Wednesday, 3 August 2011

tak meriah ke?

assalamualaikum...

syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada saya, anda dan seluruh umat islam di muka bumi ini untuk terus bernafas dan mempertingkatkan lagi keimanan kita. alhamdulillah~sekarang dah 3 ramadhan, thats mean dah hampir 3 hari kita semua umat islam menjalani ibadah puasa. bagaimana puasa anda selama 3 hari ini? telah diisi dengan sebaik-sebaiknya? sudah juzuk ke berapa tadarus anda? penuh atau tidak tarawikh ya? hehe..banyak pula soalannya.

anda rasa ramadhan anda kali ini meriah atau tidak? ataupun sepi sahaja? erm...ada seorang kawan saya kata bahawa dia rasa ramadhan kali ini tak terasa kemeriahannnya. saya terfikir, ramadhan yang bagaimana bagi dia itu meriah? bagi saya, setakat ini ramadhan kali ini agak meriah berbanding dengan sebelum-sebelumnya. meriah bagi saya dalam erti kata lain, terisi dengan aktiviti berfaedah dan sebagainya. hurm..pandangan manusia itu berbeza-beza bukan?

sekarang saya tengah sibuk dengan exam. ah~agak menenangkan sedikit. tak terasa sangat stress ya. barakah ramadhan mungkin. tinggal 6 papers je lagi. esok kimia, admath dan syariah. owh~subjek hardcore tu. lebih-lebih lagi admath. study admath tadi pun pening je.. rabbuna yussahil~wish me the best ok. selamat berbuka!^^

2 comments:

  1. caiyok, caiyok ! :)
    selamat menjalani ibadah puasa dan peperiksaan.
    man jadda wajada

    ReplyDelete
  2. jihad2!^^..insha'Allah.ramadhan kareem~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...