assalamualaikum..
saya ada seorang rakan yang sangat pemurah. dia tidak lokek untuk mengeluarkan duit untuk sesiapa sahaja. malahan, banyak kali dia menghulurkan duit untuk diberi kepada saya. kadang saya malu dengan dia. kerana sifatnya yang sangat pemurah. kakak saya pernah beritahu, mereka yang mengeluarkan duit untuk kebaikan akan ditambah rezekinya berlipat ganda daripada apa yang diberikan. dan, saya nampak kebenaran kata-kata tu pada rakan saya yang pemurah tu. dia diberi rezeki yang tak putus-putus.
firman Allah dalam surah Al-Baqarah:245
Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.
Allah juga menyatakan bahawa Dia akan melipat gandakan pembayaran kepada orang yang bermurah hati atau orang yang suka bersedekah. jadi...mulai hari ni mari kita bumikan dalam diri kita sifat pemurah dan suka bersedekah. saya pun tengah cuba sedaya upaya untuk membumikan sifat yang mulia ini. moga Allah permudahkan. amiin..alright my dear brother and sister? try it ok.
No comments:
Post a Comment