Monday 23 January 2012

i missed my friends Allah TT


bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum..

setiap kali tamat persekolahan, perasaan pertama yang akan menjelma dalam diri kita adalah rindu. rindu dengan kawan-kawan, guru, kelas, baju sekolah dan semuanya yang mengaitkan diri kita dengan sekolah. saya juga begitu. saya sedang dilema perasaan rindu. amat berat rasanya perasaan ini. chewah ayat. nasib baik saya sekilang dengan teman-teman kelas saya. terubat sikit perasaan rindu ini.

hari tu, saya tengok satu video. awesome sangat! nanti dekat entry lagi satu (inshaAllah) saya post video tersebut. saya buka sahaja tertarik dengan video tersebut, malahan lagu yang digunakan sebagai lagu background oleh video tersebut. tajuknya sebiru hari ini. lagu yang sangat awesome. bila dengar je lagu ni, air mata saya terus menitis. terkenangkan rakan-rakan saya. seriously, saya rindu mereka! jadi dekat sini, saya postkan lagu + video + lirik lagu ini. selamat mendengar!


Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah


reff:
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini


Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

intro

reff 2x

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

*weh, aku rindu korang ni..seriously!

muslimah dan maruah


bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum..

pernah anda baca dalam al-Quran kisah tentang nabi musa bertemu dengan puteri nabi syuaib. pertemuan yang menggambarkan betapa tingginya maruah diri seorang wanita muslimah. saya suka kisah ini. kerana ianya memberi peringatan kepada saya, bahawa seorang muslimah itu perlu menjaga maruahnya sebagai muslimah apabila bergaul dengan mana-mana lelaki. tidak kiralah lelaki ataupun perempuan. maruah itu tetap perlu dijaga. tidak boleh melampaui batas yang ditetapkan Allah. mari kita turuti kisah ini. moga ada ibrah yang dapat dikutip. inshaAllah...

“22. Dan tatkala ia menghadap ke negeri Madyan, ia berdoa (lagi): “Mudah-mudahan Tuhanku menimpaiku ke jalan yang benar.”23. Dan tatkala ia sampai di sumber air di negeri Madyan, ia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang memberi minum (ternakannya) dan ia menjumpai di belakang orang ramai itu, dua orang wanita yang sedang menghambat ternakannya. Musa berkata: “Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)?” Kedua wanita itu menjawab: “Kami tidak dapat meminumkan (ternakan kami) sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternakkannya) sedang bapak kami orang tua yang telah lanjut umurnya.”24. Maka Musa memberi minum ternakan itu (untuk menolong) keduanya, kemudian kembali ke tempat yang teduh, lalu berdoa: ” Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.”25. Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang daripada kedua wanita itu dengan malu-malu ia berkata: “Sesungguhnya bapaku memanggilmu agar ia memberi pembalasan (kebaikanmu) memberi minum (ternakan) kami.” Maka tatkala Musa mendatangi bapaknya (Syu’aib) dan menceritakan kepadanya cerita (mengenai dirinya). Syu’aib berkata: “Janganlah kamu takut, kamu telah selamat dari orang-orang yang zalim itu.”26. Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: “Ya bapaku, ambil ia sebagai orang yang bekerja (dengan kita). karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (dengan kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai.”27. Berkatalah dia (Syu’aib): ” Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang dari kedua anakku ini, atas dasar bahwa kamu bekerja denganku delapan tahun dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun itu adalah dari kemauanmu, maka aku tidak mau memberati kamu. Dan kamu insya-Allah kelak akan mendapatiku termasuk orang-orang yang baik.”28. Dia berkata: “Itulah (perjanjian) antara aku dan kamu, mana saja dari kedua waktu yang ditentukan itu aku sempurnakan, maka tidak ada tuntutan tambahan atas diriku (lagi). Dan Allah adalah saksi atas apa yang kita ucapkan.” ( Al-Qashash : 22 28 )

perempuan yang melayan ramai lelaki, tidak layak untuk dijadikan isteri -ustaz azhar idrus-

wanita yang paling mahal dan sukar dimiliki adalah wanita yang sedaya upaya menjaga maruah dirinya sebagai seorang muslimah -shuhaida samsudin-


saya ingin saya, anda dan semua wanita yang ada di muka bumi ini, menjadi wanita yang sukar dimiliki. namun, dalam masa yang sama direbuti. jagalah maruah anda sebagai muslimah. jangan sewenang-wenangnya memurahkan harga diri anda di depan lelaki dan bergaul dengan mereka lebih dari batasnya. peringatan untuk saya, anda dan mereka.

