Saturday, 24 December 2011

is it false?


assalamualaikum...

sejak bila memberikan pendapat itu menjadi satu kesalahan? pernah terfikir? saya pelik dan tak faham kenapa manusia perlu mempertikaikan pendapat manusia lain.  ya, memang manusia itu berbeza. jadi, mestilah pendapat manusia itu juga berbeza. namun, tidak perlulah sampai nak condemn pendapat orang lain. entah kenapa, saya yang sakit hati apabila ada manusia yang suka sangat nak condemn pendapat orang lain. kalau mereka kata mereka bukannya condemn, tapi, mereka hanya memberikan pendapat, perlu ke mereka memberikan pendapat dengan bahasa yang sangat tidak menunjukkan erti berakhlak ketika berbicara? perlu ke macam ni --->

A : drama korea ni best tau. hero cute, heroin pun cute. cerita pun mesti ada unsur lawak.
B : drama korea? please la...macam sengal je. aku tak minat la.
A : apa sengal?
B : yela, sengal. entah apa-apa entah. kau ingat semua hero dengan heroin tu betul-betul cute ke? muka plastik je lebih tu.
A : biarlah dah aku suka. perlu ke kau nak condemn sampai macam tu sekali?
B : aku nak kau buka sikit mata kau tu.
A : hmmph! buang masa je aku cakap dengan kau.

perlu ke B condemn pendapat A tentang drama korea? walaupun dia tak minat, tak boleh ke dia cuba menerima pendapat A. ok, kalau tak boleh juga, tak boleh ke dia komen dengan lebih baik. yang lebih positif. macam ni kan bagus --->

A : shinchan bestlah..kelakar kot. aku suka.
B : aku tak suka la. macam budak-budak. but, its ok untuk tengok. untuk gembirakan hati.

haa..kan cantik tu.

bila buka youtube untuk tengok video. perkara kedua yang akan saya buat lepas tengok video adalah baca komen orang. dan, yeah semestinya dalam setiap komen tu mesti ada yang komen negatif sangat. masa baca hati saya mesti cakap " tuan punya video ni tak sakit hati ke baca? aku yang hanya tumpang baca ni pun sakit hati."

mestilah sakitkan? kecuali la pemilik video tu manusia yang paling sempurna. terima je komen-komen yang sangat menyayat hati tu (ayat tak boleh blah) dengan senang hati. bila saya ajukan soalan ni pada status facebook saya ---> sejak bila memberikan pendapat itu menjadi satu kesalahan? tiada undang-undang yang mengatakan memberikan pendapat itu salah. jadi salah ke untuk seseorang itu memberikan pendapat? <----

ukhti saya yang sangat comel memberikan komen yang membuatkan saya tersedar --->


memberikan pendapat dan membalas pendapat orang tu boleh. tiada tertulis pun dalam undang-undang yang memberikan pendapat itu adalah salah. tapi, ia akan menjadi suatu kesalahan apabila memberikan pendapat yang melanggar sensitiviti agama dan manusia. kita perlulah bijak dalam memberikan pendapat dan bijak dalam membalas pendapat. cubalah untuk menerima pendapat orang lain. jika, pendapat itu berbeza dengan apa yang kita rasa, janganlah terus membenci dan mencaci. cubalah menerima dan mengubah pendapat itu selaras dengan pendapat kita dan sang pemberi pendapat dan Allah. itukan lebih baik ^^

jangan kerana pendapat yang berbeza, kita bergaduh sesama manusia sehingga tak mahu bertegur-sapa. alright my dear brothers and sisters?

walk away from condemning

Thursday, 22 December 2011

O.R.I.G.A.M.I


assalamualaikum..

sejak dulu lagi saya cuba nak buat origami burung jenjang, tapi tak terbuat-buat. sebab tak tahu macam mana nak buat. so, semalam punya semalam terlintas dalam otak saya nak surf dalam internet cara nak buat origami burung jenjang. cari punya cari. terbuka satu laman blog ni. dia tulis tentang origami. siap bagi link untuk belajar origami lagi. ni link dia http://www.en.origami-club.com/

so, saya pun try la buat origami burung jenjang seperti yang diajar. this is the second time in my life, i try to make jenjang bird origami. kali pertama masa darjah 4 dulu. lama sungguhkan? mana tak lupa. saya mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan origami tersebut. memang menguji kesabaran betul. saya ni dahlah jenis yang tak sabar. tapi, alhamdulillah selepas berjuang berhabis-habisan untuk menaikkan level kesabaran saya, saya berjaya untuk menyiapkan origami burung jenjang tu. memang gembira sungguh la masa tu. rasa nak joget macam gumiho pun ada >.<. yela, mana tak gembira. orang yang jenis tak sabar macam saya ni, mampu lakukan sesuatu yang  memerlukan kesabaran yang amat tinggi. lepas dah buat burung jenjang, saya try buat kipas, bas, penanda buku dan banyak lagi.

