Thursday, 11 August 2011
sakit itu kifarah dosa
assalamualaikum..
apa khabar anda semua? sihat? kalau sihat...alhamdulillah. kalau tidak, janganlah bersedih.sebab apa? sebab, sakit itu adalah kifarah dosa. penebus dosa~ Allah berikan sakit untuk menunjukkan tanda sayangnya pada hamba-hambaNya. sakit yang diberi itu membuktikan bahawa Allah masih lagi memberikan perhatian kepada kita. tapi, tidak bermakna bahawa mereka yang tidak diberikan sakit itu Allah tidak perhatikan dan Allah tidak sayang. kerana Allah itu ada caraNya tersendiri untuk melimpahkan perhatian dan kasih sayangNya pada kita, hamba-hambaNya. mungkin Allah tidak berikan dia ujian berupa kesakitan, tetapi Allah berikan dia ujian lain yang mampu dia hadapi.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."(al-Baqarah 2:286)
Alla juga ada berfirman tentang tahap ujian yang diberikanNya pada hamba-hambaNya. jadi janganlah merungut, kenapa ujian yang Allah berikan pada kita ini berat sangat. sebab Allah tahu tahap kekuatan hamba-hambaNya. itulah jela untuk hari ini. renung2kan dan selamat beramal ye. owh ya, selamat berbuka puasa! jangan lupa amalkan sunnah Baginda junjungan...3 biji kurma dan segelas air dan....berhenti makan sebelum kenyang. jangan makan ikut nafsu~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment