Saturday 24 December 2011

is it false?


assalamualaikum...

sejak bila memberikan pendapat itu menjadi satu kesalahan? pernah terfikir? saya pelik dan tak faham kenapa manusia perlu mempertikaikan pendapat manusia lain.  ya, memang manusia itu berbeza. jadi, mestilah pendapat manusia itu juga berbeza. namun, tidak perlulah sampai nak condemn pendapat orang lain. entah kenapa, saya yang sakit hati apabila ada manusia yang suka sangat nak condemn pendapat orang lain. kalau mereka kata mereka bukannya condemn, tapi, mereka hanya memberikan pendapat, perlu ke mereka memberikan pendapat dengan bahasa yang sangat tidak menunjukkan erti berakhlak ketika berbicara? perlu ke macam ni --->

A : drama korea ni best tau. hero cute, heroin pun cute. cerita pun mesti ada unsur lawak.
B : drama korea? please la...macam sengal je. aku tak minat la.
A : apa sengal?
B : yela, sengal. entah apa-apa entah. kau ingat semua hero dengan heroin tu betul-betul cute ke? muka plastik je lebih tu.
A : biarlah dah aku suka. perlu ke kau nak condemn sampai macam tu sekali?
B : aku nak kau buka sikit mata kau tu.
A : hmmph! buang masa je aku cakap dengan kau.

perlu ke B condemn pendapat A tentang drama korea? walaupun dia tak minat, tak boleh ke dia cuba menerima pendapat A. ok, kalau tak boleh juga, tak boleh ke dia komen dengan lebih baik. yang lebih positif. macam ni kan bagus --->

A : shinchan bestlah..kelakar kot. aku suka.
B : aku tak suka la. macam budak-budak. but, its ok untuk tengok. untuk gembirakan hati.

haa..kan cantik tu.

bila buka youtube untuk tengok video. perkara kedua yang akan saya buat lepas tengok video adalah baca komen orang. dan, yeah semestinya dalam setiap komen tu mesti ada yang komen negatif sangat. masa baca hati saya mesti cakap " tuan punya video ni tak sakit hati ke baca? aku yang hanya tumpang baca ni pun sakit hati."

mestilah sakitkan? kecuali la pemilik video tu manusia yang paling sempurna. terima je komen-komen yang sangat menyayat hati tu (ayat tak boleh blah) dengan senang hati. bila saya ajukan soalan ni pada status facebook saya ---> sejak bila memberikan pendapat itu menjadi satu kesalahan? tiada undang-undang yang mengatakan memberikan pendapat itu salah. jadi salah ke untuk seseorang itu memberikan pendapat? <----

ukhti saya yang sangat comel memberikan komen yang membuatkan saya tersedar --->


memberikan pendapat dan membalas pendapat orang tu boleh. tiada tertulis pun dalam undang-undang yang memberikan pendapat itu adalah salah. tapi, ia akan menjadi suatu kesalahan apabila memberikan pendapat yang melanggar sensitiviti agama dan manusia. kita perlulah bijak dalam memberikan pendapat dan bijak dalam membalas pendapat. cubalah untuk menerima pendapat orang lain. jika, pendapat itu berbeza dengan apa yang kita rasa, janganlah terus membenci dan mencaci. cubalah menerima dan mengubah pendapat itu selaras dengan pendapat kita dan sang pemberi pendapat dan Allah. itukan lebih baik ^^

jangan kerana pendapat yang berbeza, kita bergaduh sesama manusia sehingga tak mahu bertegur-sapa. alright my dear brothers and sisters?

walk away from condemning

Thursday 22 December 2011

O.R.I.G.A.M.I


assalamualaikum..

