Saturday, 2 June 2012
pergh!ohsem!
Wednesday, 25 April 2012
terima kasih Allah
Bismillahirrahmanirrahim..
Tepat 1.45 pagi, selepas penat tengok kawan-kawan mukabuku post “ saya dapat matrik!”, “saya dapat form 6!”, “siapa dapat matrik Pahang?” dan seteru dengan semua tu. Saya pun buka laman web kementerian pelajaran.
LOADING
LOADING
LOADING
Keluar juga akhirnya selepas loading yang sangat lama dan mendebarkan (takut tak dapat matrik), lepas masuk i/c sume,
ALHAMDULILLAH!
Sangat tak sangka..dengan keputusan yang agak tidak memberangsangkan, saya diterima juga oleh matrikulasi. Lepas hantar mesej dekat kawan-kawan, saya terus perform istikharah. Hati memang tak tenang sangat masa tu. Celaru sungguh. Tersepit antara matrik atau asasi. Tawaran matrik tu agak baik. Satu tahun lagi, bidang sains lagi. Kira kalau terima, insyaAllah ada peluang nak ambil medic.
Kecelaruan saya terungkai dengan istikharah.
Alhamdulillah!
Keesokan pagi, Allah terus bagi jawapan, merungkai sekali lagi kecelaruan saya. Saya akan tunggu keputusan upu, baru saya decide nak pilih matrik atau asasi. But, I’m really hope that I get asasi.
SAYA NAK MASUK UIA!
Moga Allah dengar doa saya. Doa orang sakit tak terhijabkan? insyaAllah.
Banyak orang yang beritahu saya, matrik ni tough. Kena betul2 jihad bila masuk matrik. Dan yeah, saya macam terangsang dengan kata-kata tu. Terangsang tak nak terima matrik. Tapi, di mana je kita belajar, apa je kita ambil, diploma, matrik, asasi, stpm or stam. Ia tetap sama. Kesusahan tetap ada dalam banyak-banyak tu. Cuma kita yang perlu bijak dalam menghadapi kesusahan tu. Betul tak? Pendapat saya sahaja.
Dalam kita yang bergembira dapat matrik ni, mungkin ada yang tak dapat matrik. Mesti rasa macam down je kan? Tapi, seeloknya, tak perlulah nak bersedih. Perjalanan masih panjang. Tak dapat tawaran matrik, tak bermakna jalan anda untuk berjaya dah tertutup, gelap takde cahaya. Banyak lagi jalan yang ada. Upu pun tak keluar lagi kan? Doa banyak-banyak moga anda, saya dan mereka semua dapat tawaran daripada mana-mana universiti idaman sanubari. insyaAllah..
Notatanhiahsangat : mabrook, tahniah, congrats, chukaeyo kepada yang dapat matrik dan form 6!
Monday, 23 April 2012
jenguklah~
tuan empunya blog adalah cik gucciey lavender
18 years old
she is my besties. selalu mumbling dengan dia pasal blog. she help me a lot too. she's nice and chilled. just read her entry and you will know, how she is.
wanna said, thanks a lot for both of them. they're great friends and i love them. haha.
dedah aurat? silakan..
sharingiscaring : try search them in the youtube. their vlogs are pretty osem..
kufur si Karun
bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum..
tahu tak dari mana datangnya perkataan 'harta karun'? harta yang yang menjadi idaman para lanun, dan manusia-manusia materialistik. tahu tak? tahu tak? haa~ perkataan harta karun berasal daripada nama seorang manusia yang hidup pada zaman Nabi Musa. nama manusia ini adalah Karun. siapa pernah baca kisah Karun yang kufur ni? siapa yang pernah baca, please put your hands up!
kisah tentang Karun ini ada diceritakan oleh Allah didalam surah cinta-Nya. surah al-Qasas. bermula daripada ayat 76 hingga 82. ok, sekarang mari buka tafsir Quran, kita sama-sama tadabbur ayat cinta Allah ini.
76. sesungguhnya Karun termasuk kaum Musa, tetapi dia berlaku zalim terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya "janganlah engkau terlalu bangga. sungguh, Allah tidak menyukai orang yang membanggakan diri."
77. dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi jangan lah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.
78. dia (Karun) berkata, "sesungguhnya aku diberi (harta itu) semata-mata kerana ilmu yang ada padaku." tidakkah dia tahu, bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? dan orang-orang yang berdosa itu tidak perlu ditanya tentang dosa-dosa mereka.
79. maka keluarlah dia (Karun) kepada kaumnya dengan kemegahannya. orang-orang yang menginginkan kehidupan dunia berkata, "mudah-mudahan kita mempunyai harta kekayaan seperti apa yang telah diberikan kepada Karun, sesungguhnya dia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar."
80. tetapi orang -orang yang dianugerahi ilmu berkata, "celakalah kamu! ketahuilah, pahala Allah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, dan (pahala yang besar) itu hanya diperoleh oleh orang-orang yang sabar."
