kiss baby’. Komik dari jepun yang bergenre romantic. Hoho! Komik yang cukup menerujakan. Dan bermula daripada pembacaan pertama saya itulah saya mula menjadi penggemar komik yang tegar. Bukan otaku ya.

Disebabkan cik fajrul nashrah yang menjerumuskan saya ke dunia komik, maka dia pun dengan rela hati mengambil tempat untuk menjadi pembekal komik saya. Dia beli saya pinjam, dia pinjam, saya pun pinjam (merapu lagi). Selain daripada cik fajrul ada lagi 2 orang pembekal komik saya, iaitu encik ariff putra dan encik Daniel. Kamsahamnida untuk komik-komik encik berdua yang kebanyakkannya, bukan kebanyakkan, tetapi semuanya jenis ganas-ganas.

Kawan saya pernah kata macam ini dekat saya:

“sue, kau kalau baca komik macam dah tak berada di dunia nyata. Kau macam dekat dunia sendiri. Dan dekat dunia kau tu, Cuma ada kau dengan komik je”

Saya pun rasa ada betulnya juga apa yang kawan saya katakan. Bila baca komik saya rasa macam saya masuk sekali dalam komik tu. bila kartun dalam komik tu gelak, saya pun gelak. Betapa dalamnya saya menghayati cerita komik tu sampaikan saya pernah menangis bila baca komik. Pelik pun ada juga. Orang baca novel menangis tahan lagi, saya  baca komik menangis. Huhuhu..nak buat macam mana itulah diri saya. Apa-apa pun majulah komik untuk saya. Hoho! sampai sini sahajalah entri saya untuk hari ini. Tak sabar nak baca komik yang baru diberi pinjam oleh cik fajrul nashrah. Tata! Jumpa lagi dientri yang seterusnya.

Thursday 23 December 2010

I Want A Rabbit As My Pet


“acu nak bela arnab tak?” tanya abang kepada saya

“arnab? Mestilah nak. Tapi, abang nak beli ke?”

Abang saya diam tidak menjawab. Tapi, saya mengerti diamnya itu. Sebab diam itukan tandanya setuju. Bukan begitu? Hee~ entah betul entah tidak ^____^

“susah tak nak jaga arnab?” tanya saya pula

“senang je, bagi makan bayam sudah. Lain-lain tu, pandai-pandailah”

Perbualan ini berlaku semasa saya ditingkatan 3 (ingatan kuat ni). Selepas perbualan ni memang tak terkata seronoknya. Masa tu, senyum sampai ke telinga. Dalam hati asyik berbunga riang. Sebab, akhirnya dapat juga saya memiliki haiwan kesayangan. Kepala otak asyik berangan tengah bermain dengannya, mandikannya dan blah blah blah (tak ingat ^__^). Tapi saya ingatkan cerah hingga ke malam, rupanya hujan ditengahari. Tanpa sebab-sebab tertentu ibunda saya menghalang dan tidak membenarkan saya membela arnab. Bila ditanyakan sebabnya. Ibunda diam seribu bahasa. yang ini diam kategori lain, diam tanda tak setuju.

Hancur! Musnah! Harapanku…..T____T. Memang tak terkata sedihnya masa tu. Tapi, tidak apalah demi menjadi anak yang solehah lagi taat, saya pun menuruti kata-kata ibunda saya agar tidak membela arnab. Jadi akhirnya saya bela apa? Sampai sekarang tak terbela-bela apa jenis haiwan pun. Bela diri sendiri sudah. Huu~

Disini saya paparkan beberapa gambar arnab yang comel-comel macam saya.hee~(perasan saja). Untuk melepaskan rindu, gambar pun jadilah.

comel sangat kan?


alalalala~geramnya




kalau dapat bela ni, bukan letak dalam bekas je, letak dalam periuk terus


tengok apa rabbit comel?


Catch Us If You Can!

Saya baru sahaja selesai membaca sebuah buku cerita inggeris yang cukup menarik. Catch us if you can. Buku  yang menceritakan tentang kisah  seorang cucu yang begitu menyayangi atuknya yang menunggu masa untuk pergi meninggalkannya. Menceritakan bagaimana seorang cucu menjaga atuknya dengan penuh kasih sayang. Bagaikan seorang ibu menjaga bayinya.

Didalam buku ini Catherine MacPhail memaparkan kisah Rory McIntosh, yang merupakan watak utama cerita ini. Cucu kepada Mister McIntosh yang dipanggilnya ‘granda’. Grandanya telah menjaganya sejak kecil lagi setelah Rory ditinggalkan oleh ayahnya, anak kepada Mister McIntosh. kisah bermula apabila Grandanya terpaksa dimasukkan ke hospital setelah cuba memasak pai yang menyebabkan rumah flatnya hampir terbakar. Dan disebabkan kejadian itu Rory terpaksa berpisah dengan Grandanya, apabila  dia dihantar kerumah anak yatim ‘Castle Street’ dan Grandanya dihantar ke rumah orang tua ‘Rachnadar’. Akibat tidak tahan berada di ‘Castle Street’ dan tidak sanggup lagi melihat Grandanya yang semakin bertambah tenat setelah tinggal di rumah orang tua tersebut, Rory mengambil keputusan untuk melarikan diri bersama dengan Grandanya.