sejak dulu lagi saya cuba nak buat origami burung jenjang, tapi tak terbuat-buat. sebab tak tahu macam mana nak buat. so, semalam punya semalam terlintas dalam otak saya nak surf dalam internet cara nak buat origami burung jenjang. cari punya cari. terbuka satu laman blog ni. dia tulis tentang origami. siap bagi link untuk belajar origami lagi. ni link dia http://www.en.origami-club.com/

so, saya pun try la buat origami burung jenjang seperti yang diajar. this is the second time in my life, i try to make jenjang bird origami. kali pertama masa darjah 4 dulu. lama sungguhkan? mana tak lupa. saya mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan origami tersebut. memang menguji kesabaran betul. saya ni dahlah jenis yang tak sabar. tapi, alhamdulillah selepas berjuang berhabis-habisan untuk menaikkan level kesabaran saya, saya berjaya untuk menyiapkan origami burung jenjang tu. memang gembira sungguh la masa tu. rasa nak joget macam gumiho pun ada >.<. yela, mana tak gembira. orang yang jenis tak sabar macam saya ni, mampu lakukan sesuatu yang  memerlukan kesabaran yang amat tinggi. lepas dah buat burung jenjang, saya try buat kipas, bas, penanda buku dan banyak lagi.

rabbit heart

penanda buku yang terlebih besar

yukata pakaian tradisional jepun

my second jenjang bird

paper fan

copyright of susuchan ^^


origami ni memang bagus untuk mengubat mereka yang tak reti nak bersabar, kepada mereka yang lebih bersabar. ini kenyataan ya, bukan auta. sebab saya dah suruh seorang rakan saya mencubanya. dan dia mengatakan

"memang betul su, origami ni memang mampu membentuk orang yang tak reti bersabar kepada lebih bersabar macam aku."

so, lepas ni takyah la susah-susah nak pi jumpa kaunselor, untuk minta nasihat macam mana nak jadi orang yang lebih bersabar. duduk je dalam bilik, ambil kertas a4, dan buat origami. inshaAllah lepas tu mampu la jadi orang yang lebih bersabar. isteri-isteri pun boleh suruh suami cuba. supaya lepas ni kalau shopping si suami dapat tunggu si isteri bershopping dengan penuh kesabaran. dapat shopping lebih lama (merapu >.<).

last but not least, origami adalah treatment terbaru untuk mengubati manusia-manusia yang tak reti nak sabar macam saya ni. saya galakkan anda semua mencuba. boleh buat duit tahu! oklah..nak pi try buat origami lain pula ^^

Wednesday 21 December 2011

be generous


assalamualaikum..


saya ada seorang rakan yang sangat pemurah. dia tidak lokek untuk mengeluarkan duit untuk sesiapa sahaja. malahan, banyak kali dia menghulurkan duit untuk diberi kepada saya. kadang saya malu dengan dia. kerana sifatnya yang sangat pemurah. kakak saya pernah beritahu, mereka yang mengeluarkan duit untuk kebaikan akan ditambah rezekinya berlipat ganda  daripada apa yang diberikan. dan, saya nampak kebenaran kata-kata tu pada rakan saya yang pemurah tu. dia diberi rezeki yang tak putus-putus.

firman Allah dalam surah Al-Baqarah:245

Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.

Allah juga menyatakan bahawa Dia akan melipat gandakan pembayaran kepada orang yang bermurah hati atau orang yang suka bersedekah. jadi...mulai hari ni mari kita bumikan dalam diri kita sifat pemurah dan suka bersedekah. saya pun tengah cuba sedaya upaya untuk membumikan sifat yang mulia ini. moga Allah permudahkan. amiin..alright my dear brother and sister? try it ok.

Saturday 17 December 2011

tuntutan bukan pilihan


assalamualaikum..

bertudung merupakan tuntutan Allah, bukan sekadar hak individu.



saya terpanggil untuk berkongsi tentang hijab atau tudung. kenapa dan mengapa tudung menjadi tuntutan agama? itu persoalannya. jadi, saya bawakan sebuah dialog antara 2 orang wanita yang saya petik daripada sebuah novel karya Fatimah Syarha. mungkin akan ada sedikit pencerahan dan tarbiah daripada dialog ini. moganya..