81. maka Kami benamkan dia (Karun) bersama rumahnya ke dalam bumi. maka tidak ada baginya satu golongan pun yang akan menolongnya selain Allah, dan dia tidak termasuk orang-orang yang dapat membela diri.
82. dan orang-orang yang kelmarin mengangan-angankan kedudukannya (Karun) itu berkata, "aduhai, benarlah kiranya Allah yang melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki diantara hamba-hamba-Nya dan membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki diantara hamba-hamba-Nya). sekiranya Allah tidak melimpahkan karunia-Nya pada kita, tentu Dia telah membenamkan kita pula. aduhai, benarlah kiranya tidak akan beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah).
MasyaAllah!
kufurnya Karun. dia memandang harta-harta yang dia miliki adalah atas usahanya sendiri. usahanya semata-mata. dia menafikan harta-harta tersebut adalah rahmat daripada Allah kepadanya. lihatlah, bagaimana Allah menjadikan harta yang banyak itu sebagai ujian kepada Karun. sehingga hanyut Karun terus-menerus dalam kebongkakkannya. akhirnya, Allah membenamkan Karun yang kufur itu ke dalam bumi, bersama harta yang dimegah-megahkannya itu.
sedarlah, harta yang banyak tidak menjamin kebahagiaan seseorang itu. mampukah rumah yang besar mengamankan kita di dalam kubur? bisakah emas menggunung membayar munkar dan nankir daripada menyoal kita? tidak! sesekali tidak!
namun, jika kita punya harta yang banyak. gunakanlah pada jalan Allah. infaqkanlah semata-mata demi Allah, Rasul dan islam. jangan dibongkakkan diri, jangan disombongkan hati, gunakanlah harta yang diberi, untuk kebahagiaan diakhirat nanti. moga, harta yang diberi menjadi rahmat untuk diri, bukannya ujian yang harus ditempuhi.
ambillah ibrah daripada kisah si Karun yang kufur ini.
akhir kalam, selamat beramal!
notaucapanringkas : sanah helwah to my sweet sis. semoga imannya bertambah seiring dengan penambahan usia.
Sunday, 22 April 2012
just the way you're
bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum..
when i'm feel down, when i'm in frustrated, when i'm think that i can't be like them. them, who're superb, osem. have everything more than me. more cute, more smart, more, more and more. immediately this song cross my mind.
tak seperti bintang di langit
tak seperti indah pelangi
kerna diriku bukanlah mereka
ku apa adanya
wajahku kan memang begini
sikapku jelas tak sempurna
ku akui ku bukanlah mereka
ku apa adanya
menjadi diriku
dengan segala kekurangan
menjadi diriku
atas kelebihanku
terimalah aku
seperti apa adanya
aku hanya insan biasa
tak mungkin sempurna
tetap ku bangga
atas apa yang ku punya
setiap yang kunikmati
anugerah hidup yang ku miliki
a lot of people today, fail in their life, because they try to be other else, despite being themself. frankly they think, they will hold the success by be other else. they change their self 360 degree for become other people. truthly, just be yourself, besides try to be other else.
but, it's ok for change. not totally 100 percent change. change your negative ways, to the positive ways. your bad attitude to a nice charming attitude. just remember, change for Allah if you're really want to change. not for mankind.
grateful for who you're. i'm grateful enough. alhamdulillah..
notarasanakcakap:kalau dah terdesak sangat nak jadi orang lain. jadilah orang yang good example "^"
mari berkatkan gaji
bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum..
saya teringat kata-kata abang saya tentang cara menguruskan wang gaji untuk mendapat keberkatan daripada Ilahi. kata abang saya, dalam menguruskan gaji, kadang manusia terlupa satu perkara. perkara yang mungkin tidak terlintas pun untuk dilakukan setelah mendapat gaji. semestinya, manusia hanya akan memikirkan untuk menggunakan gaji itu dengan membayar itu dan ini, membeli itu dan ini, dan setelah urusan membayar dan membeli selesai, wang selebihnya disimpan untuk keperluan mendatang.
memang itulah selalunya akan dilakukan oleh setiap orang yang bergaji bukan?
jadi, apa yang manusia bergaji ini lupa, selain daripada perkara-perkara wajib buat itu? selain daripada, menyimpan, membeli, membazir, membayar dan segala 'mem' yang lain.