rabbit heart

penanda buku yang terlebih besar

yukata pakaian tradisional jepun

my second jenjang bird

paper fan

copyright of susuchan ^^


origami ni memang bagus untuk mengubat mereka yang tak reti nak bersabar, kepada mereka yang lebih bersabar. ini kenyataan ya, bukan auta. sebab saya dah suruh seorang rakan saya mencubanya. dan dia mengatakan

"memang betul su, origami ni memang mampu membentuk orang yang tak reti bersabar kepada lebih bersabar macam aku."

so, lepas ni takyah la susah-susah nak pi jumpa kaunselor, untuk minta nasihat macam mana nak jadi orang yang lebih bersabar. duduk je dalam bilik, ambil kertas a4, dan buat origami. inshaAllah lepas tu mampu la jadi orang yang lebih bersabar. isteri-isteri pun boleh suruh suami cuba. supaya lepas ni kalau shopping si suami dapat tunggu si isteri bershopping dengan penuh kesabaran. dapat shopping lebih lama (merapu >.<).

last but not least, origami adalah treatment terbaru untuk mengubati manusia-manusia yang tak reti nak sabar macam saya ni. saya galakkan anda semua mencuba. boleh buat duit tahu! oklah..nak pi try buat origami lain pula ^^

Wednesday, 21 December 2011

be generous


assalamualaikum..


saya ada seorang rakan yang sangat pemurah. dia tidak lokek untuk mengeluarkan duit untuk sesiapa sahaja. malahan, banyak kali dia menghulurkan duit untuk diberi kepada saya. kadang saya malu dengan dia. kerana sifatnya yang sangat pemurah. kakak saya pernah beritahu, mereka yang mengeluarkan duit untuk kebaikan akan ditambah rezekinya berlipat ganda  daripada apa yang diberikan. dan, saya nampak kebenaran kata-kata tu pada rakan saya yang pemurah tu. dia diberi rezeki yang tak putus-putus.

firman Allah dalam surah Al-Baqarah:245

Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.

Allah juga menyatakan bahawa Dia akan melipat gandakan pembayaran kepada orang yang bermurah hati atau orang yang suka bersedekah. jadi...mulai hari ni mari kita bumikan dalam diri kita sifat pemurah dan suka bersedekah. saya pun tengah cuba sedaya upaya untuk membumikan sifat yang mulia ini. moga Allah permudahkan. amiin..alright my dear brother and sister? try it ok.

Saturday, 17 December 2011

tuntutan bukan pilihan


assalamualaikum..

bertudung merupakan tuntutan Allah, bukan sekadar hak individu.



saya terpanggil untuk berkongsi tentang hijab atau tudung. kenapa dan mengapa tudung menjadi tuntutan agama? itu persoalannya. jadi, saya bawakan sebuah dialog antara 2 orang wanita yang saya petik daripada sebuah novel karya Fatimah Syarha. mungkin akan ada sedikit pencerahan dan tarbiah daripada dialog ini. moganya..

wanita A : saya sudah letih
wanita B : mengapa?
wanita A : letih dengan semua orang yang menghukum saya
wanita B : menghukum yang bagaimana?
wanita A : ada seorang perempuan yang menyuruh saya berhijab(bertudung)
wanita B : bukankah hijab itu sudah menjadi perkara biasa?!
wanita A : ya, saya tahu.
wanita B : lagipun elok awak berhijab
wanita A : siapa kata?
wanita B : Allah kata dalam Quran
wanita A : ya, perempuan itu pun berkata begitu. surah an-nur dan surah al-Ahzab. tetapi, ia cuma dosa kecil.
wanita B : dosa besar semuanya bermula daripada dosa kecil.
wanita A : apa yang lebih penting daripada soal hijab adalah, asalkan hati baik.
wanita B : tetapi, mengapa awak habiskan masa berjam-jam untuk bersolek? mengapa awak belanjakan banyak wang untuk kelihatan cantik?
wanita A : saya tidak sukakan hijab, ia merampas kebebasan saya.
wanita B : apa makna kebebasan bagi awak?
wanita A : kebebasan ialah saya boleh melakukan apa yang saya suka
wanita B : tidak! kebebasan ialah, bebas melakukan apa yang baik tanpa mempedulikan apa kata orang.
wanita A : saya lihat ramai yang berhijab tetapi berperangai buruk.
wanita B : jadi wanita kaki botol yang tidak berhijab itu lebih baiklah?
wanita A : saya tidak mahu jadi fanatik
wanita B : awak fanatik pada sekular dan ekstremis
wanita A : sekiranya saya berhijab siapa hendak berkahwin dengan saya?
wanita B : seorang lelaki yang sedar hijab itu perintah Allah.
wanita A : katakan suami saya tidak suka saya berhijab. bagaimana?
wanita B : lelaki itu tidak patuh perintah Allah dan tidak layak dikahwini.
wanita A : siapa yang akan terima saya bekerja?
wanita B : syarikat yang menghormati pekerjanya. ramai wanita yang bekerja di hospital dan sektor korporat tetapi masih bertudung.
wanita A : tetapi hijab bukan fesyen.
wanita B : hijab bukan setakat pakaian, ia adalah perintah. jadi, baju ketat dan seluar sendat awak itu fesyen?
wanita A : lelaki mahu kawal wanita dengan hijab
wanita B : spesifiknya?
wanita A : lelaki mengatur apa yang wanita mahu pakai.
wanita B : jadi, bukan lelaki yang menyuruh awak berfesyen begini? ingat fesyen dicipta lelaki, malah mereka menggunakan wanita sebagai komoditi.
wanita A : maksudnya?
wanita B : televisyen dan majalah mengawal apa yang perlu awak pakai, bahkan mereka mengawal pasaran. mereka membuat majalah supaya wanita kelihatan kurus kering dan anokresia supaaya muat dengan fesyen. islam muncul menyatakan, dalaman paling penting.
wanita A : tetapi, ia tidak sesuai dengan kehidupan sekarang.
wanita B : "dan rugilah orang yang mengotorkan jiwanya." surah al-Syams, ayat 10.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud;

