Friday 26 August 2011

WHO I AM

what do you see
when you look at me
do you see someone limited
or someone free

all some people can do is just look and stare
simply because they can't see my hair

others think i am controlled and uneducated
they think that i am limited and un-liberated

they are so thankful that they are not me
because they would like to remain 'free'

well free isn't exactly the word i would've used
describing women who are cheated and abused

they think that i do not have opinions or voice
they think that being nooded isn't my choice

maybe the guy won't think i am a cutie
but at least i am filled with more inner beauty

see i have declined from being a guy's toy
because i won't let myself be controlled by a toy

real men are able to appreciate my mind
and aren't busy looking at my behind

i will be recognised because i am smart and bright
and because some people are inspired by my sight

you see we are not controlled by a mini skirt and tight shirt
we are given only respect, and never treated like dirt

we are the ones that are free and pure
we're free of STD's that have no cure
so when people ask you how you feel about the hood
just sum it up by saying 'baby its all good'

Thursday 25 August 2011

terima kasih kawan


saya sayang kawan saya!

assalamualaikum....

dah ramadhan ke-25 ni. huhu~cepatnya masa bergerak. tinggal 4 hari je lagi sebelum raya. sedihnya ramadhan dah nak pergi. huhuhuhu TT. moga dapat bertemu lagi dengan ramadhan pada tahun hadapan. amiin..agaknya tahun depan saya beraya dimana ye? malasyia atau luar negara. isyh,isyh,isyh...berangan je shuhaida ni. trial pun tak lepas lagi. tengok result dulu, baru boleh berangan. takpe2, nawaitu tu kena letak awal-awal, baru ada semangat nak belajar. betul tak? hihi~pandailah kau.

actually, hari ni, takde apa pun nak dikongsi. ada kot, takde kot. main-main pula. hehe~ minggu ni dua perkara yang terpaksa saya lalui dengan susah hati. dah macam jatuh dihempap tangga (pandai ubah peribahasa). first, handphone saya rosak. macam mana boleh rosak? macam ni:


1.pegang
2.terjatuh
3.terhempas
4.rosak

saya cerita dekat ayah saya, tentang handphone rosak. minta tolong hantar kedai la (sebenarnya nawaitu nak dapat handphone baru). dan alhamdulillah....boleh diganti. dengan harga...............and then, baru je tadi, saya punya tayar motor pecah masa nak balik rumah. nasib baik pecah dekat sekolah. kalau tengah jalan. memang dah teriak dah. alhamdulillah, Allah kurniakan saya kawan-kawan yang sangat baik hati, sebab tolong hantar motor saya ke bengkel untuk dibaiki tayarnya. memang syukur tak terkata la masa tu. kalau takde mereka. saya tak tahu nak buat apa. menangis je kot(menangis je tahu). jadi, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang tak terkata kepada wazira, shahdan, zairil, thazaly, yusri, akma, gucci dan semua yang membantu secara tak rasmi mahupun rasmi sebentar tadi, ketika saya ditimpa masalah. sayang korang sangat-sangat! hanya Allah yang dapat balas kebaikan korang. 


tapi, bagus juga masalah ni, sebab saya dapat pengalaman, apa nak buat kalau tayar motor pecah sekali lagi dikemudian hari. setiap perkara itu ada hikmahnya bukan?

*alhamdulillah dapat sampai rumah dengan selamat^^

Sunday 21 August 2011

jangan ghibah!


“Dia ingat dia siapa nak cop kita ni teruk? Dia tu Tuhan ke? Pakai tudung labuh tapi kerja menghina orang, konon baik sangat la? Lepas tu, dahlah riak. Bajet dia sorang je baik. Menyampah aku dengan dia tu...”

Assalamualaikum...