wanita A : saya sudah letih
wanita B : mengapa?
wanita A : letih dengan semua orang yang menghukum saya
wanita B : menghukum yang bagaimana?
wanita A : ada seorang perempuan yang menyuruh saya berhijab(bertudung)
wanita B : bukankah hijab itu sudah menjadi perkara biasa?!
wanita A : ya, saya tahu.
wanita B : lagipun elok awak berhijab
wanita A : siapa kata?
wanita B : Allah kata dalam Quran
wanita A : ya, perempuan itu pun berkata begitu. surah an-nur dan surah al-Ahzab. tetapi, ia cuma dosa kecil.
wanita B : dosa besar semuanya bermula daripada dosa kecil.
wanita A : apa yang lebih penting daripada soal hijab adalah, asalkan hati baik.
wanita B : tetapi, mengapa awak habiskan masa berjam-jam untuk bersolek? mengapa awak belanjakan banyak wang untuk kelihatan cantik?
wanita A : saya tidak sukakan hijab, ia merampas kebebasan saya.
wanita B : apa makna kebebasan bagi awak?
wanita A : kebebasan ialah saya boleh melakukan apa yang saya suka
wanita B : tidak! kebebasan ialah, bebas melakukan apa yang baik tanpa mempedulikan apa kata orang.
wanita A : saya lihat ramai yang berhijab tetapi berperangai buruk.
wanita B : jadi wanita kaki botol yang tidak berhijab itu lebih baiklah?
wanita A : saya tidak mahu jadi fanatik
wanita B : awak fanatik pada sekular dan ekstremis
wanita A : sekiranya saya berhijab siapa hendak berkahwin dengan saya?
wanita B : seorang lelaki yang sedar hijab itu perintah Allah.
wanita A : katakan suami saya tidak suka saya berhijab. bagaimana?
wanita B : lelaki itu tidak patuh perintah Allah dan tidak layak dikahwini.
wanita A : siapa yang akan terima saya bekerja?
wanita B : syarikat yang menghormati pekerjanya. ramai wanita yang bekerja di hospital dan sektor korporat tetapi masih bertudung.
wanita A : tetapi hijab bukan fesyen.
wanita B : hijab bukan setakat pakaian, ia adalah perintah. jadi, baju ketat dan seluar sendat awak itu fesyen?
wanita A : lelaki mahu kawal wanita dengan hijab
wanita B : spesifiknya?
wanita A : lelaki mengatur apa yang wanita mahu pakai.
wanita B : jadi, bukan lelaki yang menyuruh awak berfesyen begini? ingat fesyen dicipta lelaki, malah mereka menggunakan wanita sebagai komoditi.
wanita A : maksudnya?
wanita B : televisyen dan majalah mengawal apa yang perlu awak pakai, bahkan mereka mengawal pasaran. mereka membuat majalah supaya wanita kelihatan kurus kering dan anokresia supaaya muat dengan fesyen. islam muncul menyatakan, dalaman paling penting.
wanita A : tetapi, ia tidak sesuai dengan kehidupan sekarang.
wanita B : "dan rugilah orang yang mengotorkan jiwanya." surah al-Syams, ayat 10.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud;

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak- anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

bertudunglah. kerana tertutup itu lebih indah daripada yang terdedah :)

Thursday 15 December 2011

forgive please



assalamualaikum..

"every son of Adam make mistakes, and the best of those who make mistakes are those who repent."
-Al-Tirmidhi-

my dear brothers and sisters, did you understand the above hadith? did you? the above hadith tell us, every mankind in this world will make mistake, and can't run from make mistake. it is 'fitrah'. its means no matter how perfect we think we can be, or no matter how good we think we are, or how "high up there" we feel we are, there is at the the very least, one time in our lifetime when we have slighted, hurt, damaged, wounded, upset, snubbed, offened, been rude and wronged others!

but....every mistakes we do, we can redeem it by repent. repent is the best thing we should do after make mistakes. like the Prophet (peace be upon him) said that the best of those who make mistakes are the ones who repent.  totally amazing! you repent, and you become the best. isn't that sound interesting? islam is always interesting.

so, when we make mistake, what should we do? repent. right? repent to Allah. if to human? its easy, we make apologize to them. that is what the mistakes maker should do. how about the 'pemberi maaf'? what they should do?

the 'pemberi maaf' should forgive them. forgive and accept their apologize. one of my friends, have asked me "what we should do, if someone hurt us and doesn't apologize?" so, i said "just forgive them", she said back "you say like forgive them was easy to do",  i smile and said "if Allah can forgive them, so, we also can forgive them.", she replied "thats Allah, not human." until today, i'm still find a suitable word to replied back. and i found it! alhamdulillah.

