Thursday, 1 December 2011

INI CERITA KAMI


assalamualaikum..

hari ni saya nak cerita tentang classmate saya. kelas kami ada 26 orang pelajar. Sebelum Haniff masuk, kelas ni ada 26 juga. But, lepas firdaus keluar, tinggal 25 je. Kira Haniff ni macam pengganti Firdaus la. 13 perempuan, 13 lelaki. seimbang right? kelas kami dikemudi oleh yusri. Kira dia macam kapten kapal kita orang la. Setiap kapten mesti ada pembantu right? so, kami pun sehati sejiwa melantik syakira jadi pembantu yusri. Dan, yeah, pilihan kami adalah pilihan yang paling tepat. Syakira berjaya melaksanakan kerjanya lebih baik berbanding yusri. Kalau ada anugerah pembantu terbaik, kami pasti akan calonkan syakira. Calonkan jela. Huhu~

Manusia dalam kelas ni banyak sangat perbezaan. Paling ketara antara lelaki dan perempuan. Perempuan kelas kami ni diibaratkan seperti Einstein lelaki pula macam mr. Bean. Nampak tak perbezaan tu? Yeah, woman is always better than man. Even, the fact said that, men is more intelligent than woman. Bla, bla, bla. setiap kelas mesti ada pelajar yang superb right? dalam kelas ni, ada.....erm, ok, semua superb. Semua intelligent. Takde yang tak superb.

Shahdan merupakan joker dekat kelas kami. Pelapis nabil dan matluthfi. He is funny. Seriously. Dia boleh buat siapa je yang ada dekat disekeliling dia, ketawa. And then, zairil. Dia sama je macam shahdan. Sekepala juga. Gila. Selain daripada shahdan, dia ni juga merupakan pelajar yang paling diminati cikgu. lebih-lebih lagi, ustazah hasiah. Seorang lagi thazaly, even dia ni gila macam shahdan dan zairil, dia bijak. Antara top 10 dalam kelas. satu je yang annoying tentang dia, adalah bila dia sedang dilamun cinta. Wah~ enggak bisa cerita bagaimana condition dia tika itu. memang angau habis. Huu~ syafiq, sloth dekat kelas kami. Dia ni asal argentina. Sloth yang berasal dari argentina yang main bola yang, yang, yang bakal jadi menteri kerajaan bertaraf mufti. Seriously? No la..sloth tu nama panggilan teacher anizan dekat dia. dia ni, seorang yang berpemikiran politik tapi kadang-kadang macam agamawan. Erm..

Azuan, jaguh sukan dalam kelas kami. Dia ada kembar. Azam. Cikgu suka samakan dia dengan azam macam kembar harimau malaya tu. Apa deh namanya? Adha, adha? Macam tu la. Azuan ni pernah jadi kapten rumah suria. Orang glamour tu. Ariff, wazira, zul, dan nizam lelaki yang boleh dikategorikan tak berapa nak aktif. Betulkan perkataan ni? Kira macam tak... apa ayat yang sesuai eh? Kira macam tak menonjol sangat la. Walaupun macam tu, kami (perempuan) looking them as a really hardworking boy. Mereka ni group yang rajin. Rajin ke? Bolehlah, berbanding budak lelaki yang lain...haa~yang ni paling popular. Satu sekolah kenal kot. Kot. Udin. Dia ni macam chipsmore. Sekejap ada, sekejap takde. Cikgu Raja panggil dia istiqamah. Muhammad istiqamah. Sebab dia istiqamah tak hadir. Dalam sebulan boleh kira berapa kali je dia datang. But, he is amazing, even dia selalu tak datang, study dia ok. Maybe dia selalu tak datang sebab dia nak study dekat rumah kot. Husnudzon! Sama juga macam ridzuan. Kadang ada, kadang tak de.


Perempuan kelas kami awesome. Haha! Akma, yang paling happening dalam kelas. dia dengan gucci jenis yang gila-gila. Jenis selamba je. Kira kaki kecoh dalam kelas. takde, mereka senyap dunia dalam kelas tu seketika. Hee~ jeda anak pak cik romil paling menonjol dalam pelajaran. Dia ni, top 3 ok. Tapi, jangan main-main dengan dia, bila dia bertukar jadi serius, dia akan jadi jahat yang sangat. Sifat dia sukar untuk ditafsir. Misteri! Hahaha~ takdelah. Misteri la sangat jeda tu. garang adalah. pakar matematik dalam kelas kami adalah mal. Dia punya terel dalam matematik takde sape boleh tanding. Dalam kelas la. Kadang, terfikir apa ada dalam otak dia tu. dia tanam kalkulator kot dalam otak dia. tapi, mal ni satu je kekurangan dia. always hilang barang. Semua benda dia nak hilang. Nasib baik, anggota badan dia tak pernah hilang.

