Friday, 25 November 2011

i'm special


Manusia itu diciptakan Allah berbeza-beza dengan keistimewaan masing-masing.

Assalamualaikum..

Sihat? Alhamdulillah saya pun sihat. Cuma sekarang ni tengah ‘sakit’ sikit, sebab saya tengah spm! Huhu~ still ada masa lagi untuk menulis. Menyebarkan ilmu itu tak kira masa kan? Ok, straight to the point.
Tahu tak salah satu sebab seseorang itu susah untuk berjaya dalam setiap apa yang dilakukannya, adalah kerana dia sentiasa memikirkan kekurangan dirinya, dan selalu membanding-bandingkan kekurangan dirinya dengan kelebihan orang lain. contoh:

A: aku ni tak pandai macam B. Dia selalu dapat nombor 1 dalam peperiksaan. Keputusan dia semua A. Aku ni? Haram....aku ni bodoh sangat la. Apa pun aku tak pandai. Aku dengan B umpama mr. Bean dengan Einstein. Kenapa Kau ciptakan aku macam ni Allah?

Erm...acceptional kan example yang saya bagi ni? Bolehlah kan? Kita tengok A, dia cuba membanding-bandingkan diri dia dengan B. B yang pandai, B yang bijak dalam pelajaran. Dia sentiasa memuja-muja kelebihan B, tanpa sedetik pun memikirkan kelebihan dan keistimewaan yang ada pada dia. dahlah tak pernah nak fikir, lepas tu salahkan Tuhan pula, sebab cipta dia dengan kekurangan macam tu.

Actually, Allah dah cipta manusia tu semua sempurna. macam apa yang telah Allah firman dalam surah al-Tin ayat 4:

“telah aku ciptakan manusia itu dengan sesempurna kejadian.”

Allah dah cipta manusia itu sempurna. tidak ada yang tidak sempurna. jika ada yang tidak sempurna, Allah sempurnakan dengan kelebihan yang lain. macam A tadi, ketidaksempurnaanya adalah dalam pelajaran, tapi, siapa tahu mungkin dia bijak dalam memasak, menjahit or buat origami. Siapa tahukan? Jadi tuan empunya badanlah yang kena menggerudi kelebihan yang Allah kurnia bagi menggantikan ketidaksempurnaan dia. takdelah lepas ni, nak membanding-bandingkan kita dengan orang lain. setiap manusia itu istimewa! melalui keistimewaan mereka masing.


Manusia ni mana boleh semuanya sama. Jika semua bijak dalam pelajaran, siapa yang nak bijak dalam bidang kesenian. Siapa yang nak jadi mekanik? Bakery dan sebagainya lagi. Betul tak? so, tak perlulah nak condemn-condemn diri sendiri. Jika kita sendiri condemn dan downkan diri kita sendiri, siapa lagi yang nak puji dan angkat kita sampai ke awan, jika tidak kita sendiri. Biarlah orang kata kita ni macam masuk bakul angkat sendiri, asalkan kita bahagia dan kelebihan kita terserlah.

Lastly, stop condemning and start to be more grateful for who you’re. Alright, my dear brother and sister? Ok, nak pi study chemistry. Pray the best for me ok? ^^

*penat baru lepas balik kedah tak hilang lagi. Masuk ke tak chemistry ni ==”. btw, happy birthday to my friend, zul.




2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...