Didalam buku ini Catherine MacPhail memaparkan kisah Rory McIntosh, yang merupakan watak utama cerita ini. Cucu kepada Mister McIntosh yang dipanggilnya ‘granda’. Grandanya telah menjaganya sejak kecil lagi setelah Rory ditinggalkan oleh ayahnya, anak kepada Mister McIntosh. kisah bermula apabila Grandanya terpaksa dimasukkan ke hospital setelah cuba memasak pai yang menyebabkan rumah flatnya hampir terbakar. Dan disebabkan kejadian itu Rory terpaksa berpisah dengan Grandanya, apabila dia dihantar kerumah anak yatim ‘Castle Street’ dan Grandanya dihantar ke rumah orang tua ‘Rachnadar’. Akibat tidak tahan berada di ‘Castle Street’ dan tidak sanggup lagi melihat Grandanya yang semakin bertambah tenat setelah tinggal di rumah orang tua tersebut, Rory mengambil keputusan untuk melarikan diri bersama dengan Grandanya.
Lalu bermula kisah perjalanan Rory McIntosh dan Grandanya dari satu tempat persembunyian kesatu tempat persembunyian. Dan sepanjang perjalanan tanpa tujuan tersebut mereka telah bertemu dengan pelbagai jenis manusia. Ada yang baik hati menolongnya dan ada yang tidak.
THE MORAL OF THIS STORY
Pengajaran yang saya perolehi daripada buku ini adalah, kita perlu sentiasa berwaspada dengan orang yang tidak begitu kita kenali. Tetapi, janganlah cepat berprasangka buruk dengan orang tersebut. Kita perlu mengenalinya sambil terus berwaspada (betul ke?^____^). Dan kita perlulah jadi seorang anak yang taat kepada ibu bapa. Bila kita telah melakukan kesalahan terhadap ibu bapa kita, mohonlah kemaafan. Ingat! Reda Allah itu terletak pada redanya ibu bapa. jadi berusahalah untuk menjadi anak yang soleh lagi solehah yang diredai oleh Allah dan ibu bapa. inshaAllah…
PENUTUP
Buku ini adalah buku yang amat menarik untuk dibaca. Penuh dengan kisah-kisah yang mencuit hati dan banyak ibrah yang bisa diambil darinya. Catch Us If You Can (literature component for secondary school). Read it out!
No comments:
Post a Comment