Lalu bermula kisah perjalanan Rory McIntosh dan Grandanya dari satu tempat persembunyian kesatu tempat persembunyian. Dan sepanjang perjalanan tanpa tujuan tersebut mereka telah bertemu dengan pelbagai jenis manusia. Ada yang baik hati menolongnya dan ada yang tidak.

THE MORAL OF THIS STORY

Pengajaran yang saya perolehi daripada buku ini adalah, kita perlu sentiasa berwaspada dengan orang yang tidak begitu kita kenali. Tetapi, janganlah cepat berprasangka buruk dengan orang tersebut. Kita perlu mengenalinya sambil terus berwaspada (betul ke?^____^). Dan kita perlulah jadi seorang anak yang taat kepada ibu bapa. Bila kita telah melakukan kesalahan terhadap ibu bapa kita, mohonlah kemaafan. Ingat! Reda Allah itu terletak pada redanya ibu bapa. jadi berusahalah untuk menjadi anak yang soleh lagi solehah yang diredai oleh Allah dan ibu bapa. inshaAllah…

PENUTUP

Buku ini adalah buku yang amat menarik untuk dibaca. Penuh dengan kisah-kisah yang mencuit hati dan banyak ibrah yang bisa diambil darinya. Catch Us If You Can (literature component for secondary school). Read it out!