"and by the mercy of Allah, you dealt with them gently. and had you been severe and harsh-hearted, they would have broken away from about you; so pass over (their faults), and ask (Allah) forgiveness for them; and consult them in the affairs. then when you have taken a decision, put your trust in Allah, certainly, Allah loves those who put their trust (in Him)." -al-Imraan 3:159-

Allah said that we should forgive them anyway. pass over their faults. and ask Allah to forgive them. in fact, Allah wants us to ask for forgiveness on their behalf. forgive and then ask Allah to forgive them. it seem like ridiculous. they hurt us, but we not just should forgive them, but also should ask Allah to forgive them. the instruction really caught me off guard! seriously!

can you imagine how big heart Allah wants us to have, my brothers and sisters. it is surely not so easy to do, don't you think? i admit that, its also not easy for me. that's how weak i think i might be. we tend to remember and be upset, we tend to hold grudges, maybe become resentful, maybe even wanting to "pay-back" to the person who wronged us, right? astaghfirullah..

but, that's not what Allah wants us to do, you agree? He wants us to forgive that person, and ask from Him to forgive that person, and ask from Him to forgive the person who wronged us, too. its hard. yeah totally hard. but, there have but, Allah is so Merciful and Most Kind. He knows how hard it is to do that. so, He has promised us to something wonderful should we be able to follow His words. do you want to know the reward from Allah if  we are able to do that?

The Prophet (peace be upon him) said:

"if one gives charity it does not diminish his wealth; if one  forgiveness others, Allah bestows more honour on him; and if one humbles himself for Allah's sake, he exalts him higher." -Muslim-

allahuakbar, this offer just too fantastic to pass, right? Allah has promised that if we decide to swallow our ego, pride, anger and therefore we forgive others, Allah, our Lord, will reward us with more honor. do we actually know how hard it is to get honor from another person? very hard, right? so, don't we think it is harder to get it from the Ownwer of the Universe? and He is going to bestow upon us just that- porvided we forgive others. doesn't it mnake you feel like in the act of rewarding forgiveness toward others who wronged us, we, on, the other hand, are being rewarded too? Allah, indeed, He is the Most Kind.

let me share with you a beautiful poem a girl wrote that whispers to us the Recipe of Life:

fold two hands together,and express a dash of sorrow
marinate it overnight, and work on it tomorrow
chop one grudge in tiny pieces, add several cups of love.
dredge wit a large sized smile, mix with the ingredients above

dissolve the hate within you, by doing a good deed
cut in and help your firned, if he/she should be in need
stir in laughter, love and kindness, from the heart it has to come
toss with genuine forgiveness, and give your friends some!
the amount of people served, will depend on you
it can serve whole wide world, if you really want it to!

apologize and forgive and you will feel the 'nikmat'. trust me!

Thursday 1 December 2011

INI CERITA KAMI


assalamualaikum..

hari ni saya nak cerita tentang classmate saya. kelas kami ada 26 orang pelajar. Sebelum Haniff masuk, kelas ni ada 26 juga. But, lepas firdaus keluar, tinggal 25 je. Kira Haniff ni macam pengganti Firdaus la. 13 perempuan, 13 lelaki. seimbang right? kelas kami dikemudi oleh yusri. Kira dia macam kapten kapal kita orang la. Setiap kapten mesti ada pembantu right? so, kami pun sehati sejiwa melantik syakira jadi pembantu yusri. Dan, yeah, pilihan kami adalah pilihan yang paling tepat. Syakira berjaya melaksanakan kerjanya lebih baik berbanding yusri. Kalau ada anugerah pembantu terbaik, kami pasti akan calonkan syakira. Calonkan jela. Huhu~

Manusia dalam kelas ni banyak sangat perbezaan. Paling ketara antara lelaki dan perempuan. Perempuan kelas kami ni diibaratkan seperti Einstein lelaki pula macam mr. Bean. Nampak tak perbezaan tu? Yeah, woman is always better than man. Even, the fact said that, men is more intelligent than woman. Bla, bla, bla. setiap kelas mesti ada pelajar yang superb right? dalam kelas ni, ada.....erm, ok, semua superb. Semua intelligent. Takde yang tak superb.

