“Dia ingat dia siapa nak cop kita ni teruk? Dia tu Tuhan ke? Pakai tudung labuh tapi kerja menghina orang, konon baik sangat la? Lepas tu, dahlah riak. Bajet dia sorang je baik. Menyampah aku dengan dia tu...”
Assalamualaikum...
Terpanggil saya pada hari ini untuk menulis sesuatu yang suddenly appear in my mind. Mengumpat atau dalam bahasa arabnya ghibah. Inilah perkara utama yang hendak saya bincangkan disini pada hari ini. Tersentak hati, apabila membaca status ‘somebody’ yang tidak saya kenali mengumpat ‘somebody’ yang saya kenali di laman sosialnya. Entah tidak tahu apa yang harus saya katakan. Kerana, ‘somebody’ yang mengumpat itu sealiran dengan saya. Ayat diatas merupakan antara contoh ayat yang telah saya copy, paste dan ubah daripada status ‘somebody’ tersebut. Sedih apabilah saya mebaca apa yang ditulisnya dan yang turut serta membantu memberi komentar tentang statusnya. Hendak menegur. Tersedar betapa lemahnya diri ini. Hanya mampu meluahkannya diblog ini sahaja.
GHIBAH ATAU MENGUMPAT
Ghibah bukan hanya pada ucapan lidah, tetapi setiap gerakan, isyarat, ungkapan, sindiran, celaan, tulisan atau segala sesuatu yang dipahami sebagai hinaan. Mendengar orang yang sedang ghibah dengan sikap kagum dan menyetujui apa yang dikatakannya, hukumnya sama dengan ghibah. Pahala amal kebaikan orang yang melakukan ghibah akan berikan kepada orang yang menjadi sasaran ghibahnya. Islam mengharamkan dan melarang ghibah kerana boleh mengakibatkan putus ukhuwah, rosak kasih sayang, timbul permusuhan, tersebar aib, lahir kehinaan dan timbul keinginan untuk melakukannya.
Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim)
Walaupun kita mengatakan sesuatu yang benar tentang seseorang itu, ia tetap dikira mengumpat. Manusia sekarang ini memandang remeh tentang bahayanya mengumpat ini. Ini disebabkan oleh, telah terbiasanya mereka mengumpat tentang orang lain. Allah sendiri tidak menyukai hamba-hambaNya yang mengutuk saudara mereka yang lain. Lalu, Allah memberikan ancaman kepada mereka yang mengumpat perihal orang lain melalui firmanNya dalam surah al-Hujurat,
“dan janganlah sebahagian daripada kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”(al-Hujurat 12:49)
Elakkanlah diri daripada mengumpat lebih-lebih lagi ketika masih berada dalam bulan ramadhan ini. Daripada sibuk mengumpat tentang orang lain, lebih afdhal jika masa mengumpat itu dihabiskan dengan mengalunkan ayat-ayat cinta Allah. Dahlah tolak dosa, dapat pahala lagi. Kepada ‘somebody’ yang saya mentionkan sebentar tadi, moga Allah ampunkan dosa dia dan sedarkan diri dia bahawa tiada manusia yang sempurna di dalam dunia ini. Amiin. Selamat beramal~
Sabda Rasulullah: “Wahai org beriman dgn lidahnya, tetapi belum beriman dgn hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban (menjaga tepi kain) mereka. Sesungguhnya, sesiapa yg mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahknnya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Sabda Rasulullah: “Wahai org beriman dgn lidahnya, tetapi belum beriman dgn hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban (menjaga tepi kain) mereka. Sesungguhnya, sesiapa yg mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahknnya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)
No comments:
Post a Comment