SEDEKAH
sedekah?
yeah, sedekah. pernah atau tidak, kita (ditujukan kepada mereka yang bergaji) menulis perkataan ini dalam senarai perkara yang wajib dibuat dengan gaji yang diperolehi? pernah atau tidak? tepuk dada tanya iman.
mungkin ada yang buat, mungkin tiada yang buat, dan mungkin ada yang tidak pernah terlintas pun hendak memberi sedikit pun daripada gaji yang diperolehi kepada orang lain. benar atau tidak? lu pikirlah sendiri.
sesetengah mereka mungkin mengatakan,
"woih, aku penat kerja, pastu nak pi bagi dekat orang lain. baik aku guna sorang-sorang. lagi banyak faedahnya."
isyh, isyh..tak patut fikir macam tu.
saya ingin berkongsi sebuah kisah tentang seorang lelaki yang dahulunya sungguh miskin, namun kini menjadi seorang jutawan, mashaAllah. kisahnya benar-benar menjadi tauladan untuk kita ikuti.
kisahnya begini, sewaktu lelaki ini menerima gajinya yang pertama, ibunya telah memintanya agar memberikan separuh daripada gajinya kepada orang miskin yang tinggal berhampiran rumahnya.
dapat bayang tak? setelah penat membanting tulang selama sebulan, anda diminta untuk memberi separuh daripada gaji anda kepada orang lain? bukan 1/10, bukan 2/10. tetapi, 5/10! woh! rugi tu. haaa, tak mau, tak mau, tak mau. tak baik fikir rugi. namun, disebabkan beliau merupakan seorang anak yang taat, beliau menuruti nasihat ibunya tanpa banyak soal.
lelaki ini sedar sekiranya dia mau menyedekahkan separuh daripada gajinya, dia perlu bekerja dua kali lebih kuat, bukan? contohnya, jika perbelanjaan bulanannya mececah lima ratus ringgit, dia tidak boleh bekerja dengan memperolei gaji sebanyak lima ratus ringgit sahaja. dia perlu bekerja sehingga dia memperolehi satu ribu ringgit, bukan? ini kerana dia mahu menyedekahkan separuh daripada gajinya, betul tak?
jadi, untuk memastikan dia berupaya menyedekahkan jumlah wang yang sama setiap bulan, dia bekerja dua kali lebih gigih, menggunakan kebijaksanaannya untuk meningkatkan hasil kerjanya.
dan oleh kerana dia bermurah hati menyedekahkan sebahagian daripada pendapatannya yang halal ini, Allah telah memberikan ganjaran yang lumayan, setinggi gunung!
kini bertahun sudah berlalu, pendapatannya meningkat berlipat kali ganda, dan 20 tahun kemudian, nasib beliau berubah dari seorang yang miskin menjadi jutawan.
bukan hanya seorang jutawan tetapi seorang billionare yang kaya-raya! kini dia tetap memberi sedekah secara besar-besaran dan melibatkan jumlah yang lebih banyak, mashaAllah. dia telah membina banyak sekolah, masjid, yayasan dan lain-lain usaha yang murni.
ini bukan cerita olok-olok tau!
lihat, bagaimana daripada sedekah yang diberi dengan hati yang ikhlas tanpa ada sedikit pun keluhan dan pertanyaan, beliau telah berjaya menjadi seorang billionare. BILLIONARE!
subhanallah!
super awesome right? disinilah sedekah memainkan peranannya.
pesan Nabi s.a.w melalui sabdanya:
"barangsiapa yang bersedekah bernilai sebiji kurma daripada rezekinya yang halal (lantaran tidak ada yang diangkat kepada Allah s.w.t melainkan yang baik-baik semata-mata) maka Allah s.w.t menerimanya lalu disimpan disisi-Nya dan dikembangkan ganjaran pahalanya bagaikan seekor anak kuda yang membesar setinggi gunung"-al-Bukhari dan Muslim-
seekor anak kuda sebesar gunung! bayangkan daripada sebiji kurma yang kita sedekahkan, Allah membalasnya dengan seekor kuda sebesar gunung! subhanallah. siapa yang tak nak? mesti dan pasti semua manusia mahukannya bukan? dan ianya terbukti melalui kisah pemuda yang saya ceritakan tadi. daripada separuh gaji yang didermakannya, Allah membalasnya dengan menjadikan dirinya seorang billionare. belum kira pahalanya lagi.
anda nak tahu lagi? ganjaran-Nya kepada mereka yang suka menderma tidak terhenti disitu sahaja. cuba baca ayat cinta Allah ini:
"orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhan mereka. tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati." -al-Baqarah 2:274-
subhanallah, betapa hebatnya peranan sedekah ini dalam hidup kita. betapa hebatnya janji Allah kepada mereka yang suka menderma. janji-janji ini Allah ungkapkan untuk menggalakkan hamba-hamba-Nya memanjakan diri dengan bersedekah. supaya hamba-Nya dapat merasakan nikmat ketenteraman tanpa rasa khuatir dan bersedih hati. betapa indahnya hidup kita jika tiada langsung rasa khuatir dan sedih. betapa, seronoknya untuk menjalani hari-hari yang mendatang tanpa kekhuatiran dan kesedihan.
jadi, apa lagi, apa lagi yang anda tunggu? segera seluk poket anda, kobek dompet anda dan berikan kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan. usah malu untuk bersedekah. berapa pun nilainya, Allah akan tetap memandangnya sebagai suatu kebaikan.
kepada mereka yang bergaji, jangan lupa selitkan perkatan SEDEKAH dalam senarai wajib buat dengan wang gaji apabila dapat gaji hujung bulan ini. jangan sampai terlepas seekor anak kuda yang membesar setinggi gunung. nanti, anda akan menyesal sepanjang hayat anda. sekarang saya nak pergi cari, mana dompet saya. hurm...