Shahdan merupakan joker dekat kelas kami. Pelapis nabil dan matluthfi. He is funny. Seriously. Dia boleh buat siapa je yang ada dekat disekeliling dia, ketawa. And then, zairil. Dia sama je macam shahdan. Sekepala juga. Gila. Selain daripada shahdan, dia ni juga merupakan pelajar yang paling diminati cikgu. lebih-lebih lagi, ustazah hasiah. Seorang lagi thazaly, even dia ni gila macam shahdan dan zairil, dia bijak. Antara top 10 dalam kelas. satu je yang annoying tentang dia, adalah bila dia sedang dilamun cinta. Wah~ enggak bisa cerita bagaimana condition dia tika itu. memang angau habis. Huu~ syafiq, sloth dekat kelas kami. Dia ni asal argentina. Sloth yang berasal dari argentina yang main bola yang, yang, yang bakal jadi menteri kerajaan bertaraf mufti. Seriously? No la..sloth tu nama panggilan teacher anizan dekat dia. dia ni, seorang yang berpemikiran politik tapi kadang-kadang macam agamawan. Erm..

Azuan, jaguh sukan dalam kelas kami. Dia ada kembar. Azam. Cikgu suka samakan dia dengan azam macam kembar harimau malaya tu. Apa deh namanya? Adha, adha? Macam tu la. Azuan ni pernah jadi kapten rumah suria. Orang glamour tu. Ariff, wazira, zul, dan nizam lelaki yang boleh dikategorikan tak berapa nak aktif. Betulkan perkataan ni? Kira macam tak... apa ayat yang sesuai eh? Kira macam tak menonjol sangat la. Walaupun macam tu, kami (perempuan) looking them as a really hardworking boy. Mereka ni group yang rajin. Rajin ke? Bolehlah, berbanding budak lelaki yang lain...haa~yang ni paling popular. Satu sekolah kenal kot. Kot. Udin. Dia ni macam chipsmore. Sekejap ada, sekejap takde. Cikgu Raja panggil dia istiqamah. Muhammad istiqamah. Sebab dia istiqamah tak hadir. Dalam sebulan boleh kira berapa kali je dia datang. But, he is amazing, even dia selalu tak datang, study dia ok. Maybe dia selalu tak datang sebab dia nak study dekat rumah kot. Husnudzon! Sama juga macam ridzuan. Kadang ada, kadang tak de.


Perempuan kelas kami awesome. Haha! Akma, yang paling happening dalam kelas. dia dengan gucci jenis yang gila-gila. Jenis selamba je. Kira kaki kecoh dalam kelas. takde, mereka senyap dunia dalam kelas tu seketika. Hee~ jeda anak pak cik romil paling menonjol dalam pelajaran. Dia ni, top 3 ok. Tapi, jangan main-main dengan dia, bila dia bertukar jadi serius, dia akan jadi jahat yang sangat. Sifat dia sukar untuk ditafsir. Misteri! Hahaha~ takdelah. Misteri la sangat jeda tu. garang adalah. pakar matematik dalam kelas kami adalah mal. Dia punya terel dalam matematik takde sape boleh tanding. Dalam kelas la. Kadang, terfikir apa ada dalam otak dia tu. dia tanam kalkulator kot dalam otak dia. tapi, mal ni satu je kekurangan dia. always hilang barang. Semua benda dia nak hilang. Nasib baik, anggota badan dia tak pernah hilang.

Fajrul, the most interesting girl. Actually, gelak dia yang interesting. Dia selalu kena usik dengan zairil sebab cara dia gelak. Funny. Siapa yang dengar, mesti nak gelak sekali. Yang seronoknya tentang fajrul, dia mudah percaya cakap orang. Dia ni, kalau cakap ramli sarip kahwin dengan alien pun dia percaya. Kami, selalu kenakan dia. sebab dia jenis yang tak ambil hati. Farhana, the most clumsy girl in the class. Selalu kena sakat, lagi-lagi dengan budak lelaki. Dia ni pun glamour gak. Lagi glamour kot daripada azuan. Kelas kami ni, memang hebat dalam melahirkan pelajar-pelajar yang glamour.