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak- anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

bertudunglah. kerana tertutup itu lebih indah daripada yang terdedah :)

Thursday, 15 December 2011

forgive please



assalamualaikum..

"every son of Adam make mistakes, and the best of those who make mistakes are those who repent."
-Al-Tirmidhi-

my dear brothers and sisters, did you understand the above hadith? did you? the above hadith tell us, every mankind in this world will make mistake, and can't run from make mistake. it is 'fitrah'. its means no matter how perfect we think we can be, or no matter how good we think we are, or how "high up there" we feel we are, there is at the the very least, one time in our lifetime when we have slighted, hurt, damaged, wounded, upset, snubbed, offened, been rude and wronged others!

but....every mistakes we do, we can redeem it by repent. repent is the best thing we should do after make mistakes. like the Prophet (peace be upon him) said that the best of those who make mistakes are the ones who repent.  totally amazing! you repent, and you become the best. isn't that sound interesting? islam is always interesting.

so, when we make mistake, what should we do? repent. right? repent to Allah. if to human? its easy, we make apologize to them. that is what the mistakes maker should do. how about the 'pemberi maaf'? what they should do?

the 'pemberi maaf' should forgive them. forgive and accept their apologize. one of my friends, have asked me "what we should do, if someone hurt us and doesn't apologize?" so, i said "just forgive them", she said back "you say like forgive them was easy to do",  i smile and said "if Allah can forgive them, so, we also can forgive them.", she replied "thats Allah, not human." until today, i'm still find a suitable word to replied back. and i found it! alhamdulillah.

"and by the mercy of Allah, you dealt with them gently. and had you been severe and harsh-hearted, they would have broken away from about you; so pass over (their faults), and ask (Allah) forgiveness for them; and consult them in the affairs. then when you have taken a decision, put your trust in Allah, certainly, Allah loves those who put their trust (in Him)." -al-Imraan 3:159-

Allah said that we should forgive them anyway. pass over their faults. and ask Allah to forgive them. in fact, Allah wants us to ask for forgiveness on their behalf. forgive and then ask Allah to forgive them. it seem like ridiculous. they hurt us, but we not just should forgive them, but also should ask Allah to forgive them. the instruction really caught me off guard! seriously!

can you imagine how big heart Allah wants us to have, my brothers and sisters. it is surely not so easy to do, don't you think? i admit that, its also not easy for me. that's how weak i think i might be. we tend to remember and be upset, we tend to hold grudges, maybe become resentful, maybe even wanting to "pay-back" to the person who wronged us, right? astaghfirullah..

but, that's not what Allah wants us to do, you agree? He wants us to forgive that person, and ask from Him to forgive that person, and ask from Him to forgive the person who wronged us, too. its hard. yeah totally hard. but, there have but, Allah is so Merciful and Most Kind. He knows how hard it is to do that. so, He has promised us to something wonderful should we be able to follow His words. do you want to know the reward from Allah if  we are able to do that?

The Prophet (peace be upon him) said:

"if one gives charity it does not diminish his wealth; if one  forgiveness others, Allah bestows more honour on him; and if one humbles himself for Allah's sake, he exalts him higher." -Muslim-

allahuakbar, this offer just too fantastic to pass, right? Allah has promised that if we decide to swallow our ego, pride, anger and therefore we forgive others, Allah, our Lord, will reward us with more honor. do we actually know how hard it is to get honor from another person? very hard, right? so, don't we think it is harder to get it from the Ownwer of the Universe? and He is going to bestow upon us just that- porvided we forgive others. doesn't it mnake you feel like in the act of rewarding forgiveness toward others who wronged us, we, on, the other hand, are being rewarded too? Allah, indeed, He is the Most Kind.

let me share with you a beautiful poem a girl wrote that whispers to us the Recipe of Life:

fold two hands together,and express a dash of sorrow
marinate it overnight, and work on it tomorrow
chop one grudge in tiny pieces, add several cups of love.
dredge wit a large sized smile, mix with the ingredients above

dissolve the hate within you, by doing a good deed
cut in and help your firned, if he/she should be in need
stir in laughter, love and kindness, from the heart it has to come
toss with genuine forgiveness, and give your friends some!
the amount of people served, will depend on you
it can serve whole wide world, if you really want it to!

apologize and forgive and you will feel the 'nikmat'. trust me!