TERIMA KASIH ALLAH!
notasebelumterlupa : bersedekah dengan hati yang ikhlas kerana Allah! ^^. ingat! tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima dan tangan yang berada diatas lebih baik daripada tangan yang berada dibawah. selamat bersedekah!
jawapan Allah
bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum..
belakangan ini, saya seperti kehilangan semangat. semangat untuk berusaha kembali sembuh seperti biasa. hampir setiap malam, saya menangis mengenangkan nasib diri. tidak mampu duduk seperti biasa, berjalan seperti biasa, bengkokkan kaki seperti biasa. saya seperti orang kurang upaya. semangat saya hilang entah ke mana. saya tidak normal! jerit batin saya. jiwa saya menangis. saya tidak tabah. saya terasa tidak mampu. saya lemah. kerap kali, ayat ini berulang-ulang di kotak minda saya.
dekatkan diri dengan Allah melalui zikir dan ayat cinta-Nya.
pesan ukhti saya.
saya sedar, saya harus muhasabahkan diri. cari kembali semangat. pupuk kembali ketabahan. positifkan kembali minda.
bagaimana? soal hati kecil saya.
hinggalah suatu hari Allah menemukan saya jawapan yang berjaya memujuk jiwa, diri dan iman saya untuk kembali tabah. tabah menempuh ujian ini.
"sal tidak baik buruk sangka dengan Allah. Allah tidak begitu. Dia sayangkan kita. malah, ujian-Nya ini pun tanda Dia sayangkan kita, terlalu sayang. Dia bagi ujian hanya pada orang yang mampu menghadapinya."
"tapi, ujian ini terlalu berat."
"ada orang yang lebih berat ujiannya. lihat mangsa tsunami dan mangsa kekejaman israel di palestin. apa sangatlah ujian kita berbanding mereka. memang setiap ujian itu berat. kalau tak berat, bukan ujian namanya."
"sal dah tak mampu"
"Allah lebih tahu sal mampu, sebab tu sal yang dipilih-Nya untuk menghadapi semua ini. Allah lebih tahu kemampuan sal berbanding diri sal sendiri. kalau dia bagi ujian ini pada Yusra, mungkin dah lama Yusra mengalah. Dia Maha Mengetahui kemampuan hamba-Nya untuk diberikan kadar ujian. setiap hamba diuji dengan ujian yang berbeza. semuanya berat pada nilaian setiap hamba. ujian-Nya satu peluang untuk menaikkan darjat kita disisi-Nya. yakinlah!"
"tapi, ujian-Nya pada sal terlalu berat. selayaknya sal menjadi gila dengan ujian seberat ini."
"sal, sal yakin dengan sifat adil Allah, kan?! Al-Adil adalah salah satu daripada asma' Allah. itu aqidah yang mesti kita hayati. Allah Maha Adil. ujian-Nya sesuai dengan kemampuan seseorang, yakinlah! yakinlah, sal! yakinlah!"
"setiap orang ada ujian masing-masing, seorang pun tidak terkecuali. Allah menimpakan ujian bersama jalan penyelesaian. kita yang perlu bijak menghadapinya dengan tabah."
setiap bicara Asiah Yusra ini, sangat-sangat memujuk jiwa saya. saya terpesona dengan setiap ayat yang dikeluarkannya. saya terasa seperti Asiah Yusra sedang berbicara dengan saya. bersungguh-sungguh menyakinkan saya untuk yakin dengan Allah. ujian ini adalah tanda kasih sayang Allah. ujian merupakan bicara Allah dengan saya. bicara Allah dengan hamba-Nya. cara Allah untuk menunjukkan kasih sayang-Nya.
saya mencari semangat, Allah berikan semangat. saya mencari jawapan, Allah berikan jawapan. saya mencari ketabahan, Allah berikan ketabahan. Allah itu adil. Allah itu Maha Mengetahui.
jadi kenapa saya harus bersedih hati dengan ujian ini? ujian yang tidak seberat manusia lain.
sedangkan jika saya terus tabah, menahan tangis, menahan sakit, menempuh ujian ini dengan kesabaran, bukan sahaja pahala yang Dia akan berikan, malahan Dia akan mengangkat darjat saya disisi-Nya. DISISI-NYA.
tidak ada sebab untuk saya terus bersedih mengenangkan nasib diri saya. bukannya saya tidak sembuh. saya akan kembali sembuh. insyaAllah seperti biasa.
kini semangat saya miliki kembali. ketabahan sudah semakin menebal. moga ketabahan dan kesabaran yang sudah kembali ini, mampu menahan panahan godaan syaitan yang tidak berhenti menghasut untuk mengatakan Allah tidak adil. memilih saya dalam berjuta manusia yang lain. moga, saya mampu terus bersemangat, berusaha untuk kembali pulih seperti biasa.