Laila, gadis indonesia. Cantik orangnya. Putih berseri. Tapi, cantik-cantik pun, garang dia ni. Sekali dia ngaum, diam semua orang, kalau jeda singa, laila ni boleh kurang harimau la. Harimau malaya. Selamanya, selamanya, selamanya harimau malaya. Eh, ternyanyi pula. Semangat bola dah keluar. ayam, perempuan paling comel dalam kelas kami. Sebab apa? Sebab nama dia ayam. Comelkan? A.Y.A.M. kenapa, ayam? Ceritanya terlalu panjang sampai tak dapat nak dipendekkan. Dah lama kami panggil dia ayam, sampai melekat dengan dia. but, dia tak kisah pun. be happy je. Cermin dan farah memang tak boleh dipisahkan. 24 jam dengan cermin je. Ok, tak 24 jam, sebab time tidur dia tak tengok cermin. Puteri cermin dekat kelas kami. Fanatik dia pada cermin sangat ekstrem. Harijadi dia nanti hadiahkan cermin je. Mesti dia suka. Lagi besar, lagi bagus, lagi dia suka. Kan Farah, kan?

Kalau Mal pakar matematik, nazirah pula mahaguru BAT. Ini orang hebat dalam arab ni. Apa je pasal arab, tanya dengan dia. inshaAllah dia boleh jawab. Kalau tak A arab, bukan dia la tu. nazirah ni diam-diam ubi berisi. Jenis pendiam sikit. Tapi, bila aura kejahatan dia datang, dia boleh jadi lagi jahat daripada voldermolt. Erk, kejam sangat tu. change2, macam mak tiri cinderella. Zairin, pula boleh digambarkan macam perempuan melayu abad-19. Hek! Zairin ni jenis malu-malu sikit. Jenis pendiam.. tapi diam dia, diam baik. Bukan macam  nazirah. Diam jahat. Hee~ kidding. Haniff, the newest boy in our class. Dia dari SIS. Jenis yang sukar ditafsir oleh kami (penulis).

Rasa macam kurang seseorangkan? Macam tertinggal seseorang. siapa eh? Hurm..Owh ya! Kami! Yang sedang menulis ni la. Nak tahu ke kami macam mana? Takyah la kan? Biarlah sifat kami ni dirahsiakan. Ada permintaan, baru cerita. Satu je tentang kami, kami ni kipas-susah-mati korea. Itu je kot. Hehe ^^

13/12 ni the last day kami semua berkumpul sebagai pelajar smk dato' haji mohd taib. Hari terakhir kami bertemu sebagai rakan sekolah. Sedih? mestilah. Sedih nak berpisah dengan kawan2 yang awesome ni. But, yeah adat pertemuan pasti akan ada perpisahan. Satu je harapan kami, moga persahabatan yang terjalin selama 5 tahun ni akan kekal terus dan terus. Bak kata cikgu erney, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Last but not least, jumpa lagi masa ambil keputusan nanti. Moga, kita dapat lakar kejayaan bersama. Pass with flying colour. Saranghamnida chinguya!



*bittaufiq wannajah untuk 2 paper yang tinggal ni. 

pemilik diri ini


assalamualaikum..

kita mempunyai hak pada diri kita. kita dapat menentukan hala tuju hidup sendiri. mahu percaya, beriman, mati, itu semua pilihan kita. siapa pun tidak boleh halang. diri dan hidup kita, kita yang tentukan. diri ini milik kita. apa kena mengena Tuhan dengan hidup kita? kemana sahaja kita pergi, kita yang tentukan. langkah kaki kita, kita yang tentukan.

benarkah begitu?