Fajrul, the most interesting girl. Actually, gelak dia yang interesting. Dia selalu kena usik dengan zairil sebab cara dia gelak. Funny. Siapa yang dengar, mesti nak gelak sekali. Yang seronoknya tentang fajrul, dia mudah percaya cakap orang. Dia ni, kalau cakap ramli sarip kahwin dengan alien pun dia percaya. Kami, selalu kenakan dia. sebab dia jenis yang tak ambil hati. Farhana, the most clumsy girl in the class. Selalu kena sakat, lagi-lagi dengan budak lelaki. Dia ni pun glamour gak. Lagi glamour kot daripada azuan. Kelas kami ni, memang hebat dalam melahirkan pelajar-pelajar yang glamour.

Laila, gadis indonesia. Cantik orangnya. Putih berseri. Tapi, cantik-cantik pun, garang dia ni. Sekali dia ngaum, diam semua orang, kalau jeda singa, laila ni boleh kurang harimau la. Harimau malaya. Selamanya, selamanya, selamanya harimau malaya. Eh, ternyanyi pula. Semangat bola dah keluar. ayam, perempuan paling comel dalam kelas kami. Sebab apa? Sebab nama dia ayam. Comelkan? A.Y.A.M. kenapa, ayam? Ceritanya terlalu panjang sampai tak dapat nak dipendekkan. Dah lama kami panggil dia ayam, sampai melekat dengan dia. but, dia tak kisah pun. be happy je. Cermin dan farah memang tak boleh dipisahkan. 24 jam dengan cermin je. Ok, tak 24 jam, sebab time tidur dia tak tengok cermin. Puteri cermin dekat kelas kami. Fanatik dia pada cermin sangat ekstrem. Harijadi dia nanti hadiahkan cermin je. Mesti dia suka. Lagi besar, lagi bagus, lagi dia suka. Kan Farah, kan?

Kalau Mal pakar matematik, nazirah pula mahaguru BAT. Ini orang hebat dalam arab ni. Apa je pasal arab, tanya dengan dia. inshaAllah dia boleh jawab. Kalau tak A arab, bukan dia la tu. nazirah ni diam-diam ubi berisi. Jenis pendiam sikit. Tapi, bila aura kejahatan dia datang, dia boleh jadi lagi jahat daripada voldermolt. Erk, kejam sangat tu. change2, macam mak tiri cinderella. Zairin, pula boleh digambarkan macam perempuan melayu abad-19. Hek! Zairin ni jenis malu-malu sikit. Jenis pendiam.. tapi diam dia, diam baik. Bukan macam  nazirah. Diam jahat. Hee~ kidding. Haniff, the newest boy in our class. Dia dari SIS. Jenis yang sukar ditafsir oleh kami (penulis).

Rasa macam kurang seseorangkan? Macam tertinggal seseorang. siapa eh? Hurm..Owh ya! Kami! Yang sedang menulis ni la. Nak tahu ke kami macam mana? Takyah la kan? Biarlah sifat kami ni dirahsiakan. Ada permintaan, baru cerita. Satu je tentang kami, kami ni kipas-susah-mati korea. Itu je kot. Hehe ^^

13/12 ni the last day kami semua berkumpul sebagai pelajar smk dato' haji mohd taib. Hari terakhir kami bertemu sebagai rakan sekolah. Sedih? mestilah. Sedih nak berpisah dengan kawan2 yang awesome ni. But, yeah adat pertemuan pasti akan ada perpisahan. Satu je harapan kami, moga persahabatan yang terjalin selama 5 tahun ni akan kekal terus dan terus. Bak kata cikgu erney, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Last but not least, jumpa lagi masa ambil keputusan nanti. Moga, kita dapat lakar kejayaan bersama. Pass with flying colour. Saranghamnida chinguya!



*bittaufiq wannajah untuk 2 paper yang tinggal ni. 

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...