TERIMA KASIH ALLAH.
notaterimakasih : petikan dialog diatas dipetik daripada novel tautan hati karya fatimah syarha. terima kasih kak fatimah. jazakallah untuk novel yang sangat mengagumkan :)
Saturday, 25 February 2012
musibah!
bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum..
saya ditimpa musibah! musibah yang saya tak pernah impi dan termimpi akan hadapi. musibah apa yang menimpa saya? tempoh hari, ditakdirkan Allah, saya terlibat dalam satu kemalangan. akibatnya kaki kiri saya patah dua. betis dan peha. agak mengilukan bagi yang melihat. bagaimana saya kemalangan dan dengan apa saya kemalangan, tidaklah dapat saya menceritakan. kerana, ianya hanya akan mendatangkan kekeliruan kepada anda yang membaca.
ketika mendapat khabar kaki saya patah, entah kenapa dan mengapa, tiada setitis air mata pun yang mengalir. tiada langsung rasa marah dan resah dalam hati saya. ketika itu, saya rasa tenang, setenangnya. saya terfikir, kenapa begitu? kenapa tiada air mata yang mengalir. malahan, ketika sedang mengerang kesakitan ditengah jalan raya, air mata saya langsung tidak mengalir. adakah saya sudah tiada perasaan? ataupun, air mata saya kering ketika itu. sehingga sekarang, saya masih tidak ketemu jawapannya.
namun, saya lega, saya tidak menangis. kerana, bicara mak saya, menangis hanya menambahkan lagi kesakitan. saya lega, saya bersyukur, kerana Allah memberikan saya kekuatan untuk reda dengan musibah ini. saya lega, dan saya bersyukur Allah pilih saya untuk menerima musibah ini. kerana, hikmahnya saya dapat melihat sesuatu yang saya tidak dapat lihat selama ini.
kadang saya ada juga menangis, bertanya, menyoal Ilahi. kenapa saya yang dipilih? namun, saya muhasabahkan diri dengan kata-kata ini:
Allah turunkan ujian pada manusia, bukan tanda tidak sayang kepada manusia. tetapi itulah tanda bahawa Dia sedang memerhatikan manusia itu. ujian adalah untuk kita beringat. hal ini kerana, kita ini manusia lalai dengan hubungan kita kepada Allah. ujian hadir mengingatkan kembali pergantungan kita kepadaNya, Allah akan mengampunkan kesalahan kita.-petikan hero, karya hilal asyraf-
firman Allah dalam surah Asy-Syura 26:30
"dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri (dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu."
musibah itu indah, sabar itu lagi indah!
*thanks a lot to my mum, sanggup jaga saya sepanjang ditimpa musibah ini. lain kali, inshaAllah, acu tulis tentang mak, love you mak cause of Allah.
assalamualaikum..
saya ditimpa musibah! musibah yang saya tak pernah impi dan termimpi akan hadapi. musibah apa yang menimpa saya? tempoh hari, ditakdirkan Allah, saya terlibat dalam satu kemalangan. akibatnya kaki kiri saya patah dua. betis dan peha. agak mengilukan bagi yang melihat. bagaimana saya kemalangan dan dengan apa saya kemalangan, tidaklah dapat saya menceritakan. kerana, ianya hanya akan mendatangkan kekeliruan kepada anda yang membaca.
ketika mendapat khabar kaki saya patah, entah kenapa dan mengapa, tiada setitis air mata pun yang mengalir. tiada langsung rasa marah dan resah dalam hati saya. ketika itu, saya rasa tenang, setenangnya. saya terfikir, kenapa begitu? kenapa tiada air mata yang mengalir. malahan, ketika sedang mengerang kesakitan ditengah jalan raya, air mata saya langsung tidak mengalir. adakah saya sudah tiada perasaan? ataupun, air mata saya kering ketika itu. sehingga sekarang, saya masih tidak ketemu jawapannya.
namun, saya lega, saya tidak menangis. kerana, bicara mak saya, menangis hanya menambahkan lagi kesakitan. saya lega, saya bersyukur, kerana Allah memberikan saya kekuatan untuk reda dengan musibah ini. saya lega, dan saya bersyukur Allah pilih saya untuk menerima musibah ini. kerana, hikmahnya saya dapat melihat sesuatu yang saya tidak dapat lihat selama ini.
kadang saya ada juga menangis, bertanya, menyoal Ilahi. kenapa saya yang dipilih? namun, saya muhasabahkan diri dengan kata-kata ini:
Allah turunkan ujian pada manusia, bukan tanda tidak sayang kepada manusia. tetapi itulah tanda bahawa Dia sedang memerhatikan manusia itu. ujian adalah untuk kita beringat. hal ini kerana, kita ini manusia lalai dengan hubungan kita kepada Allah. ujian hadir mengingatkan kembali pergantungan kita kepadaNya, Allah akan mengampunkan kesalahan kita.-petikan hero, karya hilal asyraf-
firman Allah dalam surah Asy-Syura 26:30
"dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri (dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu."
musibah itu indah, sabar itu lagi indah!