Thursday, 1 December 2011

INI CERITA KAMI


assalamualaikum..

hari ni saya nak cerita tentang classmate saya. kelas kami ada 26 orang pelajar. Sebelum Haniff masuk, kelas ni ada 26 juga. But, lepas firdaus keluar, tinggal 25 je. Kira Haniff ni macam pengganti Firdaus la. 13 perempuan, 13 lelaki. seimbang right? kelas kami dikemudi oleh yusri. Kira dia macam kapten kapal kita orang la. Setiap kapten mesti ada pembantu right? so, kami pun sehati sejiwa melantik syakira jadi pembantu yusri. Dan, yeah, pilihan kami adalah pilihan yang paling tepat. Syakira berjaya melaksanakan kerjanya lebih baik berbanding yusri. Kalau ada anugerah pembantu terbaik, kami pasti akan calonkan syakira. Calonkan jela. Huhu~

Manusia dalam kelas ni banyak sangat perbezaan. Paling ketara antara lelaki dan perempuan. Perempuan kelas kami ni diibaratkan seperti Einstein lelaki pula macam mr. Bean. Nampak tak perbezaan tu? Yeah, woman is always better than man. Even, the fact said that, men is more intelligent than woman. Bla, bla, bla. setiap kelas mesti ada pelajar yang superb right? dalam kelas ni, ada.....erm, ok, semua superb. Semua intelligent. Takde yang tak superb.

Shahdan merupakan joker dekat kelas kami. Pelapis nabil dan matluthfi. He is funny. Seriously. Dia boleh buat siapa je yang ada dekat disekeliling dia, ketawa. And then, zairil. Dia sama je macam shahdan. Sekepala juga. Gila. Selain daripada shahdan, dia ni juga merupakan pelajar yang paling diminati cikgu. lebih-lebih lagi, ustazah hasiah. Seorang lagi thazaly, even dia ni gila macam shahdan dan zairil, dia bijak. Antara top 10 dalam kelas. satu je yang annoying tentang dia, adalah bila dia sedang dilamun cinta. Wah~ enggak bisa cerita bagaimana condition dia tika itu. memang angau habis. Huu~ syafiq, sloth dekat kelas kami. Dia ni asal argentina. Sloth yang berasal dari argentina yang main bola yang, yang, yang bakal jadi menteri kerajaan bertaraf mufti. Seriously? No la..sloth tu nama panggilan teacher anizan dekat dia. dia ni, seorang yang berpemikiran politik tapi kadang-kadang macam agamawan. Erm..

Azuan, jaguh sukan dalam kelas kami. Dia ada kembar. Azam. Cikgu suka samakan dia dengan azam macam kembar harimau malaya tu. Apa deh namanya? Adha, adha? Macam tu la. Azuan ni pernah jadi kapten rumah suria. Orang glamour tu. Ariff, wazira, zul, dan nizam lelaki yang boleh dikategorikan tak berapa nak aktif. Betulkan perkataan ni? Kira macam tak... apa ayat yang sesuai eh? Kira macam tak menonjol sangat la. Walaupun macam tu, kami (perempuan) looking them as a really hardworking boy. Mereka ni group yang rajin. Rajin ke? Bolehlah, berbanding budak lelaki yang lain...haa~yang ni paling popular. Satu sekolah kenal kot. Kot. Udin. Dia ni macam chipsmore. Sekejap ada, sekejap takde. Cikgu Raja panggil dia istiqamah. Muhammad istiqamah. Sebab dia istiqamah tak hadir. Dalam sebulan boleh kira berapa kali je dia datang. But, he is amazing, even dia selalu tak datang, study dia ok. Maybe dia selalu tak datang sebab dia nak study dekat rumah kot. Husnudzon! Sama juga macam ridzuan. Kadang ada, kadang tak de.


Perempuan kelas kami awesome. Haha! Akma, yang paling happening dalam kelas. dia dengan gucci jenis yang gila-gila. Jenis selamba je. Kira kaki kecoh dalam kelas. takde, mereka senyap dunia dalam kelas tu seketika. Hee~ jeda anak pak cik romil paling menonjol dalam pelajaran. Dia ni, top 3 ok. Tapi, jangan main-main dengan dia, bila dia bertukar jadi serius, dia akan jadi jahat yang sangat. Sifat dia sukar untuk ditafsir. Misteri! Hahaha~ takdelah. Misteri la sangat jeda tu. garang adalah. pakar matematik dalam kelas kami adalah mal. Dia punya terel dalam matematik takde sape boleh tanding. Dalam kelas la. Kadang, terfikir apa ada dalam otak dia tu. dia tanam kalkulator kot dalam otak dia. tapi, mal ni satu je kekurangan dia. always hilang barang. Semua benda dia nak hilang. Nasib baik, anggota badan dia tak pernah hilang.

