Tuesday, 9 August 2011

manusia atau binatang?


"kucing tu bila dah besar buang. mak tak suka bela-bela kucing ni."

aiya! sentap kot dengar mak cakap macam tu. ingatkan bulan ramadhan ni lembut sikit hati mak, nak benarkan bela kucing. last2....ayat diatas mak ungkapkan juga. hancur harapan anakanda. cheewah~ dah la sue dah mak kau tak suka kucing, takkan nak paksa mak kau suka kot. lepas mak cakap macam tu, aku pandang sahaja putih yang sedang menjilat-jilat anak-anaknya di dalam kotak yang telah disiapkan khas untuk dia dan 2 ekor anak dia(seekor lagi dah mati.punca kematian tidak dapat diketahui. sedih kot T_T)

saya renung dah terus merenung putih bersama dengan 2 ekor anaknya itu. macam ada suatu perasaan yang muncul bila melihat putih yang sedang membelai manja anak-anak dia. hati terdetik; sedangkan binatang pun tahu sayang anak, kenapa ada manusia yang tak tahu sayang pada anak mereka sendiri.

bila dah susah payah, bertarung nyawa nak lahirkan anak tu, manusia buang je anak tu. macam tiada perasaan. pernah kita tengok ibu-ibu binatang dalam dunia ni yang buang anak-anak mereka sejurus sahaja melahirkan? pernah? ada pula manusia yang bila dapat tahu anak yang dilahirkan dalam keadaan kurang nikmatnya, terus kata tak nak. tak sanggup nak bela. jatuh reputasi i. tu dia sampai macam tu sekali. reputasi dijaga bagai menatang minyak yang penuh, tapi anak-anak sendiri dianak tirikan. apa jenis manusia ni? ustazah saya kata manusia yang tidak dapat menerima ketentuan Allah, adalah manusia yang kurang imannya. nampak sangatkan?

anak itu anugerah Allah. anak itu Allah kurniakan untuk menambahkan lagi sakinah dalam sesebuah keluarga itu. anak-anak itu qurratu'ayun. penenang jiwa para ibu bapa. lalu, kenapa harus dibuang dan ditidakkan kehadiran penenang jiwa itu. persoalannya, kenapa? dunia ini memang sudah terbalik agaknya. diterbalikkan oleh penghuni-penghuninya. manakan tidak, diberikan hadiah yang mendatangkan manfaat malahan pahala, tetapi ditolaknya. sifat penyayang binatang itu perlu diambil contoh oleh manusia, agar manusia tidak digelar lebih teruk daripada binatang.

*mood:merepek sebelum berbuka


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...