Terpanggil saya pada hari ini untuk menulis sesuatu yang suddenly appear in my mind. Mengumpat atau dalam bahasa arabnya ghibah. Inilah perkara utama yang hendak saya bincangkan disini pada hari ini. Tersentak hati, apabila membaca status ‘somebody’ yang tidak saya kenali mengumpat ‘somebody’ yang saya kenali di laman sosialnya. Entah tidak tahu apa yang harus saya katakan. Kerana, ‘somebody’ yang mengumpat itu sealiran dengan saya. Ayat diatas merupakan antara contoh ayat yang telah saya copy, paste dan ubah daripada status ‘somebody’ tersebut. Sedih apabilah saya mebaca apa yang ditulisnya dan yang turut serta membantu memberi komentar tentang statusnya. Hendak menegur. Tersedar betapa lemahnya diri ini. Hanya mampu meluahkannya diblog ini sahaja.

GHIBAH ATAU MENGUMPAT

Ghibah bukan hanya pada ucapan lidah, tetapi setiap gerakan, isyarat, ungkapan, sindiran, celaan, tulisan atau segala sesuatu yang dipahami sebagai hinaan. Mendengar orang yang sedang ghibah dengan sikap kagum dan menyetujui apa yang dikatakannya, hukumnya sama dengan ghibah. Pahala amal kebaikan orang yang melakukan ghibah akan berikan kepada orang yang menjadi sasaran ghibahnya. Islam mengharamkan dan melarang ghibah kerana boleh mengakibatkan putus ukhuwah, rosak kasih sayang, timbul permusuhan, tersebar aib, lahir kehinaan dan timbul keinginan untuk melakukannya.

Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim)

Walaupun kita mengatakan sesuatu yang benar tentang seseorang itu, ia tetap dikira mengumpat. Manusia sekarang ini  memandang remeh tentang bahayanya mengumpat ini. Ini disebabkan oleh, telah terbiasanya mereka mengumpat tentang orang lain.  Allah sendiri tidak menyukai hamba-hambaNya yang mengutuk  saudara mereka yang lain. Lalu, Allah memberikan ancaman kepada mereka yang mengumpat perihal orang lain melalui firmanNya dalam surah al-Hujurat,

 “dan janganlah sebahagian daripada kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”(al-Hujurat 12:49)

Elakkanlah diri daripada mengumpat lebih-lebih lagi ketika masih berada dalam bulan ramadhan ini. Daripada sibuk mengumpat tentang orang lain, lebih afdhal jika masa mengumpat itu dihabiskan dengan mengalunkan ayat-ayat cinta Allah. Dahlah tolak dosa, dapat pahala lagi. Kepada ‘somebody’ yang saya mentionkan sebentar tadi, moga Allah ampunkan dosa dia dan sedarkan diri dia bahawa tiada manusia yang sempurna di dalam dunia ini. Amiin. Selamat beramal~

Sabda Rasulullah: “Wahai org beriman dgn lidahnya, tetapi belum beriman dgn hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban (menjaga tepi kain) mereka. Sesungguhnya, sesiapa yg mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahknnya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Wednesday 17 August 2011

Nur-Ilahi yang dicari



diri ini tersedar lagi
dosa ditanggung sungguh meninggi
taubat tidak langsung diungkapi
bagaimana mahu sedarkan diri

pintu diketuk ujian Ilahi
menyedarkan diri yang telah lama 'pergi'
taubat diungkap melepaskan diri
daripada pelukan godaan duniawi

lalu,
dipandang kanan dipandang kiri
untuk mencari cahaya Ilahi
bagi menyinari dunia yang gelap sepi
berlingkar dengan maksiat kehendak sendiri

dibuka langkah dan terus berlari
berlari mencari dan terus mencari
Nur-Ilahi yang dicintai

pencariannya berakhir kini
setelah dipapah rahmat Ilahi
melalui sahabat anugerah Ilahi
penanda kasihnya Dia pada diri
membawa diri meniti titian Firdausi

*masih baru dan rasa kalau tak faham puisi ni minta maaf ye. cik norsuhana saya dah menyahut cabaran dan mohon menyertai ya en. mohamadazhan.com.

Saturday 13 August 2011

we need something new


"tak yah tengoklah cu...tak best pun nurkasih tu.." seloroh kakak saya

nurkasih drama yang pernah menjadi sebutan hampir seluruh rakyat malaysia. drama yang berjaya menarik hampir berjuta penonton. pada pandangan rakyat malaysia drama nurkasih merupakan sebuah drama ISLAMIK yang sangat berjaya. namun, pengarah drama ini berlainan pula pendapatnya. drama nurkasih dikatakan bukan drama ISLAMIK. pendapat manusia itu berlainan bukan? back to the topic, nurkasih membuktikan bahawa rakyat Malaysia memerlukan sebuah drama, filem dan cerita yang mengandungi unsur-unsur islam. rakyat Malaysia mungkin sudah bosan untuk menonton cerita, drama dan filem yang mempunyai jalan cerita yang sama setiap masa.

setiap masa yang macam mana? yang macam ni; heroin seksi pakai skirt separa paha dan baju dedah pekung. cinta terhalang sampai sanggup membelakangkan ibu bapa untuk kahwin lari dengan kekasih. suami curang terhadap isteri dan isteri curang terhadap suami dan drama yang sentiasa sama jalan ceritanya, yang membuatkan saya sebagai salah satu rakyat Malaysia terpanggil untuk menulis tentang perkara ini. we need something new. something that new and more to islamic.

sekarang yang bermain difikiran saya adalah apa sebenarnya yang ditakutkan oleh pengarah-pengarah filem di Malaysia yang membuatkan mereka takut untuk membuat drama2 yang benar-benar mengikuti syara'. adakah sebab mereka takut tak dapat mencapai target pulangan modal yang lebih banyak daripada apa yang mereka laburkan atau sebab mereka fikir rakyat Malaysia tak minat pun tonton drama2 yang berunsurkan islam ni? ataupun sebab negara kita ni kekurangan karya2 yang boleh dijadikan drama berunsur islam. jika itu sebabnya. saya bantah serta-merta. banyak ja novel2 islamik yang tersusun elok dekat bookstore tu. pilih ja mana-mana. tautan hati, tunggu teduh dahulu dan banyak lagi.

saya kagum dengan negara jiran kita, indonesia. dunia perfileman mereka telah banyak dihiasi dengan drama2 islamik yang telah berjaya mendapat tempat di hati rakyat indonesia. bahangnya dapat dirasa sehingga ke Malaysia. ayat-ayat cinta. ingat tak filem tersebut? ayat-ayat cinta merupakan filem yang diadaptasi daripada novel karya Habiburrahman el-shirazy. dan filem tu berjaya! berjaya menarik banyak orang untuk menontonnya. namun, suka saya lebih kepada karyanya yang tidak kurang hebatnya iaitu ketika cinta bertasbih. filem yang digarap daripada novel karya kang abik (nama panggilan habiburrahman) dan sekali lagi cerita ini berjaya menarik perhatian orang ramai. filem yang bersih daripada sebarang maksiat ciptaan pengarah dan penulis. malahan proses memilih pelakonnya juga bagi saya amat menarik. dibuat audition lagi. filem yang sememangnya layak untuk dianugerahkan the best film islamic. antara filem2 daripada indonedia yang bagi saya menarik dan ada unsur2 islamnya; sang murabbi, sang pencerah, kiamat sudah dekat and many more.




jadi tiada sebab untuk pengarah2 dan penerbit2 filem di Malaysia takut untuk mengarah dan menerbitkan sebuah filem yang berunsurkan islam sepenuhnya. namun, sejak kejayaan nurkasih sebagai sebuah drama islamik yang berjaya menarik minat berjuta penonton malaysia, semakin banyak pula drama2 islamik yang muncul di kaca tv. ianya sesuatu perkembangan yang bagus. menunjukkan bahawa perngarah dan penerbit sudah mula sedar bahawa drama, filem dan cerita islamik telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. last but not least, saya menulis perkara ini bukan untuk condem mana2 pihak, tetapi hanya untuk meluahkan pendapat saya. i repeat it again we need something NEW.