Fajrul, the most interesting girl. Actually, gelak dia yang interesting. Dia selalu kena usik dengan zairil sebab cara dia gelak. Funny. Siapa yang dengar, mesti nak gelak sekali. Yang seronoknya tentang fajrul, dia mudah percaya cakap orang. Dia ni, kalau cakap ramli sarip kahwin dengan alien pun dia percaya. Kami, selalu kenakan dia. sebab dia jenis yang tak ambil hati. Farhana, the most clumsy girl in the class. Selalu kena sakat, lagi-lagi dengan budak lelaki. Dia ni pun glamour gak. Lagi glamour kot daripada azuan. Kelas kami ni, memang hebat dalam melahirkan pelajar-pelajar yang glamour.

Laila, gadis indonesia. Cantik orangnya. Putih berseri. Tapi, cantik-cantik pun, garang dia ni. Sekali dia ngaum, diam semua orang, kalau jeda singa, laila ni boleh kurang harimau la. Harimau malaya. Selamanya, selamanya, selamanya harimau malaya. Eh, ternyanyi pula. Semangat bola dah keluar. ayam, perempuan paling comel dalam kelas kami. Sebab apa? Sebab nama dia ayam. Comelkan? A.Y.A.M. kenapa, ayam? Ceritanya terlalu panjang sampai tak dapat nak dipendekkan. Dah lama kami panggil dia ayam, sampai melekat dengan dia. but, dia tak kisah pun. be happy je. Cermin dan farah memang tak boleh dipisahkan. 24 jam dengan cermin je. Ok, tak 24 jam, sebab time tidur dia tak tengok cermin. Puteri cermin dekat kelas kami. Fanatik dia pada cermin sangat ekstrem. Harijadi dia nanti hadiahkan cermin je. Mesti dia suka. Lagi besar, lagi bagus, lagi dia suka. Kan Farah, kan?

Kalau Mal pakar matematik, nazirah pula mahaguru BAT. Ini orang hebat dalam arab ni. Apa je pasal arab, tanya dengan dia. inshaAllah dia boleh jawab. Kalau tak A arab, bukan dia la tu. nazirah ni diam-diam ubi berisi. Jenis pendiam sikit. Tapi, bila aura kejahatan dia datang, dia boleh jadi lagi jahat daripada voldermolt. Erk, kejam sangat tu. change2, macam mak tiri cinderella. Zairin, pula boleh digambarkan macam perempuan melayu abad-19. Hek! Zairin ni jenis malu-malu sikit. Jenis pendiam.. tapi diam dia, diam baik. Bukan macam  nazirah. Diam jahat. Hee~ kidding. Haniff, the newest boy in our class. Dia dari SIS. Jenis yang sukar ditafsir oleh kami (penulis).

Rasa macam kurang seseorangkan? Macam tertinggal seseorang. siapa eh? Hurm..Owh ya! Kami! Yang sedang menulis ni la. Nak tahu ke kami macam mana? Takyah la kan? Biarlah sifat kami ni dirahsiakan. Ada permintaan, baru cerita. Satu je tentang kami, kami ni kipas-susah-mati korea. Itu je kot. Hehe ^^

13/12 ni the last day kami semua berkumpul sebagai pelajar smk dato' haji mohd taib. Hari terakhir kami bertemu sebagai rakan sekolah. Sedih? mestilah. Sedih nak berpisah dengan kawan2 yang awesome ni. But, yeah adat pertemuan pasti akan ada perpisahan. Satu je harapan kami, moga persahabatan yang terjalin selama 5 tahun ni akan kekal terus dan terus. Bak kata cikgu erney, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Last but not least, jumpa lagi masa ambil keputusan nanti. Moga, kita dapat lakar kejayaan bersama. Pass with flying colour. Saranghamnida chinguya!



*bittaufiq wannajah untuk 2 paper yang tinggal ni. 

pemilik diri ini


assalamualaikum..

kita mempunyai hak pada diri kita. kita dapat menentukan hala tuju hidup sendiri. mahu percaya, beriman, mati, itu semua pilihan kita. siapa pun tidak boleh halang. diri dan hidup kita, kita yang tentukan. diri ini milik kita. apa kena mengena Tuhan dengan hidup kita? kemana sahaja kita pergi, kita yang tentukan. langkah kaki kita, kita yang tentukan.

benarkah begitu?

pernah atau tak hati kita terjentik berkata begitu? akal kita terdetak berfikir begitu? persoalannya, benarkah kita ini pemilik sebenar diri kita? pada zahirnya, sememangnya kita ini dilihat seperti pemilik hakiki diri kita, tapi pada fitrahnya, kita bukanlah pemilik diri kita. sebenarnya, kita hanya menumpang jasad yang Allah cipta. malah, roh yang membawa nyawa kepada jasad yang kita pinjam ini juga milik-Nya. semua ini hanya pinjaman. jadi, pemilik sebenar dan hakiki diri kita ialah Allah. Dialah pemiliknya. bukan kita. diri ini bukan hak milik kita. kita hanya peminjam. dan suatu hari nanti pinjaman ini harus  dipulangkan kepada Allah, tuan yang memberikan pinjaman. tetapi, kita diberi tanggungjawab untuk menjaga diri kita ini dengan baik. menggunakannya dengan baik. memperlakukannya dengan baik. itu sahaja.

