Saturday, 2 June 2012

pergh!ohsem!



bismillahirrahmanirrahim..

wah..dah lama sangat tak update blog kan? mana tak ya, setiap kali nak update mesti ada halangan. alhamdulillah! hari ni, Allah permudahkan jari-jemari dan otak ni berfungsi untuk menulis kembali. hehe :')

sepanjang berbulan tak menulis banyak sungguh perkara yang berlaku. nak sangat cerita dekat korang. but, sebab terlalu banyak, so, saya lupakan jela. last entry saya tentang apa eh? ce ingat balik....e'em. tentang matrik deh. dan cuba teka, saya terima atau tak? ohoh! akhirnya, selepas ditolak dengat sangat brutal oleh semua ipta yang saya minta, dan selepas saya istikharah hampir dua minggu, akhirnya saya buat keputusan yang teguh, jitu, lagi padu, saya pun terima tawaran matrik tu.

jadi, saya tak kira dah. matrik tu menakutkan ke, susah ke, gangster ke, saya akan tetap pergi. nak belajar punya pasal kan? terimalah dengan redha je. lagipun, matrik je yang baik nak terima saya, saya pun dengan baik hati menerima matrik juga. cewah, ayat. uhuk! parents dan siblings saya pun banyak beri galakan. 

"pi la masuk.."

"seronok matrik"

"senang je..nak takut buat apa?"

walaupun ada juga manusia-manusia yang sangat 'prihatin' melontarkan ayat yang membuatkan saya sangat 'senang hati' mendengarnya..

"matrik susah! percayalah cakap mak cik. anak mak cik tuuut..dah kena tendang dah sebab fail. tu anak mak cik tuuut..jadi cikgu je, tak dapat nak jadi doktor."

ok fine mak cik. before you said, think first!

memanglah kena tendang, kalau dah belajar pun malas, main2 je banyak. memanglah tak jadi doktor. sebab, pointer anak mak cik tuuut..tu bawah 3.9. doktor paling koman pun nak 3.9. itupun entah universiti mana nak terima.kalau tak dapa 4 flat mak cik, kirim salam jela pada title doktor tu.

faham tak mak cik?! (over la pula)

actually, dah seminggu saya masuk matrik. ehem! saya balik hari ni, sebab cuti agung ya. seminggu tu, just dipenuhi dengan orientasi yang sangat...pergh! ohsem! penat dan bosan sangat. walaupun, ajko-ajko (fasilitator) cuba sedaya upaya untuk membuatkan kami seronok. ok, give them a big applause for their effort. betul-betul dah habis orientasi baru saya terasa, best juga orientasi ni. haha..sangat ohsem kan? dah habis baru nak rasa seronok. tapi, seriously sangat TAK seronok. kena bergegas ke sana-sini, bersesak dalam dewan yang panas. pergh! memang tobat saya nak orientasi kali kedua.FULL STOP.

saya dapat kolej seri kerian, tingkat dua, bilik nombor 3. terpisah dengan my beloved friends. but, its ok. saya dapat roommate yang sangat gila-gila. tahap gila yang asyik buat saya rahang saya sakit sebab gelak. seriously, kalau time study memang saya kena lari pi library la jawabnya. kalau study dengan mereka memang habis la. gelak memanjang.FULL STOP.kolej matrikulasi perak sangat banyak bukit dan tangga. jadi kepada adik-adik spm tahun ni, yang dapat matrik tahun depan. sila bersedia dengan memanjat bukit-bukit disekitar rumah adik-adik.whewhew.


apa lagi nak tulis?

banyak lagi nak tulis. tapi, otak tiba-tiba hang. so, saya berhenti setakat ni je la. kalau ada masa, inshaAllah saya tulis entri yang seterusnya. entahlah bila ada masa ya.

takenote:budak dekat matrik sangat pandai! group kmm saya hampir semua straight a, bertimbun plus.down je rasa =="
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...