Wednesday 22 December 2010

laporan mukhayyam ikram perak


Pada hari Sabtu 11 disember 2010, saya telah mengikuti suatu program mukhayyam yang dianjurkan oleh ikram perak. Mukhayyam ini disertai hampir 120 orang dari pelbagai daerah di dalam Perak.  Mukhayyam ini bertempat di Teluk Sedagas,Pulau Pangkor.
Pada pagi sabtu tersebut,kesemua peserta diminta berkumpul di jeti Lumut.  para peserta perlu menaiki feri untuk kesana. Dalam keadaan hujan yang kadang lebat, kadang renyai agak merisaukan. Tetapi Alhamdulillah, kami berjaya sampai ke destinasi tanpa sebarang kepayahan. Setelah sampai dijeti Teluk Segadas, kami perlu berjalan kaki untuk berkumpul di Masjid berdekatan. Setelah melepaskan lelah akibat kepenatan, program di mulakan oleh ketua komander mukhayyam. Kami diberikan penerangan tentang tujuan mukhayyam ini diadakan dan serba sedikit tentang organisai ikram. Setelah itu, kami diberi pula tugasan pertama kami, iaitu menghafal lirik lagu ikram, memahami surah al-hujurat dan menghafal ayat 10 surah al-hujurat. Kami juga di beri penerangan tentang konsep yang digunakan dalam mukhayyam ini, iaitu melalui konsep 3T. tajmi’,tarbiah dan tadhrib. Setelah itu kami dibahagikan dalam beberapa buah kumpulan.
Setelah selesai segalanya kami memulakan kembara kami untuk ketempat perkhemahan. Kami akan ke sana dengan menaiki  van yang telah disewa. Sementara menuggu ketibaan van, kami diberikan tugasan seterusnya, menceritakan kisah-kisah para anbia’. Perjalanan mengambil masa hampir berapa minit. Dengan menaiki van , kembara kami dipermudahkan. Kami ingatkan cerah hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Rupanya kami perlu meredah hutan untuk  sampai ketempat perkhemahan kami.  Disinilah dimana semangat kerjasama dan kesabaran yang tinggi mula  memainkan peranan. Setelah hampir stengah jam kami ‘berjungle trekking’ akhirnya, Alhamdulillah kami selamat sampai tanpa sebarang kecederaan. Walaupun ada juga yang jatuh tergelincir dan sebagainya. Kepenatan kami reda sebentar, apabila keluar daripada hutan, mata kami terus dijamu dengan kecantikkan laut yang terbentang luas serta deruan ombak yang menghempas pantai. Sungguh mengasyikkan dan menenangkan. Subhanallah. Penat kami tidak terhenti di situ, kemudiaanya dalam masa tidak sampai setengah jam kami perlu mendirikan khemah dan memasak untuk makan tengahari. Alhamdulillah sekali lagi, semuanya berjalan lancar. Kami diberi kesempatan untuk berehat dan bersedia untuk mendirikan solat zohor berjemaah dan diselitkan slot tazkirah.
Aktiviti dimulakan dengan menyanyikan lagu ikram, setelah itu kami dibawa ke pesisir pantai untuk meneruskan aktiviti seterusnya. Pelbagai akitiviti yang telah dijalankan, antaranya isi air dalam botol, spider web dan sebagainya. Aktiviti yang dijalankan  benar-benar menguji  semangat berpasukan kami. Aktiviti ini telah mengeratkan lagi ukhwahillah antara ahli kumpulan dan para peserta.
Pada malamnya pula,setelah selesai mendirikan solat jama’ maghrib dan isyak kami membaca al-mathurat bersama-bersama. Sungguh menenangkan saat itu, mengalunkan kalimah-kalimah memuji Allah sambil diselangi dengan bunyi ombak menghempas pantai. Subhanallah sungguh tidak tergambar perasaan saya ketika itu. Tenang, setenang deruan angin pada malam itu.
 Aktiviti pada waktu malam pula, setiap kumpulan disuruh berkumpul dengan para fasilitator yang telah ditetapkan untuk setiap kumpulan. Ketika inilah kami diberi peluang untuk meluahkan segala perasaan kami. Perasaan tidak puas hati, seronok, bangga….. apa-apa sahaja yang bermain dibenak kami ketika itu. Dan kami juga perlu mengaitkan apa yang telah kami lakukan pada hari pertama ini dengan konsep 3T. tajmi’, tarbiah dan tadhrib. Aktiviti ini berlangsung selam sejam.
Pada hari ke-2 , kami memulakan pagi kami dengan solat subuh berjemaah. Kemudian  tugasan menceritakan kisah para anbia’ diteruskan oleh peserta kumpulan seterusnya.  Walaupun hujan turun menyimbah bumi, namun tugasan tersebut tetap diteruskan (pada  masa ini akhawat terpaksa berhujan kerana tidak berbumbungkan apa-apa).  Setelah itu kami diberikan masa untuk bersarapan. Roti dan sardin, itulah yang telah disediakan oleh para fasilitator untuk sarapan terakhir  kami di mukhayyam ini. Selepas selesai bersarapan kami meneruskan akitiviti terakhir kami di teluk sedagas ini. Kami melakukan beberapa senaman ringan sebelum dikerah untuk berlari anak di pesisir pantai dalam keadaan hujan yang masih renyai-renyai.
Setelah penat berlari, kami dikerah pula untuk bermain 3 jenis permainan, iaitu telur, ayam dan dinasour, permainan tuju kasut dan membina istana pasir. Suasana ketika itu sungguh meriah sekali. Para peserta tanpa mengira peringkat umur bermain dengan sungguh riang seperti sekumpulan kanak-kanak kecil. Aktiviti membina istana pasir adalah aktiviti kegemaran saya. Kerana saya dapat melihat elbagai jenis istana pasir yang terbina pada waktu ini. Yang paling tidak boleh saya lupakan adalah istana pasir yang dibina oleh kumpulan saya. Penuh dengan fantasi galaksi. Kalau dilihat, ianya sebiji kapal terbang UFO.
Selepas itu, kami diberi masa beberapa minit untuk berehat sebelum mengemas khemah dan barang-barang serta membersihkan pantai. Setelah selesai mengemas dan membersih, para peserta  dikumpulkan untuk majlis penutup atau aktiviti pengakhiran. Majlis penyampaian hadiah dilangsungkan setelah ucapan diberikan. Dan Alhamdulillah kumpulan saya, kumpulan mujahidah telah mendapat tempat yang kedua.
Mukhayyam ini adalah mukhayyam yang paling bermakna dan cukup berbeza jika dibandingkan dengan mukhayyam-mukhayyam yang pernah saya lalui sebelum ini. Perbezaan yang paling ketara adalah ukhwah yang terjalin diantara saya,kami dan seluruh para peserta mukhayyam ini. Ukhwah yang cukup helwah. Yang menjadikan ukhwah ini helwah kerana ianya dijalin atas dasar taqwa kepada Allah. Kami  bertemu kerana Allah, kami  berkumpul kerana Allah dan kami berpisah kerana Allah. Semuanya kerana Allah. Moganya ukhwahillah yang terjalin ini bisa dimanfaatkan sebaiknya untuk jalan dakwah dan moganya kekal hingga ke jannah. inshaAllah..
Firman Allah dalam surah al-hujurat ayat 10:
10.Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Sunday 19 December 2010

blog baru ni!

yeoboseyo!
ini adalah blog saya yang kedua. saya terpaksa membuatnya, kerana telah berlaku sesuatu terhadap blog pertama saya yang menyebabkan saya tidak boleh mengaktifkannya kembali.ini mungkin terjadi atas sebab saya sudah lama tidak membukanya..huhuhu ^____________^
apapun selamat datang ke blog kedua saya! i present to you the SWEET PUMPKIN RABBIT blog with a big smile.  
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...