jika ada yang masih keras mengatakan bahawa jasadnya adalah miliknya, cuba, cuba genggam tangan , kemudian buka balik genggaman, cuba, gerakkan kaki, tangan dan anggota badan kita, mesti bolehkan? cuba sentuh dada kita, kita dengar apa? dengupan jantung bukan? cuba hentikan dengupan jantung itu selama 5 minit. boleh? pasti tidak boleh bukan? sekiranya tubuh badan itu kita yang punya, kita berkuasa berbuat apa jua bentuk perubahan pada anggota badan tanpa masalah.

begitu juga dengan organ-organ lain di dalam badan. buah pinggang, hempedu, paru-paru, pankreas dan berbilion sel di dalam tubuh. tidak sesaat pun kita mengawalnya. kita tidak pernah mempedulikan proses rumit yang berlaku di dalam badan kerana yakin semuanya bergerak secara automatik sehingga kita tua.

badan umpama kereta dan roh pula adalah pemandunya. jurutera membina kereta yang dipandu dengan baik. sebagai pemandu, kita tidak pernah mengambil tahu cara enjin kereta berfungsi semasa bergerak, minyak dibakar di dalam piston dan bagaimana. penghawa dingin berfungsi. betulkan? kita cuma diajar cara memandu dengan mengawal stereng, gear dan brek. itu sudah cukup membuatkan kereta itu bergerak ke mana-mana destinasi yang dituju. begitu juga dengan badan. kita cuma mengawal pergerakan tubuh. namun, organ-organ yang menghidupkannya tidak pernah kita ambil tahu. bukan setakat tidak pernah ambil tahu, melihat jantung sendiri pun kita tidak pernah.

seperti kereta, kereta itu mempunyai jurutera yang membinanya. badan kita juga mempunyai 'jurutera' yang membinanya. bezanya badan kita dan seluruh alam ini dibina oleh 'jurutera' paling agung iaitu Allah yang Maha Pencipta. Dia yang menciptakan kita dan segala benda yang ada. kita cuma dapat mengawal tidak sampai lima peratus daripada tubuh badan kita.  yang selebihnya berfungsi secara automatik seperti yang ditetapkan Allah.

pada masa ini pun, jantung, buah pinggang, paru-paru dan semua organ badan kita sedang berfungsi. adakah kita kawal semua itu? semuanya rahmat Allah kepada kita. cuba bayangkan, bagaimana mahu hidup sekiranya sibuk dengan organ-organ badan yang perlu dikawal sendiri? Allah permudahkan segalanya bagi kita. namun, jarang sekali kita bersyukur.

hanya satu perkara yang dia minta kita buat iaitu mengaku Dia adalah Tuhan dan kita perlu menyembah-Nya yang menciptakan kita dan mengakui Nabi Muhammad pesuruh-Nya. itu pun tidak boleh? adakah Dia menghantar bil pada setiap hujung bulan bagi oksigen yang kita sedut dan bernafas dengannya? adakah Dia meminta kita membayar upah kerana menggunakan jantung, paru-paru dan buah pinggang? adakah Dia menarik kembali semua benda itu daripada kita kerana tidak pernah bersyukur dan mengaku Dia itu Tuhan? tidak pernah bukan? itu tanda-Nya Dia Tuhan yang Maha Penyayang. bersyukurlah dan sedarlah kita bukan pemilik diri kita. jadi, kita tiada hak untuk melakukan sesuka hati terhadap diri kita. Dia pemilik yang kekal.


Monday, 28 November 2011

rokok dan kopiah

kepercayaan tanpa rasional-buta
rasional tanpa kepercayaan-kontang

assalamualaikum..

kenal matluthfi90? dia seorang vlogger yang hebat dekat youtube. hari tu, dia ada buat sebuah filem pendek. filem pendek yang sarat dengan mesej. and yeah! it was the superb short filmed. two thumbs for him. so, today i would like to share this short filmed  with you all. watch it out!


*writing dalam ketidakadaan elektrik. panas!

Friday, 25 November 2011

i'm special


Manusia itu diciptakan Allah berbeza-beza dengan keistimewaan masing-masing.

Assalamualaikum..

Sihat? Alhamdulillah saya pun sihat. Cuma sekarang ni tengah ‘sakit’ sikit, sebab saya tengah spm! Huhu~ still ada masa lagi untuk menulis. Menyebarkan ilmu itu tak kira masa kan? Ok, straight to the point.
Tahu tak salah satu sebab seseorang itu susah untuk berjaya dalam setiap apa yang dilakukannya, adalah kerana dia sentiasa memikirkan kekurangan dirinya, dan selalu membanding-bandingkan kekurangan dirinya dengan kelebihan orang lain. contoh:

A: aku ni tak pandai macam B. Dia selalu dapat nombor 1 dalam peperiksaan. Keputusan dia semua A. Aku ni? Haram....aku ni bodoh sangat la. Apa pun aku tak pandai. Aku dengan B umpama mr. Bean dengan Einstein. Kenapa Kau ciptakan aku macam ni Allah?

