Wednesday 17 August 2011

Nur-Ilahi yang dicari



diri ini tersedar lagi
dosa ditanggung sungguh meninggi
taubat tidak langsung diungkapi
bagaimana mahu sedarkan diri

pintu diketuk ujian Ilahi
menyedarkan diri yang telah lama 'pergi'
taubat diungkap melepaskan diri
daripada pelukan godaan duniawi

lalu,
dipandang kanan dipandang kiri
untuk mencari cahaya Ilahi
bagi menyinari dunia yang gelap sepi
berlingkar dengan maksiat kehendak sendiri

dibuka langkah dan terus berlari
berlari mencari dan terus mencari
Nur-Ilahi yang dicintai

pencariannya berakhir kini
setelah dipapah rahmat Ilahi
melalui sahabat anugerah Ilahi
penanda kasihnya Dia pada diri
membawa diri meniti titian Firdausi

*masih baru dan rasa kalau tak faham puisi ni minta maaf ye. cik norsuhana saya dah menyahut cabaran dan mohon menyertai ya en. mohamadazhan.com.

2 comments:

  1. Assalam..

    Tinggalkan link anda di komen entri blog mohamadazhan.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...