*tak sabar nak ke pasir puteh, ada kem^^

Friday 12 August 2011

jadi tamak jom!


assalamualaikum...

alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada kita untuk meningkatkan iman, menambahkan amal ibadat, melaksanakan perintahNya dan juga menjalankan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini. alhamdulillah~ macam mana puasa hari ini? puasa ke? e'eh..apalah shuhaida ni tanya soalan macam tu pula. mestilah puasa. mukmin sejati kan? ok2...sedar tak sedar dah ramadhan yang ke-12 dah. maksudnya dah 12 hari kita berpuasa. didarab dan dicampur dah 96 rakaat tarawikh kita kerjakan. tak ditolak yang TERtinggal. alhamdulillah...

hari ni, shuhaida nak kongsi apa ye? hurm...hari ini nak berkongsi tazkirah yang saya dengar pagi tadi di sekolah. tazkirah yang fascinating. bulan ramadhan ini boleh dianggap sebagai madrasah tarbiah untuk kita. madrasah yang mengajar kita untuk kembali kepada turning point kita. untuk mentarbiah kita supaya menjadi mukmin yang sejati. madrasah ini juga mengajar kita untuk mengikis titik-titik hitam dalam hati kita. dalam madrasah ini kita dapat mengetahui tujuan Allah memerintahkan kita berpuasa. untuk mencapai TAQWA dan MARDHATILLAH.

bulan ramadhan adalah anugerah daripada Allah, anugerah yang sangat besar nikmatnya. kedatangan ramadhan diiringi dengan pahala yang dijanjikan Allah kepada mereka yang melakukan kebaikan. 1 kebaikan diberi berlipat-lipat kali ganda pahala. subhanallah...betapa sayangnya Allah pada hamba-hambaNya. sungguh rugi pada mereka yang tak mengaut peluang yang telah Allah provide khusus untuk kita ini.

"tenaga yang Allah beri pada kita, ketika berpuasa tidak sepatutnya digunakan untuk melakukan sesuatu yang tak mendatangkan pahala. daripada kamu semua guna tenaga ini untuk berdating, menghadap facebook 24 hours, lebih baik kamu menambahkan amal ibadat..." pesan puan khalijah, guru matematik saya.

benar apa yang dipesan oleh cikgu saya itu. janganlah kita menghabiskan puasa kita dengan melakukan perkara-perkara yang tidak dapat menjamin kita dengan pahala dan redha Allah. tidur berpanjangan...balik sekolah terus terlentang atas katil, tepat 7.29 malam bangkit tidur dan terus buka puasa. lepas buka puasa tidur balik sampai sahur keesokkan harinya. zohor,asar,maghrib, isyak entah kemana. tarawikh tak perlu cakaplah. naudzubillah..agaknya ada ke orang yang macam tu? hmmph..rugi2. puasa tapi kosong. sebab apa? sebab dia tak rasa pun yang puasa ni adalah madrasah tarbiah untuk dia. dia tak sedar tujuan utama Allah menyarankan dia dan umat islam supaya berpuasa. apa tujuannya? saya ulang sekali lagi, TAQWA. untuk mencapai taqwa. 'allahualam~

last but not least, saya menyeru diri saya sendiri, anda dan semua umat islam untuk merebut dan membolot semua pahala yang telah Allah janjikan untuk kita. jadilah seorang yang tamak, tamak kepada pahala yang Allah janjikan. add pahala, minus dosa. syurga insha'Allah janjinya...selamat berbuka puasa!

love to share this interesting video

 


sabda Rasulullah s.a.w:"puasa itu merupakan perisai yang dapat menhalangi seorang hamba daripada panasnya siksa api neraka"-HR Ahmad-

Thursday 11 August 2011

sakit itu kifarah dosa


assalamualaikum..

apa khabar anda semua? sihat? kalau sihat...alhamdulillah. kalau tidak, janganlah bersedih.sebab apa? sebab, sakit itu adalah kifarah dosa. penebus dosa~ Allah berikan sakit untuk menunjukkan tanda sayangnya pada hamba-hambaNya. sakit yang diberi itu membuktikan bahawa Allah masih lagi memberikan perhatian kepada kita. tapi, tidak bermakna bahawa mereka yang tidak diberikan sakit itu Allah tidak perhatikan dan Allah tidak sayang. kerana Allah itu ada caraNya tersendiri untuk melimpahkan perhatian dan kasih sayangNya pada kita, hamba-hambaNya. mungkin Allah tidak berikan dia ujian berupa kesakitan, tetapi Allah berikan dia ujian lain yang mampu dia hadapi.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."(al-Baqarah 2:286)

