assalamualaikum...
alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada kita untuk meningkatkan iman, menambahkan amal ibadat, melaksanakan perintahNya dan juga menjalankan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini. alhamdulillah~ macam mana puasa hari ini? puasa ke? e'eh..apalah shuhaida ni tanya soalan macam tu pula. mestilah puasa. mukmin sejati kan? ok2...sedar tak sedar dah ramadhan yang ke-12 dah. maksudnya dah 12 hari kita berpuasa. didarab dan dicampur dah 96 rakaat tarawikh kita kerjakan. tak ditolak yang TERtinggal. alhamdulillah...
hari ni, shuhaida nak kongsi apa ye? hurm...hari ini nak berkongsi tazkirah yang saya dengar pagi tadi di sekolah. tazkirah yang fascinating. bulan ramadhan ini boleh dianggap sebagai madrasah tarbiah untuk kita. madrasah yang mengajar kita untuk kembali kepada turning point kita. untuk mentarbiah kita supaya menjadi mukmin yang sejati. madrasah ini juga mengajar kita untuk mengikis titik-titik hitam dalam hati kita. dalam madrasah ini kita dapat mengetahui tujuan Allah memerintahkan kita berpuasa. untuk mencapai TAQWA dan MARDHATILLAH.
bulan ramadhan adalah anugerah daripada Allah, anugerah yang sangat besar nikmatnya. kedatangan ramadhan diiringi dengan pahala yang dijanjikan Allah kepada mereka yang melakukan kebaikan. 1 kebaikan diberi berlipat-lipat kali ganda pahala. subhanallah...betapa sayangnya Allah pada hamba-hambaNya. sungguh rugi pada mereka yang tak mengaut peluang yang telah Allah provide khusus untuk kita ini.
"tenaga yang Allah beri pada kita, ketika berpuasa tidak sepatutnya digunakan untuk melakukan sesuatu yang tak mendatangkan pahala. daripada kamu semua guna tenaga ini untuk berdating, menghadap facebook 24 hours, lebih baik kamu menambahkan amal ibadat..." pesan puan khalijah, guru matematik saya.
benar apa yang dipesan oleh cikgu saya itu. janganlah kita menghabiskan puasa kita dengan melakukan perkara-perkara yang tidak dapat menjamin kita dengan pahala dan redha Allah. tidur berpanjangan...balik sekolah terus terlentang atas katil, tepat 7.29 malam bangkit tidur dan terus buka puasa. lepas buka puasa tidur balik sampai sahur keesokkan harinya. zohor,asar,maghrib, isyak entah kemana. tarawikh tak perlu cakaplah. naudzubillah..agaknya ada ke orang yang macam tu? hmmph..rugi2. puasa tapi kosong. sebab apa? sebab dia tak rasa pun yang puasa ni adalah madrasah tarbiah untuk dia. dia tak sedar tujuan utama Allah menyarankan dia dan umat islam supaya berpuasa. apa tujuannya? saya ulang sekali lagi, TAQWA. untuk mencapai taqwa. 'allahualam~
last but not least, saya menyeru diri saya sendiri, anda dan semua umat islam untuk merebut dan membolot semua pahala yang telah Allah janjikan untuk kita. jadilah seorang yang tamak, tamak kepada pahala yang Allah janjikan. add pahala, minus dosa. syurga insha'Allah janjinya...selamat berbuka puasa!
love to share this interesting video
sabda Rasulullah s.a.w:"puasa itu merupakan perisai yang dapat menhalangi seorang hamba daripada panasnya siksa api neraka"-HR Ahmad-
No comments:
Post a Comment