Wednesday, 22 December 2010

laporan mukhayyam ikram perak


Pada hari Sabtu 11 disember 2010, saya telah mengikuti suatu program mukhayyam yang dianjurkan oleh ikram perak. Mukhayyam ini disertai hampir 120 orang dari pelbagai daerah di dalam Perak.  Mukhayyam ini bertempat di Teluk Sedagas,Pulau Pangkor.
Pada pagi sabtu tersebut,kesemua peserta diminta berkumpul di jeti Lumut.  para peserta perlu menaiki feri untuk kesana. Dalam keadaan hujan yang kadang lebat, kadang renyai agak merisaukan. Tetapi Alhamdulillah, kami berjaya sampai ke destinasi tanpa sebarang kepayahan. Setelah sampai dijeti Teluk Segadas, kami perlu berjalan kaki untuk berkumpul di Masjid berdekatan. Setelah melepaskan lelah akibat kepenatan, program di mulakan oleh ketua komander mukhayyam. Kami diberikan penerangan tentang tujuan mukhayyam ini diadakan dan serba sedikit tentang organisai ikram. Setelah itu, kami diberi pula tugasan pertama kami, iaitu menghafal lirik lagu ikram, memahami surah al-hujurat dan menghafal ayat 10 surah al-hujurat. Kami juga di beri penerangan tentang konsep yang digunakan dalam mukhayyam ini, iaitu melalui konsep 3T. tajmi’,tarbiah dan tadhrib. Setelah itu kami dibahagikan dalam beberapa buah kumpulan.
Setelah selesai segalanya kami memulakan kembara kami untuk ketempat perkhemahan. Kami akan ke sana dengan menaiki  van yang telah disewa. Sementara menuggu ketibaan van, kami diberikan tugasan seterusnya, menceritakan kisah-kisah para anbia’. Perjalanan mengambil masa hampir berapa minit. Dengan menaiki van , kembara kami dipermudahkan. Kami ingatkan cerah hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Rupanya kami perlu meredah hutan untuk  sampai ketempat perkhemahan kami.  Disinilah dimana semangat kerjasama dan kesabaran yang tinggi mula  memainkan peranan. Setelah hampir stengah jam kami ‘berjungle trekking’ akhirnya, Alhamdulillah kami selamat sampai tanpa sebarang kecederaan. Walaupun ada juga yang jatuh tergelincir dan sebagainya. Kepenatan kami reda sebentar, apabila keluar daripada hutan, mata kami terus dijamu dengan kecantikkan laut yang terbentang luas serta deruan ombak yang menghempas pantai. Sungguh mengasyikkan dan menenangkan. Subhanallah. Penat kami tidak terhenti di situ, kemudiaanya dalam masa tidak sampai setengah jam kami perlu mendirikan khemah dan memasak untuk makan tengahari. Alhamdulillah sekali lagi, semuanya berjalan lancar. Kami diberi kesempatan untuk berehat dan bersedia untuk mendirikan solat zohor berjemaah dan diselitkan slot tazkirah.
Aktiviti dimulakan dengan menyanyikan lagu ikram, setelah itu kami dibawa ke pesisir pantai untuk meneruskan aktiviti seterusnya. Pelbagai akitiviti yang telah dijalankan, antaranya isi air dalam botol, spider web dan sebagainya. Aktiviti yang dijalankan  benar-benar menguji  semangat berpasukan kami. Aktiviti ini telah mengeratkan lagi ukhwahillah antara ahli kumpulan dan para peserta.
Pada malamnya pula,setelah selesai mendirikan solat jama’ maghrib dan isyak kami membaca al-mathurat bersama-bersama. Sungguh menenangkan saat itu, mengalunkan kalimah-kalimah memuji Allah sambil diselangi dengan bunyi ombak menghempas pantai. Subhanallah sungguh tidak tergambar perasaan saya ketika itu. Tenang, setenang deruan angin pada malam itu.
 Aktiviti pada waktu malam pula, setiap kumpulan disuruh berkumpul dengan para fasilitator yang telah ditetapkan untuk setiap kumpulan. Ketika inilah kami diberi peluang untuk meluahkan segala perasaan kami. Perasaan tidak puas hati, seronok, bangga….. apa-apa sahaja yang bermain dibenak kami ketika itu. Dan kami juga perlu mengaitkan apa yang telah kami lakukan pada hari pertama ini dengan konsep 3T. tajmi’, tarbiah dan tadhrib. Aktiviti ini berlangsung selam sejam.
Pada hari ke-2 , kami memulakan pagi kami dengan solat subuh berjemaah. Kemudian  tugasan menceritakan kisah para anbia’ diteruskan oleh peserta kumpulan seterusnya.  Walaupun hujan turun menyimbah bumi, namun tugasan tersebut tetap diteruskan (pada  masa ini akhawat terpaksa berhujan kerana tidak berbumbungkan apa-apa).  Setelah itu kami diberikan masa untuk bersarapan. Roti dan sardin, itulah yang telah disediakan oleh para fasilitator untuk sarapan terakhir  kami di mukhayyam ini. Selepas selesai bersarapan kami meneruskan akitiviti terakhir kami di teluk sedagas ini. Kami melakukan beberapa senaman ringan sebelum dikerah untuk berlari anak di pesisir pantai dalam keadaan hujan yang masih renyai-renyai.
Setelah penat berlari, kami dikerah pula untuk bermain 3 jenis permainan, iaitu telur, ayam dan dinasour, permainan tuju kasut dan membina istana pasir. Suasana ketika itu sungguh meriah sekali. Para peserta tanpa mengira peringkat umur bermain dengan sungguh riang seperti sekumpulan kanak-kanak kecil. Aktiviti membina istana pasir adalah aktiviti kegemaran saya. Kerana saya dapat melihat elbagai jenis istana pasir yang terbina pada waktu ini. Yang paling tidak boleh saya lupakan adalah istana pasir yang dibina oleh kumpulan saya. Penuh dengan fantasi galaksi. Kalau dilihat, ianya sebiji kapal terbang UFO.
Selepas itu, kami diberi masa beberapa minit untuk berehat sebelum mengemas khemah dan barang-barang serta membersihkan pantai. Setelah selesai mengemas dan membersih, para peserta  dikumpulkan untuk majlis penutup atau aktiviti pengakhiran. Majlis penyampaian hadiah dilangsungkan setelah ucapan diberikan. Dan Alhamdulillah kumpulan saya, kumpulan mujahidah telah mendapat tempat yang kedua.
Mukhayyam ini adalah mukhayyam yang paling bermakna dan cukup berbeza jika dibandingkan dengan mukhayyam-mukhayyam yang pernah saya lalui sebelum ini. Perbezaan yang paling ketara adalah ukhwah yang terjalin diantara saya,kami dan seluruh para peserta mukhayyam ini. Ukhwah yang cukup helwah. Yang menjadikan ukhwah ini helwah kerana ianya dijalin atas dasar taqwa kepada Allah. Kami  bertemu kerana Allah, kami  berkumpul kerana Allah dan kami berpisah kerana Allah. Semuanya kerana Allah. Moganya ukhwahillah yang terjalin ini bisa dimanfaatkan sebaiknya untuk jalan dakwah dan moganya kekal hingga ke jannah. inshaAllah..
Firman Allah dalam surah al-hujurat ayat 10:
10.Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...