Alla juga ada berfirman tentang tahap ujian yang diberikanNya pada hamba-hambaNya. jadi janganlah merungut, kenapa ujian yang Allah berikan pada kita ini berat sangat. sebab Allah tahu tahap kekuatan hamba-hambaNya. itulah jela untuk hari ini. renung2kan dan selamat beramal ye. owh ya, selamat berbuka puasa! jangan lupa amalkan sunnah Baginda junjungan...3 biji kurma dan segelas air dan....berhenti makan sebelum kenyang. jangan makan ikut nafsu~

Tuesday 9 August 2011

manusia atau binatang?


"kucing tu bila dah besar buang. mak tak suka bela-bela kucing ni."

aiya! sentap kot dengar mak cakap macam tu. ingatkan bulan ramadhan ni lembut sikit hati mak, nak benarkan bela kucing. last2....ayat diatas mak ungkapkan juga. hancur harapan anakanda. cheewah~ dah la sue dah mak kau tak suka kucing, takkan nak paksa mak kau suka kot. lepas mak cakap macam tu, aku pandang sahaja putih yang sedang menjilat-jilat anak-anaknya di dalam kotak yang telah disiapkan khas untuk dia dan 2 ekor anak dia(seekor lagi dah mati.punca kematian tidak dapat diketahui. sedih kot T_T)

saya renung dah terus merenung putih bersama dengan 2 ekor anaknya itu. macam ada suatu perasaan yang muncul bila melihat putih yang sedang membelai manja anak-anak dia. hati terdetik; sedangkan binatang pun tahu sayang anak, kenapa ada manusia yang tak tahu sayang pada anak mereka sendiri.

bila dah susah payah, bertarung nyawa nak lahirkan anak tu, manusia buang je anak tu. macam tiada perasaan. pernah kita tengok ibu-ibu binatang dalam dunia ni yang buang anak-anak mereka sejurus sahaja melahirkan? pernah? ada pula manusia yang bila dapat tahu anak yang dilahirkan dalam keadaan kurang nikmatnya, terus kata tak nak. tak sanggup nak bela. jatuh reputasi i. tu dia sampai macam tu sekali. reputasi dijaga bagai menatang minyak yang penuh, tapi anak-anak sendiri dianak tirikan. apa jenis manusia ni? ustazah saya kata manusia yang tidak dapat menerima ketentuan Allah, adalah manusia yang kurang imannya. nampak sangatkan?

anak itu anugerah Allah. anak itu Allah kurniakan untuk menambahkan lagi sakinah dalam sesebuah keluarga itu. anak-anak itu qurratu'ayun. penenang jiwa para ibu bapa. lalu, kenapa harus dibuang dan ditidakkan kehadiran penenang jiwa itu. persoalannya, kenapa? dunia ini memang sudah terbalik agaknya. diterbalikkan oleh penghuni-penghuninya. manakan tidak, diberikan hadiah yang mendatangkan manfaat malahan pahala, tetapi ditolaknya. sifat penyayang binatang itu perlu diambil contoh oleh manusia, agar manusia tidak digelar lebih teruk daripada binatang.

*mood:merepek sebelum berbuka


Saturday 6 August 2011

stop from being a nosy person

watch this video first:



assalamualaikum...

dimulakan dengan bismillah disudahi dengan alhamdulillah...begitulah sehari dalam hidup kita, moga-moga dirahmati Allah..
sorry for my trouble horrible voice...but do i care that if you annoyed to hear it (macam depa dengar je). its my voice and i'm proud with my voice, because it's Allah gift. hee~sewel sebentar penangan tak dapat jawab pqs tadi. ahh!! ok, done.