Erm...acceptional kan example yang saya bagi ni? Bolehlah kan? Kita tengok A, dia cuba membanding-bandingkan diri dia dengan B. B yang pandai, B yang bijak dalam pelajaran. Dia sentiasa memuja-muja kelebihan B, tanpa sedetik pun memikirkan kelebihan dan keistimewaan yang ada pada dia. dahlah tak pernah nak fikir, lepas tu salahkan Tuhan pula, sebab cipta dia dengan kekurangan macam tu.

Actually, Allah dah cipta manusia tu semua sempurna. macam apa yang telah Allah firman dalam surah al-Tin ayat 4:

“telah aku ciptakan manusia itu dengan sesempurna kejadian.”

Allah dah cipta manusia itu sempurna. tidak ada yang tidak sempurna. jika ada yang tidak sempurna, Allah sempurnakan dengan kelebihan yang lain. macam A tadi, ketidaksempurnaanya adalah dalam pelajaran, tapi, siapa tahu mungkin dia bijak dalam memasak, menjahit or buat origami. Siapa tahukan? Jadi tuan empunya badanlah yang kena menggerudi kelebihan yang Allah kurnia bagi menggantikan ketidaksempurnaan dia. takdelah lepas ni, nak membanding-bandingkan kita dengan orang lain. setiap manusia itu istimewa! melalui keistimewaan mereka masing.


Manusia ni mana boleh semuanya sama. Jika semua bijak dalam pelajaran, siapa yang nak bijak dalam bidang kesenian. Siapa yang nak jadi mekanik? Bakery dan sebagainya lagi. Betul tak? so, tak perlulah nak condemn-condemn diri sendiri. Jika kita sendiri condemn dan downkan diri kita sendiri, siapa lagi yang nak puji dan angkat kita sampai ke awan, jika tidak kita sendiri. Biarlah orang kata kita ni macam masuk bakul angkat sendiri, asalkan kita bahagia dan kelebihan kita terserlah.

Lastly, stop condemning and start to be more grateful for who you’re. Alright, my dear brother and sister? Ok, nak pi study chemistry. Pray the best for me ok? ^^

*penat baru lepas balik kedah tak hilang lagi. Masuk ke tak chemistry ni ==”. btw, happy birthday to my friend, zul.




Monday, 7 November 2011

kamsahamnida!


Assalamualaikum..

just wanna share a poem (maybe), given by my friend. thanks to him. i like this poem so much. it's totally beautiful! make me overwhelmed when read it. i hope, it also will make you all overwhelmed. inshaAllah..so, 1,2,3 set...READ!hihi~

 you asked Allah to take away your habit
Allah said, NO! it is not for me to take away,
but for you to give up...
you asked Allah to make you patience.
Allah said, NO! patience is a by product of
tribulations , it isn't granted, it is learned...
you asked Allah to give you happiness.
Allah said, NO! I give you blessings,
happiness is up to you...
you asked Allah to spare your pain.
Allah said, NO! suffering drows you apart from
worldly cares and brings you closer to me...
 you asked Allah to make your spirit grow.
Allah said, NO! you must grow on your own!
but i will prune you to make you faithful...
you asked Allah for all things that you might enjoy.
Allah said, NO! I will give you life so you may enjoy all things...
you asked Allah to help you love others as much as He loves you.
Allah said, finally you have the idea.
when you asked for strength, and Allah gave you problems to solve.
when you asked for properisty, and Allah gave you brain and brawn to work.
when you asked for courage, and Allah gave you troubled people to help.
when you asked for favours, and Allah gave you opportunities.
so, you received nothing you wanted,
but you received everything you needed.



*thanks also to my friend for this poem. thanks dear! :).btw, salam eiduladha to all muslim

Sunday, 6 November 2011

think positive


the world needs more positive people. perhaps the one like you :)-matluthfi90-

assalamualaikum!

macam mana hari ni? ok? baik? sejahtera? aman dan damai? berapa banyak tanda soal. weh, positive la sikit. nak tanya pun tak boleh? semua nak condemn. dahlah malas layan kau. erm...


positive people. what do you know about positive people? my dear brothers and sisters? positive people  is someone who can think positively. when they get problem, they think positive about the problem. they know that, Allah give problem, for test his/her iman. so, his/her can positive their mind. they know that, they can settle down the problem. simply say positive people is someone who is always husnudzon about something, or dalam melayunya, seseorang yang boleh berprasangka baik.

berprasangka baik adalah suatu kewajiban bagi seorang muslim yang merasakan dia umat islam. bersangka baik itu perlu. dan saya sebagai seorang muslimah sedang berusaha untuk membumikan sifat husnudzon ini dalam diri saya. memang susah untuk bersangka baik. tetapi, susah tak bermakna tak boleh mencuba. betul tak? saya ada seorang kawan yang sangat susah nak berprasangka baik. semua perkara dia pandang dengan tak baik. bagi dia yang betul-betul ikut apa yang betul pada pemikiran dia je yang baik. saya pun tak tahu apa yang betul pada pemikiran dia. bila dia rasa dia akan dapat result teruk, dia mula cakap itu, cakap ini. semuanya negatif. saya pernah cakap dekat dia, the world needs more positive people. dan tahu apa dia balas? aku tak boleh nak positive. tu dia! langsung tak boleh nak cuba positifkan minda dia.

