Sunday, 8 January 2012

lots of love




assalamualaikum..

bagaimana anda semua hari ini? sihat? jika sihat alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana memberi saya dan anda sekali lagi peluang untuk hidup di atas muka bumi-Nya ini. alhamdulillah..moga peluang yang diberikan Allah ini, dapat saya dan anda gunakan dengan sebaik mungkin. inshaAllah...

*saya nak berleter panjang hari ini*





anda pernah bercinta? e'eh, tiba tanya soalan ni pula. mestilah pernahkan? setiap orang pernah bercinta dan tak salah saya katakan, sekarang, saya dan anda pun tengah bercinta. haa~ mesti ada yang terdetik dalam hati,

'mana ada aku bercinta'

'pandai je budak ni cakap aku bercinta, i'm single ok.'

'takde maknanya aku bercinta, bercinta (bercouple) tu haram (?)'

benar apa saya katakan, semua orang pernah bercinta, sedangkan bayi pun tengah bercinta. persoalannya, bercinta dengan siapa? mesti ada yang fikir, bercinta mestilah dengan lelaki. S.A.L.AH. saya sangkal pemikiran itu. huhu..jadi dengan siapa saya dan anda tengah bercinta sekarang?

pada hakikinya kita bercinta pada 3 perkara (boleh guna perkara ke?). kita sedang bercinta dengan Allah, Rasulullah dan family kita. lah~ betullah kan?

hari tu, seorang teman saya menyoal saya soalan wajib tanya,

"su kau dah berpunya?"

saya menyoal dia kembali, "dah berpunya?" (buat-buat tak faham)

"ala, kau ni. pakwe la."

saya tersengih dan menjawab, "perlu ke? takde masa la untuk semua tu."

kawan saya, *speechless*

benar saya katakan, saya memang tak pernah bercouple dan hakikatnya saya bencikan coupling. sebab ianya MENYUSAHKAN dan ANNOYING. memanglah nampak seronok. tetapi, pada zahirnya sahaja. dalamannya? fikirlah sendiri. couple ni dah macam tradisikan? sehinggakan jika ada yang tidak pernah bercouple dianggap alien (aku ni alien la?). al-Quran dan as-sunnah tidak pernah menganjurkan aktiviti ini. so, kenapa kita nak mengamalkannnya?

susah untuk saya terjebak dengan hobi bercouple ni. kerana, saya dikurniakan ibu bapa, kakak-kakak dan abang yang sangat melarang anak-anak dan adik-beradiknya bercinta pada usia yang sangat remaja. saya bersyukur untuk itu. disebabkan didikan dan asuhan dan nasihat yang bertubi-tubi oleh mereka, alhamdulillah saya dapat elakkan diri dari terjebak dengan aktiviti yang sangat tidak sihat ini. mungkin ada manusia-manusia diluar sana mengatakan, ibu bapa, kakak-kakak dan abang saya tidak open minded dan pengongkong. saya peduli apa, disebabkan ketidak open minded merekalah saya masih mampu menjaga cinta saya. inshaAllah..

bila melihat rakan-rakan saya yang bercouple, terdetik juga nafsu saya untuk turut mengikuti jejak langkah mereka. namun, saya detik balik nafsu saya, dengan mengatakan bahawa apa yang saya akan dapat daripada bercouple ni? (saya adalah seorang perempuan yang hanya akan melakukan sesuatu jika saya dapat faedahnya). tiada apa pun. nak kata dapat kasih sayang lebih, saya rasa kasih sayang Allah, Rasulullah dan keluarga saya lebih daripada teman couple saya berikan. perhatian sepenuh masa? jumpa pun kadang-kadang, sepenuh masa apa ye?

pernah saya bertanya kepada rakan saya, kenapa nak bercouple? dia jawab, kerana dia nakkan kasih sayang, rasa dihargai, dan bla, bala, bla, bala, bla...bla. itu jawapannya. ada juga munasabah daripada jawapan tersebut. tetapi, berapa peratus je pun kemunasabahannya? jika nak dibandingkan kasih sayang teman couple kita dengan kasih sayang yang Allah berikan, mana lebih tinggi dan hebat? mestilah Allah kan? kenapa nakkan yang kecil sedangkan yang besar dah sedia menanti.

saya tanya lagi kepada seorang teman saya,

"jika diberi pilihan antara bercinta sebelum berkahwin dan bercinta selepas berkahwin, yang mana akan menjadi pilihan kau?"

jawab teman saya,

"mestilah selepas. bagi aku, cinta selepas kahwin itu lebih nikmat. lebih terasa mahabbah dan mawaddahnya berbanding dengan sebelum. semua orang nakkan cinta yang dinaungi-Nya."

two thumbs untuk kawan saya ini.

mungkin ada yang kata, "alah, aku main-main je. bukan serius pun". ok fine, kita fikir ianya tak seserius mana, tetapi, ada kita fikir apa yang Allah fikir. pernah kita fikirkan betapa tergurisnya Allah, apabila perasaan cinta yang Dia anugerahkan, yang sepatutnya digunakan untuk mencintai sesuatu yang Dia suruhi dan redai, kita gunakan untuk sebaliknya. macam, kawan kita bagi kita duit suruh beli jus, kita pergi beli arak. ada faham ka?

hidup ni kita tak lama, mana tahu esok lusa dah mati, tak dapat nak merasai nikmat bercinta. so, kenalah bercinta awal-awal. lah~ kan dah dan tengah merasa nikmat bercinta tu. bercinta dengan Allah, bercinta dengan Rasulullah, bercinta dengan keluarga. tak merasa lagi, apa ya. la takhaf wa la tahzan, jangan takut dan jangan bersedih. jika anda mati pada hari ini, dan anda masih belum merasai nikmatnya bercinta, inshaAllah akan ada bidadari-bidadari dan wildan-wildan yang lebih molek daripada manusia menunggu untuk melimpahkan kasih sayang dan cinta mereka khusus untuk anda di syurga nanti.

bercinta itu boleh. namun, biarlah pada saluran yang benar. carilah cinta yang dapat membawa kita lebih mencintai-Nya. bukan cinta yang membuatkan kita lebih jauh daripada-Nya. setiap orang inginkan cinta yang suci. untuk mendapatkannya kita perlulah meyucikan terlebih dahulu cinta kita. kata ustaz pahrol mohd juoi, jika inginkan wanita solehah, kitalah yang perlu menjadi soleh terlebih dahulu. lebih kuranglah.

last but not least, saya bukan nk condemn mereka yang tengah hot bercouple, saya cuma nak membuka iman mereka, supaya fikirkan kembali, sekali lagi, apa faedahnya bercouple. jika temui jawapannya, alhamdulillah. jila belum ketemu, saya doakan moga Allah ketemukan anda jawapannya.
moga cinta saya, anda dan mereka yang bergelar muslim dan muslimah diluar sana terus dijaga oleh-Nya. amiin....

maaf jika ada yang terasa
tidak ada niat untuk mengena
cuma hendak berkongsi rasa
inshaAllah bahasa yang diguna
baik-baik dan molek-molek sahaja

peace be upon to all of you!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...