so, are you fine today? hope all of you in pink of health! amiin~owh ya...alhamdulillah, thanks to Allah again and again and again for His kindness by give me a time again and again to continue my life in this world while increase my pahala and faith. alhamdulillah~alhamdulillah~alhamdulillah....so,what's topic that i want to share with you all today? like always i said sharing is caring~ to show my caring again (how many again i want to write?)  i would like to share about a nosy people or a busybodies or kaki penyibuk.


anda pernah tak berkawan or jumpa or kenal dengan mana-mana orang yang suka menyibuk? pernah?pernah? kalau tak pernah bersyukurlah..kalau pernah anda mesti faham macam mana perasaan saya bila terpaksa berkawan dengan seorang kaki sibuk, kan? kan? kan? bak kata shahrincool kalau nak menyibuk biarlah menyibuk yang positif jangan menyibuk yang negatif. yang positif? macam mana tu? ce terang, ce terang. ok,ok,ok...chillax dulu. menyibuk positif ni macam ni, contoh la kawan kita tak datang sekolah tiba-tiba, sedangkan selama kita kenal dia, dia tak pernah ponteng sekolah walau sekali pun. tak kiralah masa demam biasa ke, demam kepialu ke, dan segala jenis demam yang pernah dia rasa, dia tetap datang sekolah (lemah betul antibody). so, masa ni lah kita nak amalkan or pergunakan sifat menyibuk kita ni pada arah landasan yang positif, dengan bertanya pada orang lain sebab dia tak datang atau pergi rumah dia terus, tanya dekat dia sendiri kenapa dia tak datang sekolah. kan molek bebeno tu... this is a kind of positive busybodies. not like this...

A: eh, B kau ada dengar tak C kena tangkap dengan cikgu sebab dating belakang surau sekolah?
B: ada, ada, ada...teruk betul C tu. belakang surau pun jadi.
A: huh! C tu muka ja baik tapi perangai tak senonoh.
B: betul..betul..betul. aku setuju tu.

ha!!this is not a positive busybody. this is a negative busybody. they busybody about a negative thing (more to mengumpat la). so, to everyone who think that, they are a people is always busybody about other, about their negative thing, not their positive thing. please~listen this...it's annoying! pelase change~~~ you live in this world not just to think about your own feeling but also about others feeling. understand? others, feel that a people who love keep being a negative busybody, is annoying. A.N.N.O.Y.I.N.G. so, start from now for those a busybody person i encourage you to throw away your annoying negative busybody and lets change it to a postive busybody. ok, my dear brothers and sisters? thats all for today~'alaikumsalam. by the way, my exam officialy end today. i'm feel free for a while. but, yeah my revision will keep continues. no more rest shuhaida! i need to keep studying and studying~~

Wednesday 3 August 2011

tak meriah ke?

assalamualaikum...

syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada saya, anda dan seluruh umat islam di muka bumi ini untuk terus bernafas dan mempertingkatkan lagi keimanan kita. alhamdulillah~sekarang dah 3 ramadhan, thats mean dah hampir 3 hari kita semua umat islam menjalani ibadah puasa. bagaimana puasa anda selama 3 hari ini? telah diisi dengan sebaik-sebaiknya? sudah juzuk ke berapa tadarus anda? penuh atau tidak tarawikh ya? hehe..banyak pula soalannya.

anda rasa ramadhan anda kali ini meriah atau tidak? ataupun sepi sahaja? erm...ada seorang kawan saya kata bahawa dia rasa ramadhan kali ini tak terasa kemeriahannnya. saya terfikir, ramadhan yang bagaimana bagi dia itu meriah? bagi saya, setakat ini ramadhan kali ini agak meriah berbanding dengan sebelum-sebelumnya. meriah bagi saya dalam erti kata lain, terisi dengan aktiviti berfaedah dan sebagainya. hurm..pandangan manusia itu berbeza-beza bukan?

sekarang saya tengah sibuk dengan exam. ah~agak menenangkan sedikit. tak terasa sangat stress ya. barakah ramadhan mungkin. tinggal 6 papers je lagi. esok kimia, admath dan syariah. owh~subjek hardcore tu. lebih-lebih lagi admath. study admath tadi pun pening je.. rabbuna yussahil~wish me the best ok. selamat berbuka!^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...