*thanks a lot to my mum, sanggup jaga saya sepanjang ditimpa musibah ini. lain kali, inshaAllah, acu tulis tentang mak, love you mak cause of Allah.
Monday, 23 January 2012
i missed my friends Allah TT
bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum..
setiap kali tamat persekolahan, perasaan pertama yang akan menjelma dalam diri kita adalah rindu. rindu dengan kawan-kawan, guru, kelas, baju sekolah dan semuanya yang mengaitkan diri kita dengan sekolah. saya juga begitu. saya sedang dilema perasaan rindu. amat berat rasanya perasaan ini. chewah ayat. nasib baik saya sekilang dengan teman-teman kelas saya. terubat sikit perasaan rindu ini.
hari tu, saya tengok satu video. awesome sangat! nanti dekat entry lagi satu (inshaAllah) saya post video tersebut. saya buka sahaja tertarik dengan video tersebut, malahan lagu yang digunakan sebagai lagu background oleh video tersebut. tajuknya sebiru hari ini. lagu yang sangat awesome. bila dengar je lagu ni, air mata saya terus menitis. terkenangkan rakan-rakan saya. seriously, saya rindu mereka! jadi dekat sini, saya postkan lagu + video + lirik lagu ini. selamat mendengar!
Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah
reff:
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah
intro
reff 2x
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah
Sebiru hati kita, bersama di sini
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah
reff:
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah
intro
reff 2x
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah
*weh, aku rindu korang ni..seriously!
muslimah dan maruah
bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum..
pernah anda baca dalam al-Quran kisah tentang nabi musa bertemu dengan puteri nabi syuaib. pertemuan yang menggambarkan betapa tingginya maruah diri seorang wanita muslimah. saya suka kisah ini. kerana ianya memberi peringatan kepada saya, bahawa seorang muslimah itu perlu menjaga maruahnya sebagai muslimah apabila bergaul dengan mana-mana lelaki. tidak kiralah lelaki ataupun perempuan. maruah itu tetap perlu dijaga. tidak boleh melampaui batas yang ditetapkan Allah. mari kita turuti kisah ini. moga ada ibrah yang dapat dikutip. inshaAllah...
“22. Dan tatkala ia menghadap ke negeri Madyan, ia berdoa (lagi): “Mudah-mudahan Tuhanku menimpaiku ke jalan yang benar.”23. Dan tatkala ia sampai di sumber air di negeri Madyan, ia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang memberi minum (ternakannya) dan ia menjumpai di belakang orang ramai itu, dua orang wanita yang sedang menghambat ternakannya. Musa berkata: “Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)?” Kedua wanita itu menjawab: “Kami tidak dapat meminumkan (ternakan kami) sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternakkannya) sedang bapak kami orang tua yang telah lanjut umurnya.”24. Maka Musa memberi minum ternakan itu (untuk menolong) keduanya, kemudian kembali ke tempat yang teduh, lalu berdoa: ” Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.”25. Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang daripada kedua wanita itu dengan malu-malu ia berkata: “Sesungguhnya bapaku memanggilmu agar ia memberi pembalasan (kebaikanmu) memberi minum (ternakan) kami.” Maka tatkala Musa mendatangi bapaknya (Syu’aib) dan menceritakan kepadanya cerita (mengenai dirinya). Syu’aib berkata: “Janganlah kamu takut, kamu telah selamat dari orang-orang yang zalim itu.”26. Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: “Ya bapaku, ambil ia sebagai orang yang bekerja (dengan kita). karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (dengan kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai.”27. Berkatalah dia (Syu’aib): ” Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang dari kedua anakku ini, atas dasar bahwa kamu bekerja denganku delapan tahun dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun itu adalah dari kemauanmu, maka aku tidak mau memberati kamu. Dan kamu insya-Allah kelak akan mendapatiku termasuk orang-orang yang baik.”28. Dia berkata: “Itulah (perjanjian) antara aku dan kamu, mana saja dari kedua waktu yang ditentukan itu aku sempurnakan, maka tidak ada tuntutan tambahan atas diriku (lagi). Dan Allah adalah saksi atas apa yang kita ucapkan.” ( Al-Qashash : 22 28 )
perempuan yang melayan ramai lelaki, tidak layak untuk dijadikan isteri -ustaz azhar idrus-
wanita yang paling mahal dan sukar dimiliki adalah wanita yang sedaya upaya menjaga maruah dirinya sebagai seorang muslimah -shuhaida samsudin-
saya ingin saya, anda dan semua wanita yang ada di muka bumi ini, menjadi wanita yang sukar dimiliki. namun, dalam masa yang sama direbuti. jagalah maruah anda sebagai muslimah. jangan sewenang-wenangnya memurahkan harga diri anda di depan lelaki dan bergaul dengan mereka lebih dari batasnya. peringatan untuk saya, anda dan mereka.