pernah atau tak hati kita terjentik berkata begitu? akal kita terdetak berfikir begitu? persoalannya, benarkah kita ini pemilik sebenar diri kita? pada zahirnya, sememangnya kita ini dilihat seperti pemilik hakiki diri kita, tapi pada fitrahnya, kita bukanlah pemilik diri kita. sebenarnya, kita hanya menumpang jasad yang Allah cipta. malah, roh yang membawa nyawa kepada jasad yang kita pinjam ini juga milik-Nya. semua ini hanya pinjaman. jadi, pemilik sebenar dan hakiki diri kita ialah Allah. Dialah pemiliknya. bukan kita. diri ini bukan hak milik kita. kita hanya peminjam. dan suatu hari nanti pinjaman ini harus  dipulangkan kepada Allah, tuan yang memberikan pinjaman. tetapi, kita diberi tanggungjawab untuk menjaga diri kita ini dengan baik. menggunakannya dengan baik. memperlakukannya dengan baik. itu sahaja.

jika ada yang masih keras mengatakan bahawa jasadnya adalah miliknya, cuba, cuba genggam tangan , kemudian buka balik genggaman, cuba, gerakkan kaki, tangan dan anggota badan kita, mesti bolehkan? cuba sentuh dada kita, kita dengar apa? dengupan jantung bukan? cuba hentikan dengupan jantung itu selama 5 minit. boleh? pasti tidak boleh bukan? sekiranya tubuh badan itu kita yang punya, kita berkuasa berbuat apa jua bentuk perubahan pada anggota badan tanpa masalah.

begitu juga dengan organ-organ lain di dalam badan. buah pinggang, hempedu, paru-paru, pankreas dan berbilion sel di dalam tubuh. tidak sesaat pun kita mengawalnya. kita tidak pernah mempedulikan proses rumit yang berlaku di dalam badan kerana yakin semuanya bergerak secara automatik sehingga kita tua.

badan umpama kereta dan roh pula adalah pemandunya. jurutera membina kereta yang dipandu dengan baik. sebagai pemandu, kita tidak pernah mengambil tahu cara enjin kereta berfungsi semasa bergerak, minyak dibakar di dalam piston dan bagaimana. penghawa dingin berfungsi. betulkan? kita cuma diajar cara memandu dengan mengawal stereng, gear dan brek. itu sudah cukup membuatkan kereta itu bergerak ke mana-mana destinasi yang dituju. begitu juga dengan badan. kita cuma mengawal pergerakan tubuh. namun, organ-organ yang menghidupkannya tidak pernah kita ambil tahu. bukan setakat tidak pernah ambil tahu, melihat jantung sendiri pun kita tidak pernah.

seperti kereta, kereta itu mempunyai jurutera yang membinanya. badan kita juga mempunyai 'jurutera' yang membinanya. bezanya badan kita dan seluruh alam ini dibina oleh 'jurutera' paling agung iaitu Allah yang Maha Pencipta. Dia yang menciptakan kita dan segala benda yang ada. kita cuma dapat mengawal tidak sampai lima peratus daripada tubuh badan kita.  yang selebihnya berfungsi secara automatik seperti yang ditetapkan Allah.

pada masa ini pun, jantung, buah pinggang, paru-paru dan semua organ badan kita sedang berfungsi. adakah kita kawal semua itu? semuanya rahmat Allah kepada kita. cuba bayangkan, bagaimana mahu hidup sekiranya sibuk dengan organ-organ badan yang perlu dikawal sendiri? Allah permudahkan segalanya bagi kita. namun, jarang sekali kita bersyukur.

hanya satu perkara yang dia minta kita buat iaitu mengaku Dia adalah Tuhan dan kita perlu menyembah-Nya yang menciptakan kita dan mengakui Nabi Muhammad pesuruh-Nya. itu pun tidak boleh? adakah Dia menghantar bil pada setiap hujung bulan bagi oksigen yang kita sedut dan bernafas dengannya? adakah Dia meminta kita membayar upah kerana menggunakan jantung, paru-paru dan buah pinggang? adakah Dia menarik kembali semua benda itu daripada kita kerana tidak pernah bersyukur dan mengaku Dia itu Tuhan? tidak pernah bukan? itu tanda-Nya Dia Tuhan yang Maha Penyayang. bersyukurlah dan sedarlah kita bukan pemilik diri kita. jadi, kita tiada hak untuk melakukan sesuka hati terhadap diri kita. Dia pemilik yang kekal.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...