Sunday 8 January 2012

i'm a worker


assalamualaikum..

sebelum ni saya banyak memandang serong terhadap mereka yang tak mahu bekerja. bagi saya, mereka ni pemalas. kerja itu ada, cuma mereka tak mahu mencari. tapi, setelah saya sendiri, 'turun padang' untuk mencari kerja, baru saya mengerti, bukan senang untuk mencari kerja sebenarnya. sebablah, masih ada yang menganggur tanpa kerja sehingga sekarang.

siapa kata kilang banyak memberi peluang pekerjaan? saya sangkal kata-kata itu (dah gaya pembahas pula). satu hari suntuk saya dan 2 orang rakan saya pergi menjenguk satu kilang ke satu kilang untuk mencari kerja. akhirnya pulang dengan harapan kosong dan tangki minyak motor yang kosong. susah cari kerja. dipendekkan cerita, akhirnya Allah takdirkan saya bekerja di kilang lipat cadar (boleh buat menantu ni). alhamdulillah kerjanya ok. cuma kena berdiri 8 jam tanpa boleh duduk (kadang ngelat, duduk juga).

kerjalah selagi mampu (pesan mak saya)



moral of the stories?

akhirnya saya faham perasaan mereka yang tak kerja-kerja sehingga sekarang, dan saya mula memahami kepayahan mak saya bekerja di kilang. kepenatan yang mak saya rasai selama ini. mulai saat ini saya akan sentiasa mendengar keluhan kepenatan mak saya setelah seharian bekerja di kilang. inshaAllah..kepada sesiapa yang sudah mempunyai pekerjaan, hargailah pekerjaan anda. saya ulang balik, susah cari kerja.

oh, by the way, status saya telah ditukar. STUDENT ---> WORKER. huhu...bangga sangat (nada sinis)

*merapu dimalam hari setelah laptop ku dirosakkan dan badanku kesakitan akibat berdiri selama 8 jam. ahh~

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...