Saturday 13 August 2011

we need something new


"tak yah tengoklah cu...tak best pun nurkasih tu.." seloroh kakak saya

nurkasih drama yang pernah menjadi sebutan hampir seluruh rakyat malaysia. drama yang berjaya menarik hampir berjuta penonton. pada pandangan rakyat malaysia drama nurkasih merupakan sebuah drama ISLAMIK yang sangat berjaya. namun, pengarah drama ini berlainan pula pendapatnya. drama nurkasih dikatakan bukan drama ISLAMIK. pendapat manusia itu berlainan bukan? back to the topic, nurkasih membuktikan bahawa rakyat Malaysia memerlukan sebuah drama, filem dan cerita yang mengandungi unsur-unsur islam. rakyat Malaysia mungkin sudah bosan untuk menonton cerita, drama dan filem yang mempunyai jalan cerita yang sama setiap masa.

setiap masa yang macam mana? yang macam ni; heroin seksi pakai skirt separa paha dan baju dedah pekung. cinta terhalang sampai sanggup membelakangkan ibu bapa untuk kahwin lari dengan kekasih. suami curang terhadap isteri dan isteri curang terhadap suami dan drama yang sentiasa sama jalan ceritanya, yang membuatkan saya sebagai salah satu rakyat Malaysia terpanggil untuk menulis tentang perkara ini. we need something new. something that new and more to islamic.

sekarang yang bermain difikiran saya adalah apa sebenarnya yang ditakutkan oleh pengarah-pengarah filem di Malaysia yang membuatkan mereka takut untuk membuat drama2 yang benar-benar mengikuti syara'. adakah sebab mereka takut tak dapat mencapai target pulangan modal yang lebih banyak daripada apa yang mereka laburkan atau sebab mereka fikir rakyat Malaysia tak minat pun tonton drama2 yang berunsurkan islam ni? ataupun sebab negara kita ni kekurangan karya2 yang boleh dijadikan drama berunsur islam. jika itu sebabnya. saya bantah serta-merta. banyak ja novel2 islamik yang tersusun elok dekat bookstore tu. pilih ja mana-mana. tautan hati, tunggu teduh dahulu dan banyak lagi.

saya kagum dengan negara jiran kita, indonesia. dunia perfileman mereka telah banyak dihiasi dengan drama2 islamik yang telah berjaya mendapat tempat di hati rakyat indonesia. bahangnya dapat dirasa sehingga ke Malaysia. ayat-ayat cinta. ingat tak filem tersebut? ayat-ayat cinta merupakan filem yang diadaptasi daripada novel karya Habiburrahman el-shirazy. dan filem tu berjaya! berjaya menarik banyak orang untuk menontonnya. namun, suka saya lebih kepada karyanya yang tidak kurang hebatnya iaitu ketika cinta bertasbih. filem yang digarap daripada novel karya kang abik (nama panggilan habiburrahman) dan sekali lagi cerita ini berjaya menarik perhatian orang ramai. filem yang bersih daripada sebarang maksiat ciptaan pengarah dan penulis. malahan proses memilih pelakonnya juga bagi saya amat menarik. dibuat audition lagi. filem yang sememangnya layak untuk dianugerahkan the best film islamic. antara filem2 daripada indonedia yang bagi saya menarik dan ada unsur2 islamnya; sang murabbi, sang pencerah, kiamat sudah dekat and many more.




jadi tiada sebab untuk pengarah2 dan penerbit2 filem di Malaysia takut untuk mengarah dan menerbitkan sebuah filem yang berunsurkan islam sepenuhnya. namun, sejak kejayaan nurkasih sebagai sebuah drama islamik yang berjaya menarik minat berjuta penonton malaysia, semakin banyak pula drama2 islamik yang muncul di kaca tv. ianya sesuatu perkembangan yang bagus. menunjukkan bahawa perngarah dan penerbit sudah mula sedar bahawa drama, filem dan cerita islamik telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. last but not least, saya menulis perkara ini bukan untuk condem mana2 pihak, tetapi hanya untuk meluahkan pendapat saya. i repeat it again we need something NEW.

*tak sabar nak ke pasir puteh, ada kem^^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...