Saturday 17 December 2011

tuntutan bukan pilihan


assalamualaikum..

bertudung merupakan tuntutan Allah, bukan sekadar hak individu.



saya terpanggil untuk berkongsi tentang hijab atau tudung. kenapa dan mengapa tudung menjadi tuntutan agama? itu persoalannya. jadi, saya bawakan sebuah dialog antara 2 orang wanita yang saya petik daripada sebuah novel karya Fatimah Syarha. mungkin akan ada sedikit pencerahan dan tarbiah daripada dialog ini. moganya..

wanita A : saya sudah letih
wanita B : mengapa?
wanita A : letih dengan semua orang yang menghukum saya
wanita B : menghukum yang bagaimana?
wanita A : ada seorang perempuan yang menyuruh saya berhijab(bertudung)
wanita B : bukankah hijab itu sudah menjadi perkara biasa?!
wanita A : ya, saya tahu.
wanita B : lagipun elok awak berhijab
wanita A : siapa kata?
wanita B : Allah kata dalam Quran
wanita A : ya, perempuan itu pun berkata begitu. surah an-nur dan surah al-Ahzab. tetapi, ia cuma dosa kecil.
wanita B : dosa besar semuanya bermula daripada dosa kecil.
wanita A : apa yang lebih penting daripada soal hijab adalah, asalkan hati baik.
wanita B : tetapi, mengapa awak habiskan masa berjam-jam untuk bersolek? mengapa awak belanjakan banyak wang untuk kelihatan cantik?
wanita A : saya tidak sukakan hijab, ia merampas kebebasan saya.
wanita B : apa makna kebebasan bagi awak?
wanita A : kebebasan ialah saya boleh melakukan apa yang saya suka
wanita B : tidak! kebebasan ialah, bebas melakukan apa yang baik tanpa mempedulikan apa kata orang.
wanita A : saya lihat ramai yang berhijab tetapi berperangai buruk.
wanita B : jadi wanita kaki botol yang tidak berhijab itu lebih baiklah?
wanita A : saya tidak mahu jadi fanatik
wanita B : awak fanatik pada sekular dan ekstremis
wanita A : sekiranya saya berhijab siapa hendak berkahwin dengan saya?
wanita B : seorang lelaki yang sedar hijab itu perintah Allah.
wanita A : katakan suami saya tidak suka saya berhijab. bagaimana?
wanita B : lelaki itu tidak patuh perintah Allah dan tidak layak dikahwini.
wanita A : siapa yang akan terima saya bekerja?
wanita B : syarikat yang menghormati pekerjanya. ramai wanita yang bekerja di hospital dan sektor korporat tetapi masih bertudung.
wanita A : tetapi hijab bukan fesyen.
wanita B : hijab bukan setakat pakaian, ia adalah perintah. jadi, baju ketat dan seluar sendat awak itu fesyen?
wanita A : lelaki mahu kawal wanita dengan hijab
wanita B : spesifiknya?
wanita A : lelaki mengatur apa yang wanita mahu pakai.
wanita B : jadi, bukan lelaki yang menyuruh awak berfesyen begini? ingat fesyen dicipta lelaki, malah mereka menggunakan wanita sebagai komoditi.
wanita A : maksudnya?
wanita B : televisyen dan majalah mengawal apa yang perlu awak pakai, bahkan mereka mengawal pasaran. mereka membuat majalah supaya wanita kelihatan kurus kering dan anokresia supaaya muat dengan fesyen. islam muncul menyatakan, dalaman paling penting.
wanita A : tetapi, ia tidak sesuai dengan kehidupan sekarang.
wanita B : "dan rugilah orang yang mengotorkan jiwanya." surah al-Syams, ayat 10.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud;

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak- anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

bertudunglah. kerana tertutup itu lebih indah daripada yang terdedah :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...