bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum..
saya ditimpa musibah! musibah yang saya tak pernah impi dan termimpi akan hadapi. musibah apa yang menimpa saya? tempoh hari, ditakdirkan Allah, saya terlibat dalam satu kemalangan. akibatnya kaki kiri saya patah dua. betis dan peha. agak mengilukan bagi yang melihat. bagaimana saya kemalangan dan dengan apa saya kemalangan, tidaklah dapat saya menceritakan. kerana, ianya hanya akan mendatangkan kekeliruan kepada anda yang membaca.
ketika mendapat khabar kaki saya patah, entah kenapa dan mengapa, tiada setitis air mata pun yang mengalir. tiada langsung rasa marah dan resah dalam hati saya. ketika itu, saya rasa tenang, setenangnya. saya terfikir, kenapa begitu? kenapa tiada air mata yang mengalir. malahan, ketika sedang mengerang kesakitan ditengah jalan raya, air mata saya langsung tidak mengalir. adakah saya sudah tiada perasaan? ataupun, air mata saya kering ketika itu. sehingga sekarang, saya masih tidak ketemu jawapannya.
namun, saya lega, saya tidak menangis. kerana, bicara mak saya, menangis hanya menambahkan lagi kesakitan. saya lega, saya bersyukur, kerana Allah memberikan saya kekuatan untuk reda dengan musibah ini. saya lega, dan saya bersyukur Allah pilih saya untuk menerima musibah ini. kerana, hikmahnya saya dapat melihat sesuatu yang saya tidak dapat lihat selama ini.
kadang saya ada juga menangis, bertanya, menyoal Ilahi. kenapa saya yang dipilih? namun, saya muhasabahkan diri dengan kata-kata ini:
Allah turunkan ujian pada manusia, bukan tanda tidak sayang kepada manusia. tetapi itulah tanda bahawa Dia sedang memerhatikan manusia itu. ujian adalah untuk kita beringat. hal ini kerana, kita ini manusia lalai dengan hubungan kita kepada Allah. ujian hadir mengingatkan kembali pergantungan kita kepadaNya, Allah akan mengampunkan kesalahan kita.-petikan hero, karya hilal asyraf-
firman Allah dalam surah Asy-Syura 26:30
"dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri (dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu."
musibah itu indah, sabar itu lagi indah!
*thanks a lot to my mum, sanggup jaga saya sepanjang ditimpa musibah ini. lain kali, inshaAllah, acu tulis tentang mak, love you mak cause of Allah.

jazakillah as soon as possible . i.Allah ~
ReplyDelete