Sunday 8 January 2012

lots of love




assalamualaikum..

bagaimana anda semua hari ini? sihat? jika sihat alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana memberi saya dan anda sekali lagi peluang untuk hidup di atas muka bumi-Nya ini. alhamdulillah..moga peluang yang diberikan Allah ini, dapat saya dan anda gunakan dengan sebaik mungkin. inshaAllah...

*saya nak berleter panjang hari ini*





anda pernah bercinta? e'eh, tiba tanya soalan ni pula. mestilah pernahkan? setiap orang pernah bercinta dan tak salah saya katakan, sekarang, saya dan anda pun tengah bercinta. haa~ mesti ada yang terdetik dalam hati,

'mana ada aku bercinta'

'pandai je budak ni cakap aku bercinta, i'm single ok.'

'takde maknanya aku bercinta, bercinta (bercouple) tu haram (?)'

benar apa saya katakan, semua orang pernah bercinta, sedangkan bayi pun tengah bercinta. persoalannya, bercinta dengan siapa? mesti ada yang fikir, bercinta mestilah dengan lelaki. S.A.L.AH. saya sangkal pemikiran itu. huhu..jadi dengan siapa saya dan anda tengah bercinta sekarang?

pada hakikinya kita bercinta pada 3 perkara (boleh guna perkara ke?). kita sedang bercinta dengan Allah, Rasulullah dan family kita. lah~ betullah kan?

hari tu, seorang teman saya menyoal saya soalan wajib tanya,

"su kau dah berpunya?"

saya menyoal dia kembali, "dah berpunya?" (buat-buat tak faham)

"ala, kau ni. pakwe la."

saya tersengih dan menjawab, "perlu ke? takde masa la untuk semua tu."

kawan saya, *speechless*

benar saya katakan, saya memang tak pernah bercouple dan hakikatnya saya bencikan coupling. sebab ianya MENYUSAHKAN dan ANNOYING. memanglah nampak seronok. tetapi, pada zahirnya sahaja. dalamannya? fikirlah sendiri. couple ni dah macam tradisikan? sehinggakan jika ada yang tidak pernah bercouple dianggap alien (aku ni alien la?). al-Quran dan as-sunnah tidak pernah menganjurkan aktiviti ini. so, kenapa kita nak mengamalkannnya?

susah untuk saya terjebak dengan hobi bercouple ni. kerana, saya dikurniakan ibu bapa, kakak-kakak dan abang yang sangat melarang anak-anak dan adik-beradiknya bercinta pada usia yang sangat remaja. saya bersyukur untuk itu. disebabkan didikan dan asuhan dan nasihat yang bertubi-tubi oleh mereka, alhamdulillah saya dapat elakkan diri dari terjebak dengan aktiviti yang sangat tidak sihat ini. mungkin ada manusia-manusia diluar sana mengatakan, ibu bapa, kakak-kakak dan abang saya tidak open minded dan pengongkong. saya peduli apa, disebabkan ketidak open minded merekalah saya masih mampu menjaga cinta saya. inshaAllah..

bila melihat rakan-rakan saya yang bercouple, terdetik juga nafsu saya untuk turut mengikuti jejak langkah mereka. namun, saya detik balik nafsu saya, dengan mengatakan bahawa apa yang saya akan dapat daripada bercouple ni? (saya adalah seorang perempuan yang hanya akan melakukan sesuatu jika saya dapat faedahnya). tiada apa pun. nak kata dapat kasih sayang lebih, saya rasa kasih sayang Allah, Rasulullah dan keluarga saya lebih daripada teman couple saya berikan. perhatian sepenuh masa? jumpa pun kadang-kadang, sepenuh masa apa ye?

pernah saya bertanya kepada rakan saya, kenapa nak bercouple? dia jawab, kerana dia nakkan kasih sayang, rasa dihargai, dan bla, bala, bla, bala, bla...bla. itu jawapannya. ada juga munasabah daripada jawapan tersebut. tetapi, berapa peratus je pun kemunasabahannya? jika nak dibandingkan kasih sayang teman couple kita dengan kasih sayang yang Allah berikan, mana lebih tinggi dan hebat? mestilah Allah kan? kenapa nakkan yang kecil sedangkan yang besar dah sedia menanti.

saya tanya lagi kepada seorang teman saya,

"jika diberi pilihan antara bercinta sebelum berkahwin dan bercinta selepas berkahwin, yang mana akan menjadi pilihan kau?"

