Assalamualaikum...
Alhamdulillah dah raya yang ke-6 dah. Dan kita masih
diberikan peluang untuk menikmatinya. Terima kasih Allah. Hai2~bagaimana raya
anda kali ini? Seronok? Banyak duit raya dapat? kalau banyak dapat tu..jangan
lupa hulur-hulurlah pada somalia yang sedang menderita kelaparan sekarang. Dalam
kemeriahan beraya jangan dilupa mereka yang menderita. Hii~ owh, ya saya rasa
masih sesuaikan untuk saya mengucapkan happy eidulfitr to all the muslim and
minal aidil wal faizin! Dush! Dush! Dush! Fireworks!!! Hehe..bayanglah sendiri.
Raya tahun ini, bagi saya alhamdulillah seronok. Cuma saya
tak dapat raya sakan sangat. Saya sibuk study, kawan-kawan saya pun sibuk
study. Kenapa kelam-kabut study ni? Mestilah kelam-kabut. spm trial just around
the corner!! Ok, i’m stress when mention about that. Change topic please!
Jalan jammed. Setiap kali raya mesti jalan akan jammed. dah
macam fenomena. Ada yang suka jalan jammed (sayalah tu) dan ada juga yang tak
suka(banyak sangat). Actually, jalan jammed ni ada pro dan kontra ye. Jalan jammed
dapat mengajar seseorang itu BERSABAR. Betul tak? Daripada yang tak reti nak
bersabar, insha’Allah boleh menjadi seorang yang penyabar, selepas stuck
terlalu lama dekat jalan. ==’(merapu!).
Saya ada pengalaman tentang pemandu yang tak reti nak
bersabar. Suatu hari, abu dan keluarganya pulang ke kampung. Naik keretalah. Semasa
pulang, berlakunya kemalangan yang menyebabkan kesesakan jalan raya yang terlalu
lama. Abu yang tak reti nak bersabar ni pun semakin tak sabar, lalu keluar dari
kereta dan berlalu ketempat kejadian. abu bergegas sambil menjerit “bagi
laluan!! Bagi laluan!! Yang kemalangan tu adik aku!!”. Semua orang bagi laluan
dekat abu dengan wajah yang pelik. Sampai dekat tempat kejadian, Abu terkejut. Malu
sungguh dia ketika itu. Lalu, seorang pak cik bertanya kepada Abu “kera ni adik
encik ke?”. Get the lesson? Kan dah terkena. Tu la tak reti nak bersabar.
Masa jammed tu, banyak kereta yang langgar undang-undang
dengan memandu di jalan kecemasan. Banyak sangat!! Memang tak reti
bersabar.sampai ada kes, motor hampir-hampir nak berlanggar dengan sebuah
kereta. Salah kereta tu la. Siapa suruh pergi memandu dekat jalan kecemasan. Kalau
kereta pun memandu dekat jalan kecemasan, penunggang motor nak bawa motor dekat
mana? Atas angin? Jalan raya tu bukan untuk kita seorang je. Tapi, untuk orang
lain juga. Memandulah dengan penuh cermat, agar nyawa selamat. Ingat-ingatlah,
amal kita ni tak cukup lagi. So? Get the lesson? Lastly, happy eidulfitr again
to all the muslim from me susuchan.^^
No comments:
Post a Comment