assalamualaikum...
sejak bila memberikan pendapat itu menjadi satu kesalahan? pernah terfikir? saya pelik dan tak faham kenapa manusia perlu mempertikaikan pendapat manusia lain. ya, memang manusia itu berbeza. jadi, mestilah pendapat manusia itu juga berbeza. namun, tidak perlulah sampai nak condemn pendapat orang lain. entah kenapa, saya yang sakit hati apabila ada manusia yang suka sangat nak condemn pendapat orang lain. kalau mereka kata mereka bukannya condemn, tapi, mereka hanya memberikan pendapat, perlu ke mereka memberikan pendapat dengan bahasa yang sangat tidak menunjukkan erti berakhlak ketika berbicara? perlu ke macam ni --->
A : drama korea ni best tau. hero cute, heroin pun cute. cerita pun mesti ada unsur lawak.
B : drama korea? please la...macam sengal je. aku tak minat la.
A : apa sengal?
B : yela, sengal. entah apa-apa entah. kau ingat semua hero dengan heroin tu betul-betul cute ke? muka plastik je lebih tu.
A : biarlah dah aku suka. perlu ke kau nak condemn sampai macam tu sekali?
B : aku nak kau buka sikit mata kau tu.
A : hmmph! buang masa je aku cakap dengan kau.
perlu ke B condemn pendapat A tentang drama korea? walaupun dia tak minat, tak boleh ke dia cuba menerima pendapat A. ok, kalau tak boleh juga, tak boleh ke dia komen dengan lebih baik. yang lebih positif. macam ni kan bagus --->
A : shinchan bestlah..kelakar kot. aku suka.
B : aku tak suka la. macam budak-budak. but, its ok untuk tengok. untuk gembirakan hati.
haa..kan cantik tu.
bila buka youtube untuk tengok video. perkara kedua yang akan saya buat lepas tengok video adalah baca komen orang. dan, yeah semestinya dalam setiap komen tu mesti ada yang komen negatif sangat. masa baca hati saya mesti cakap " tuan punya video ni tak sakit hati ke baca? aku yang hanya tumpang baca ni pun sakit hati."
mestilah sakitkan? kecuali la pemilik video tu manusia yang paling sempurna. terima je komen-komen yang sangat menyayat hati tu (ayat tak boleh blah) dengan senang hati. bila saya ajukan soalan ni pada status facebook saya ---> sejak bila memberikan pendapat itu menjadi satu kesalahan? tiada undang-undang yang mengatakan memberikan pendapat itu salah. jadi salah ke untuk seseorang itu memberikan pendapat? <----
ukhti saya yang sangat comel memberikan komen yang membuatkan saya tersedar --->
memberikan pendapat dan membalas pendapat orang tu boleh. tiada tertulis pun dalam undang-undang yang memberikan pendapat itu adalah salah. tapi, ia akan menjadi suatu kesalahan apabila memberikan pendapat yang melanggar sensitiviti agama dan manusia. kita perlulah bijak dalam memberikan pendapat dan bijak dalam membalas pendapat. cubalah untuk menerima pendapat orang lain. jika, pendapat itu berbeza dengan apa yang kita rasa, janganlah terus membenci dan mencaci. cubalah menerima dan mengubah pendapat itu selaras dengan pendapat kita dan sang pemberi pendapat dan Allah. itukan lebih baik ^^
jangan kerana pendapat yang berbeza, kita bergaduh sesama manusia sehingga tak mahu bertegur-sapa. alright my dear brothers and sisters?
walk away from condemning |
hmm..
ReplyDeletebetul tu kak susuchan ^_^
e'em...syukran..^^
ReplyDelete