Sunday, 8 January 2012
lots of love
assalamualaikum..
bagaimana anda semua hari ini? sihat? jika sihat alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana memberi saya dan anda sekali lagi peluang untuk hidup di atas muka bumi-Nya ini. alhamdulillah..moga peluang yang diberikan Allah ini, dapat saya dan anda gunakan dengan sebaik mungkin. inshaAllah...
*saya nak berleter panjang hari ini*
anda pernah bercinta? e'eh, tiba tanya soalan ni pula. mestilah pernahkan? setiap orang pernah bercinta dan tak salah saya katakan, sekarang, saya dan anda pun tengah bercinta. haa~ mesti ada yang terdetik dalam hati,
'mana ada aku bercinta'
'pandai je budak ni cakap aku bercinta, i'm single ok.'
'takde maknanya aku bercinta, bercinta (bercouple) tu haram (?)'
benar apa saya katakan, semua orang pernah bercinta, sedangkan bayi pun tengah bercinta. persoalannya, bercinta dengan siapa? mesti ada yang fikir, bercinta mestilah dengan lelaki. S.A.L.AH. saya sangkal pemikiran itu. huhu..jadi dengan siapa saya dan anda tengah bercinta sekarang?
pada hakikinya kita bercinta pada 3 perkara (boleh guna perkara ke?). kita sedang bercinta dengan Allah, Rasulullah dan family kita. lah~ betullah kan?
hari tu, seorang teman saya menyoal saya soalan wajib tanya,
"su kau dah berpunya?"
saya menyoal dia kembali, "dah berpunya?" (buat-buat tak faham)
"ala, kau ni. pakwe la."
saya tersengih dan menjawab, "perlu ke? takde masa la untuk semua tu."
kawan saya, *speechless*
benar saya katakan, saya memang tak pernah bercouple dan hakikatnya saya bencikan coupling. sebab ianya MENYUSAHKAN dan ANNOYING. memanglah nampak seronok. tetapi, pada zahirnya sahaja. dalamannya? fikirlah sendiri. couple ni dah macam tradisikan? sehinggakan jika ada yang tidak pernah bercouple dianggap alien (aku ni alien la?). al-Quran dan as-sunnah tidak pernah menganjurkan aktiviti ini. so, kenapa kita nak mengamalkannnya?
susah untuk saya terjebak dengan hobi bercouple ni. kerana, saya dikurniakan ibu bapa, kakak-kakak dan abang yang sangat melarang anak-anak dan adik-beradiknya bercinta pada usia yang sangat remaja. saya bersyukur untuk itu. disebabkan didikan dan asuhan dan nasihat yang bertubi-tubi oleh mereka, alhamdulillah saya dapat elakkan diri dari terjebak dengan aktiviti yang sangat tidak sihat ini. mungkin ada manusia-manusia diluar sana mengatakan, ibu bapa, kakak-kakak dan abang saya tidak open minded dan pengongkong. saya peduli apa, disebabkan ketidak open minded merekalah saya masih mampu menjaga cinta saya. inshaAllah..
bila melihat rakan-rakan saya yang bercouple, terdetik juga nafsu saya untuk turut mengikuti jejak langkah mereka. namun, saya detik balik nafsu saya, dengan mengatakan bahawa apa yang saya akan dapat daripada bercouple ni? (saya adalah seorang perempuan yang hanya akan melakukan sesuatu jika saya dapat faedahnya). tiada apa pun. nak kata dapat kasih sayang lebih, saya rasa kasih sayang Allah, Rasulullah dan keluarga saya lebih daripada teman couple saya berikan. perhatian sepenuh masa? jumpa pun kadang-kadang, sepenuh masa apa ye?
pernah saya bertanya kepada rakan saya, kenapa nak bercouple? dia jawab, kerana dia nakkan kasih sayang, rasa dihargai, dan bla, bala, bla, bala, bla...bla. itu jawapannya. ada juga munasabah daripada jawapan tersebut. tetapi, berapa peratus je pun kemunasabahannya? jika nak dibandingkan kasih sayang teman couple kita dengan kasih sayang yang Allah berikan, mana lebih tinggi dan hebat? mestilah Allah kan? kenapa nakkan yang kecil sedangkan yang besar dah sedia menanti.