jawab teman saya,

"mestilah selepas. bagi aku, cinta selepas kahwin itu lebih nikmat. lebih terasa mahabbah dan mawaddahnya berbanding dengan sebelum. semua orang nakkan cinta yang dinaungi-Nya."

two thumbs untuk kawan saya ini.

mungkin ada yang kata, "alah, aku main-main je. bukan serius pun". ok fine, kita fikir ianya tak seserius mana, tetapi, ada kita fikir apa yang Allah fikir. pernah kita fikirkan betapa tergurisnya Allah, apabila perasaan cinta yang Dia anugerahkan, yang sepatutnya digunakan untuk mencintai sesuatu yang Dia suruhi dan redai, kita gunakan untuk sebaliknya. macam, kawan kita bagi kita duit suruh beli jus, kita pergi beli arak. ada faham ka?

hidup ni kita tak lama, mana tahu esok lusa dah mati, tak dapat nak merasai nikmat bercinta. so, kenalah bercinta awal-awal. lah~ kan dah dan tengah merasa nikmat bercinta tu. bercinta dengan Allah, bercinta dengan Rasulullah, bercinta dengan keluarga. tak merasa lagi, apa ya. la takhaf wa la tahzan, jangan takut dan jangan bersedih. jika anda mati pada hari ini, dan anda masih belum merasai nikmatnya bercinta, inshaAllah akan ada bidadari-bidadari dan wildan-wildan yang lebih molek daripada manusia menunggu untuk melimpahkan kasih sayang dan cinta mereka khusus untuk anda di syurga nanti.

bercinta itu boleh. namun, biarlah pada saluran yang benar. carilah cinta yang dapat membawa kita lebih mencintai-Nya. bukan cinta yang membuatkan kita lebih jauh daripada-Nya. setiap orang inginkan cinta yang suci. untuk mendapatkannya kita perlulah meyucikan terlebih dahulu cinta kita. kata ustaz pahrol mohd juoi, jika inginkan wanita solehah, kitalah yang perlu menjadi soleh terlebih dahulu. lebih kuranglah.

last but not least, saya bukan nk condemn mereka yang tengah hot bercouple, saya cuma nak membuka iman mereka, supaya fikirkan kembali, sekali lagi, apa faedahnya bercouple. jika temui jawapannya, alhamdulillah. jila belum ketemu, saya doakan moga Allah ketemukan anda jawapannya.
moga cinta saya, anda dan mereka yang bergelar muslim dan muslimah diluar sana terus dijaga oleh-Nya. amiin....

maaf jika ada yang terasa
tidak ada niat untuk mengena
cuma hendak berkongsi rasa
inshaAllah bahasa yang diguna
baik-baik dan molek-molek sahaja

peace be upon to all of you!

i'm a worker


assalamualaikum..

sebelum ni saya banyak memandang serong terhadap mereka yang tak mahu bekerja. bagi saya, mereka ni pemalas. kerja itu ada, cuma mereka tak mahu mencari. tapi, setelah saya sendiri, 'turun padang' untuk mencari kerja, baru saya mengerti, bukan senang untuk mencari kerja sebenarnya. sebablah, masih ada yang menganggur tanpa kerja sehingga sekarang.

siapa kata kilang banyak memberi peluang pekerjaan? saya sangkal kata-kata itu (dah gaya pembahas pula). satu hari suntuk saya dan 2 orang rakan saya pergi menjenguk satu kilang ke satu kilang untuk mencari kerja. akhirnya pulang dengan harapan kosong dan tangki minyak motor yang kosong. susah cari kerja. dipendekkan cerita, akhirnya Allah takdirkan saya bekerja di kilang lipat cadar (boleh buat menantu ni). alhamdulillah kerjanya ok. cuma kena berdiri 8 jam tanpa boleh duduk (kadang ngelat, duduk juga).

kerjalah selagi mampu (pesan mak saya)



moral of the stories?

akhirnya saya faham perasaan mereka yang tak kerja-kerja sehingga sekarang, dan saya mula memahami kepayahan mak saya bekerja di kilang. kepenatan yang mak saya rasai selama ini. mulai saat ini saya akan sentiasa mendengar keluhan kepenatan mak saya setelah seharian bekerja di kilang. inshaAllah..kepada sesiapa yang sudah mempunyai pekerjaan, hargailah pekerjaan anda. saya ulang balik, susah cari kerja.

oh, by the way, status saya telah ditukar. STUDENT ---> WORKER. huhu...bangga sangat (nada sinis)

*merapu dimalam hari setelah laptop ku dirosakkan dan badanku kesakitan akibat berdiri selama 8 jam. ahh~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...