assalamualaikum..
kita selalu dengar orang kata,
"kau kena berani untuk berhadapan dengan semua ni."
"beranikan diri kau! aku tahu kau boleh!"
"kau kena berani untuk berjaya"
kan? tapi pernah tak kita dengar orang cakap,
"kau kena berani untuk gagal!"
wah...mesti orang fikir. gila apa nak berani untuk gagal. mana ada orang berani untuk gagal. semua orang nak berjaya. kan?
"most of the time we hear and read about stories of success; about the rewards of success; about the good times etc. somehow most people do not like to talk about their failings and bad experiences. our society today has been programmed to shun failure. we look down on people who have failed. "failing" is taken as something "bad". the world today loves a winner and losers not accepted. we have reached the stage where nobody should make mistakes and people who make mistakes are punished. is there no value in "failing" at all?"
ungkapan ini saya ambil daripada sebuah buku yang saya sedang cuba menghabiskan. totally amazing! tajuknya DARE TO FAIL. berani untuk gagal. tajuk pun dah amazing, isinya lagilah kan? buku ni ditulis oleh Billi P.S. Lim. buku best seller. terjual hampir berjuta-juta. sebuah buku yang dah lama. tapi, saya baru baca sekarang. hee ^^. buku ni cerita tentang apa ya? buku ni adalah buku motivasi. buku untuk memotivasikan orang ramai supaya positif dengan perkataan gagal. supaya berani menerima kegagalan.
tak mudah bagi seseorang itu untuk menerima kegagalan bukan? sama ada dalam peperiksaan, dalam percintaan, dalam pekerjaan dan berbagai lagi. gagal sekali sudah bagai nak putus nyawa dibuatnya. bagaikan akan gagal selama-lamanya. itulah yang selalu terjadi. sebab itu, kebanyakan manusia susah untuk menerima kegagalan. pada hakikinya setiap manusia pasti Allah akan takdirkan kegagalan dalam hidupnya. walaupun sekali. tiada yang akan berjaya setiap masa. mungkin ada yang kata " aku sentiasa mendapat kejayaan. tak pernah gagal pun." ya, mungkin tidak gagal di dunia, tapi siapa tahu akan gagal di akhirat nanti? gagal untuk memasuki syurga.
sebenarnya bagus untuk gagal. kerana apa? kerana melalui kegagalan seseorang itu pasti akan berusaha lebih daripada biasa supaya tidak gagal lagi. kegagalan memberi peluang kepada kita untuk melihat dan memperbaiki kelemahan diri kita. ada ungkapan mengatakan gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. sebab, gagal pada kali pertama menyebabkan kita cuba untuk tidak gagal pada kali kedua dan kali yang seterusnya.
itulah yang pernah terjadi pada diri saya. semasa saya ditingkatan 3, banyak mata pelajaran yang saya lemah dan sentiasa mendapat gagal ketika peperiksaan. kegagalan tersebut telah menyebabkan saya mampu mencari kelemahan saya dan memperbaikinya supaya saya tidak akan gagal ketika pmr nanti. natijahnya, saya melakar keputusan yang terbaik ketika pmr. lihatlah bagaimana kegagalan itu menjadi pemangkin kepada kejayaan saya. semuanya bergantung kepada kita. bagaimana kita hendak menghadapi kegagalan itu? dengan pesimis atau dengan hati yang terbuka.
"to learn from our failures is to achieve success. never to have failed is never to have won. unless we experience failure and its bitterness, we will never appreciate the sweetness of victory."-anonymous-
setiap perkara ada hikmahnya bukan? jadi setiap kegagalan juga ada hikmahnya. kegagalan itu mempunyai nilainya yang tersendiri. hanya yang pernah gagal mengetahui betapa bernilainya kegagalan itu. kegagalan mampu membentuk suatu momentum dalam diri seseorang untuk terus berusaha dan berusaha. so, you should not be asking WHY ME? you should thank Allah it's you! you have be chosen.
once two dejected assistants of Thomas Edison said:
"we've just completed our seven hundreth experiment and we still don't have the answer. we have failed."
"no, my friends, you haven't failed," replied Mr. Edison.
"it's just that we know more than anyone else alive. and we are closer to finding the answer because now we know seven hundredth things not to do. don't call it a mistake. call it an 'education."
"it's just that we know more than anyone else alive. and we are closer to finding the answer because now we know seven hundredth things not to do. don't call it a mistake. call it an 'education."
No comments:
Post a Comment