bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum..
saya teringat kata-kata abang saya tentang cara menguruskan wang gaji untuk mendapat keberkatan daripada Ilahi. kata abang saya, dalam menguruskan gaji, kadang manusia terlupa satu perkara. perkara yang mungkin tidak terlintas pun untuk dilakukan setelah mendapat gaji. semestinya, manusia hanya akan memikirkan untuk menggunakan gaji itu dengan membayar itu dan ini, membeli itu dan ini, dan setelah urusan membayar dan membeli selesai, wang selebihnya disimpan untuk keperluan mendatang.
memang itulah selalunya akan dilakukan oleh setiap orang yang bergaji bukan?
jadi, apa yang manusia bergaji ini lupa, selain daripada perkara-perkara wajib buat itu? selain daripada, menyimpan, membeli, membazir, membayar dan segala 'mem' yang lain.
SEDEKAH
sedekah?
yeah, sedekah. pernah atau tidak, kita (ditujukan kepada mereka yang bergaji) menulis perkataan ini dalam senarai perkara yang wajib dibuat dengan gaji yang diperolehi? pernah atau tidak? tepuk dada tanya iman.
mungkin ada yang buat, mungkin tiada yang buat, dan mungkin ada yang tidak pernah terlintas pun hendak memberi sedikit pun daripada gaji yang diperolehi kepada orang lain. benar atau tidak? lu pikirlah sendiri.
sesetengah mereka mungkin mengatakan,
"woih, aku penat kerja, pastu nak pi bagi dekat orang lain. baik aku guna sorang-sorang. lagi banyak faedahnya."
isyh, isyh..tak patut fikir macam tu.
saya ingin berkongsi sebuah kisah tentang seorang lelaki yang dahulunya sungguh miskin, namun kini menjadi seorang jutawan, mashaAllah. kisahnya benar-benar menjadi tauladan untuk kita ikuti.
kisahnya begini, sewaktu lelaki ini menerima gajinya yang pertama, ibunya telah memintanya agar memberikan separuh daripada gajinya kepada orang miskin yang tinggal berhampiran rumahnya.
dapat bayang tak? setelah penat membanting tulang selama sebulan, anda diminta untuk memberi separuh daripada gaji anda kepada orang lain? bukan 1/10, bukan 2/10. tetapi, 5/10! woh! rugi tu. haaa, tak mau, tak mau, tak mau. tak baik fikir rugi. namun, disebabkan beliau merupakan seorang anak yang taat, beliau menuruti nasihat ibunya tanpa banyak soal.
lelaki ini sedar sekiranya dia mau menyedekahkan separuh daripada gajinya, dia perlu bekerja dua kali lebih kuat, bukan? contohnya, jika perbelanjaan bulanannya mececah lima ratus ringgit, dia tidak boleh bekerja dengan memperolei gaji sebanyak lima ratus ringgit sahaja. dia perlu bekerja sehingga dia memperolehi satu ribu ringgit, bukan? ini kerana dia mahu menyedekahkan separuh daripada gajinya, betul tak?
jadi, untuk memastikan dia berupaya menyedekahkan jumlah wang yang sama setiap bulan, dia bekerja dua kali lebih gigih, menggunakan kebijaksanaannya untuk meningkatkan hasil kerjanya.
dan oleh kerana dia bermurah hati menyedekahkan sebahagian daripada pendapatannya yang halal ini, Allah telah memberikan ganjaran yang lumayan, setinggi gunung!
kini bertahun sudah berlalu, pendapatannya meningkat berlipat kali ganda, dan 20 tahun kemudian, nasib beliau berubah dari seorang yang miskin menjadi jutawan.
bukan hanya seorang jutawan tetapi seorang billionare yang kaya-raya! kini dia tetap memberi sedekah secara besar-besaran dan melibatkan jumlah yang lebih banyak, mashaAllah. dia telah membina banyak sekolah, masjid, yayasan dan lain-lain usaha yang murni.
ini bukan cerita olok-olok tau!
lihat, bagaimana daripada sedekah yang diberi dengan hati yang ikhlas tanpa ada sedikit pun keluhan dan pertanyaan, beliau telah berjaya menjadi seorang billionare. BILLIONARE!
subhanallah!
super awesome right? disinilah sedekah memainkan peranannya.
pesan Nabi s.a.w melalui sabdanya:
"barangsiapa yang bersedekah bernilai sebiji kurma daripada rezekinya yang halal (lantaran tidak ada yang diangkat kepada Allah s.w.t melainkan yang baik-baik semata-mata) maka Allah s.w.t menerimanya lalu disimpan disisi-Nya dan dikembangkan ganjaran pahalanya bagaikan seekor anak kuda yang membesar setinggi gunung"-al-Bukhari dan Muslim-
seekor anak kuda sebesar gunung! bayangkan daripada sebiji kurma yang kita sedekahkan, Allah membalasnya dengan seekor kuda sebesar gunung! subhanallah. siapa yang tak nak? mesti dan pasti semua manusia mahukannya bukan? dan ianya terbukti melalui kisah pemuda yang saya ceritakan tadi. daripada separuh gaji yang didermakannya, Allah membalasnya dengan menjadikan dirinya seorang billionare. belum kira pahalanya lagi.
anda nak tahu lagi? ganjaran-Nya kepada mereka yang suka menderma tidak terhenti disitu sahaja. cuba baca ayat cinta Allah ini:
"orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhan mereka. tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati." -al-Baqarah 2:274-
subhanallah, betapa hebatnya peranan sedekah ini dalam hidup kita. betapa hebatnya janji Allah kepada mereka yang suka menderma. janji-janji ini Allah ungkapkan untuk menggalakkan hamba-hamba-Nya memanjakan diri dengan bersedekah. supaya hamba-Nya dapat merasakan nikmat ketenteraman tanpa rasa khuatir dan bersedih hati. betapa indahnya hidup kita jika tiada langsung rasa khuatir dan sedih. betapa, seronoknya untuk menjalani hari-hari yang mendatang tanpa kekhuatiran dan kesedihan.
jadi, apa lagi, apa lagi yang anda tunggu? segera seluk poket anda, kobek dompet anda dan berikan kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan. usah malu untuk bersedekah. berapa pun nilainya, Allah akan tetap memandangnya sebagai suatu kebaikan.
kepada mereka yang bergaji, jangan lupa selitkan perkatan SEDEKAH dalam senarai wajib buat dengan wang gaji apabila dapat gaji hujung bulan ini. jangan sampai terlepas seekor anak kuda yang membesar setinggi gunung. nanti, anda akan menyesal sepanjang hayat anda. sekarang saya nak pergi cari, mana dompet saya. hurm...
TERIMA KASIH ALLAH!
notasebelumterlupa : bersedekah dengan hati yang ikhlas kerana Allah! ^^. ingat! tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima dan tangan yang berada diatas lebih baik daripada tangan yang berada dibawah. selamat bersedekah!