saya tanya lagi kepada seorang teman saya,
"jika diberi pilihan antara bercinta sebelum berkahwin dan bercinta selepas berkahwin, yang mana akan menjadi pilihan kau?"
jawab teman saya,
"mestilah selepas. bagi aku, cinta selepas kahwin itu lebih nikmat. lebih terasa mahabbah dan mawaddahnya berbanding dengan sebelum. semua orang nakkan cinta yang dinaungi-Nya."
two thumbs untuk kawan saya ini.
mungkin ada yang kata, "alah, aku main-main je. bukan serius pun". ok fine, kita fikir ianya tak seserius mana, tetapi, ada kita fikir apa yang Allah fikir. pernah kita fikirkan betapa tergurisnya Allah, apabila perasaan cinta yang Dia anugerahkan, yang sepatutnya digunakan untuk mencintai sesuatu yang Dia suruhi dan redai, kita gunakan untuk sebaliknya. macam, kawan kita bagi kita duit suruh beli jus, kita pergi beli arak. ada faham ka?
hidup ni kita tak lama, mana tahu esok lusa dah mati, tak dapat nak merasai nikmat bercinta. so, kenalah bercinta awal-awal. lah~ kan dah dan tengah merasa nikmat bercinta tu. bercinta dengan Allah, bercinta dengan Rasulullah, bercinta dengan keluarga. tak merasa lagi, apa ya. la takhaf wa la tahzan, jangan takut dan jangan bersedih. jika anda mati pada hari ini, dan anda masih belum merasai nikmatnya bercinta, inshaAllah akan ada bidadari-bidadari dan wildan-wildan yang lebih molek daripada manusia menunggu untuk melimpahkan kasih sayang dan cinta mereka khusus untuk anda di syurga nanti.
bercinta itu boleh. namun, biarlah pada saluran yang benar. carilah cinta yang dapat membawa kita lebih mencintai-Nya. bukan cinta yang membuatkan kita lebih jauh daripada-Nya. setiap orang inginkan cinta yang suci. untuk mendapatkannya kita perlulah meyucikan terlebih dahulu cinta kita. kata ustaz pahrol mohd juoi, jika inginkan wanita solehah, kitalah yang perlu menjadi soleh terlebih dahulu. lebih kuranglah.
last but not least, saya bukan nk condemn mereka yang tengah hot bercouple, saya cuma nak membuka iman mereka, supaya fikirkan kembali, sekali lagi, apa faedahnya bercouple. jika temui jawapannya, alhamdulillah. jila belum ketemu, saya doakan moga Allah ketemukan anda jawapannya.
moga cinta saya, anda dan mereka yang bergelar muslim dan muslimah diluar sana terus dijaga oleh-Nya. amiin....
maaf jika ada yang terasa
tidak ada niat untuk mengena
cuma hendak berkongsi rasa
inshaAllah bahasa yang diguna
baik-baik dan molek-molek sahaja
peace be upon to all of you!
i'm a worker
assalamualaikum..
sebelum ni saya banyak memandang serong terhadap mereka yang tak mahu bekerja. bagi saya, mereka ni pemalas. kerja itu ada, cuma mereka tak mahu mencari. tapi, setelah saya sendiri, 'turun padang' untuk mencari kerja, baru saya mengerti, bukan senang untuk mencari kerja sebenarnya. sebablah, masih ada yang menganggur tanpa kerja sehingga sekarang.
siapa kata kilang banyak memberi peluang pekerjaan? saya sangkal kata-kata itu (dah gaya pembahas pula). satu hari suntuk saya dan 2 orang rakan saya pergi menjenguk satu kilang ke satu kilang untuk mencari kerja. akhirnya pulang dengan harapan kosong dan tangki minyak motor yang kosong. susah cari kerja. dipendekkan cerita, akhirnya Allah takdirkan saya bekerja di kilang lipat cadar (boleh buat menantu ni). alhamdulillah kerjanya ok. cuma kena berdiri 8 jam tanpa boleh duduk (kadang ngelat, duduk juga).
kerjalah selagi mampu (pesan mak saya)
moral of the stories?
akhirnya saya faham perasaan mereka yang tak kerja-kerja sehingga sekarang, dan saya mula memahami kepayahan mak saya bekerja di kilang. kepenatan yang mak saya rasai selama ini. mulai saat ini saya akan sentiasa mendengar keluhan kepenatan mak saya setelah seharian bekerja di kilang. inshaAllah..kepada sesiapa yang sudah mempunyai pekerjaan, hargailah pekerjaan anda. saya ulang balik, susah cari kerja.
oh, by the way, status saya telah ditukar. STUDENT ---> WORKER. huhu...bangga sangat (nada sinis)
*merapu dimalam hari setelah laptop ku dirosakkan dan badanku kesakitan akibat berdiri selama 8 jam. ahh~
Subscribe to:
Posts (Atom)