Wednesday 25 April 2012

terima kasih Allah




Bismillahirrahmanirrahim..
Tepat 1.45 pagi, selepas penat tengok kawan-kawan mukabuku post “ saya dapat matrik!”, “saya dapat form 6!”, “siapa dapat matrik Pahang?” dan seteru dengan semua tu. Saya pun buka laman web kementerian pelajaran.
LOADING
LOADING
LOADING
Keluar juga akhirnya selepas loading yang sangat lama dan mendebarkan (takut tak dapat matrik), lepas masuk i/c sume,

huhu^^

ALHAMDULILLAH!
Sangat tak sangka..dengan keputusan yang agak tidak memberangsangkan, saya diterima juga oleh matrikulasi. Lepas hantar mesej dekat kawan-kawan, saya terus perform istikharah. Hati memang tak tenang sangat masa tu. Celaru sungguh. Tersepit antara matrik atau asasi. Tawaran matrik tu agak baik. Satu tahun lagi, bidang sains lagi. Kira kalau terima, insyaAllah ada peluang nak ambil medic.
Kecelaruan saya terungkai dengan istikharah.
Alhamdulillah!
Keesokan pagi, Allah terus bagi jawapan, merungkai sekali lagi kecelaruan saya. Saya akan tunggu keputusan upu, baru saya decide nak pilih matrik atau asasi. But, I’m really hope that I get asasi.
SAYA NAK MASUK UIA!
Moga Allah dengar doa saya. Doa orang sakit tak terhijabkan? insyaAllah.
Banyak orang yang beritahu saya, matrik ni tough. Kena betul2 jihad bila masuk matrik. Dan yeah, saya macam terangsang dengan kata-kata tu. Terangsang tak nak terima matrik. Tapi, di mana je kita belajar, apa je kita ambil, diploma, matrik, asasi, stpm or stam. Ia tetap sama. Kesusahan tetap ada dalam banyak-banyak tu. Cuma kita yang perlu bijak dalam menghadapi kesusahan tu. Betul tak? Pendapat saya sahaja.
Dalam kita yang bergembira dapat matrik ni, mungkin ada yang tak dapat matrik. Mesti rasa macam down je kan? Tapi, seeloknya, tak perlulah nak bersedih. Perjalanan masih panjang. Tak dapat tawaran matrik, tak bermakna jalan anda untuk berjaya dah tertutup, gelap takde cahaya. Banyak lagi jalan yang ada. Upu pun tak keluar lagi kan? Doa banyak-banyak moga anda, saya dan mereka semua dapat tawaran daripada mana-mana universiti idaman sanubari. insyaAllah..
Notatanhiahsangat : mabrook, tahniah, congrats, chukaeyo kepada yang dapat matrik dan form 6!

5 comments:

  1. sye pon xtaw nk amek ape,,tpi menguatkn aty sye awk pnye pkataan ue,, x kesahlah kite amek ape,,semuanya pasti ade susanye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. peningkan nak buat keputusan? apa pun, moga Allah bantu awak dalam buat keputusan yang terbaik!

      Delete
  2. saya follow 28, pleas follow back
    ditunggu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...