sebenarnya berprasangka baik ni bagus. bila kita mampu berprasangka baik, kita dapat menjalani hidup kita dengan penuh ketenangan tanpa ada rasa curious. bila masalah datang, cuba kita berprasangka baik dengan masalah tu. mungkin masalah tu tak datang sorang diri, tapi datang dengan membawa rahmat pahala dan rezeki. siapa tahukan? dan dengan berprasangka baik, kita bukan sahaja dapat selesaikan masalah tu, malahan turut mendapat rahmat yang dibawa oleh masalah tu. senang je kan? cuma perlu, husnudzon ja. tak susah. so pada kawan saya yang susah sangat nak positifkan pemikiran sendiri dengar ni, when you think positive, everything become easy. gotcha!^^

Tuesday, 25 October 2011

hey friends!dare to fail


assalamualaikum..



kita selalu dengar orang kata,
"kau kena berani untuk berhadapan dengan semua ni."
"beranikan diri kau! aku tahu kau boleh!"
"kau kena berani untuk berjaya"
kan? tapi pernah tak kita dengar orang cakap,
"kau kena berani untuk gagal!"

wah...mesti orang fikir. gila apa nak berani untuk gagal. mana ada orang berani untuk gagal. semua orang nak berjaya. kan?

"most of the time we hear and read about stories of success; about the rewards of success; about the good times etc. somehow most people do not like to talk about their failings and bad experiences. our society today has been programmed to shun failure. we look down on people who have failed. "failing" is taken as something "bad". the world today loves a winner and losers not accepted. we have reached the stage where nobody should make mistakes and people who make mistakes are punished. is there no value in "failing" at all?"

ungkapan ini saya ambil daripada sebuah buku yang saya sedang cuba menghabiskan. totally amazing! tajuknya DARE TO FAIL. berani untuk gagal. tajuk pun dah amazing, isinya lagilah kan? buku ni ditulis oleh Billi P.S. Lim. buku best seller. terjual hampir berjuta-juta.  sebuah buku yang dah lama. tapi, saya baru baca sekarang. hee ^^. buku ni cerita tentang apa ya? buku ni adalah buku motivasi. buku untuk memotivasikan orang ramai supaya positif dengan perkataan gagal. supaya berani menerima kegagalan.

tak mudah bagi seseorang itu untuk menerima kegagalan bukan? sama ada dalam peperiksaan, dalam percintaan, dalam pekerjaan dan berbagai lagi. gagal sekali sudah bagai nak putus nyawa dibuatnya. bagaikan akan gagal selama-lamanya. itulah yang selalu terjadi. sebab itu, kebanyakan manusia susah untuk menerima kegagalan. pada hakikinya setiap manusia pasti Allah akan takdirkan kegagalan dalam hidupnya. walaupun sekali. tiada yang akan berjaya setiap masa. mungkin ada yang kata " aku sentiasa mendapat kejayaan. tak pernah gagal pun." ya, mungkin tidak gagal di dunia, tapi siapa tahu akan gagal di akhirat nanti? gagal untuk memasuki syurga.

sebenarnya bagus untuk gagal. kerana apa? kerana melalui kegagalan seseorang itu pasti akan berusaha lebih daripada biasa supaya tidak gagal lagi. kegagalan memberi peluang kepada kita untuk melihat dan memperbaiki kelemahan diri kita. ada ungkapan mengatakan gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. sebab, gagal pada kali pertama menyebabkan kita cuba untuk tidak gagal pada kali kedua dan kali yang seterusnya.

itulah yang pernah terjadi pada diri saya. semasa saya ditingkatan 3, banyak mata pelajaran yang saya lemah dan sentiasa mendapat gagal ketika peperiksaan. kegagalan tersebut telah menyebabkan saya mampu mencari kelemahan saya dan memperbaikinya supaya saya tidak akan gagal ketika pmr nanti. natijahnya, saya melakar keputusan yang terbaik ketika pmr. lihatlah bagaimana kegagalan itu menjadi pemangkin kepada kejayaan saya. semuanya bergantung kepada kita. bagaimana kita hendak menghadapi kegagalan itu? dengan pesimis atau dengan hati yang terbuka.

"to learn from our failures is to achieve success. never to have failed is never to have won. unless we experience failure and its bitterness, we will never appreciate the sweetness of victory."-anonymous-

setiap perkara ada hikmahnya bukan? jadi setiap kegagalan juga ada hikmahnya. kegagalan itu mempunyai nilainya yang tersendiri. hanya yang pernah gagal mengetahui betapa bernilainya kegagalan itu. kegagalan mampu membentuk suatu momentum dalam diri seseorang untuk terus berusaha dan berusaha. so, you should not be asking WHY ME? you should thank Allah it's you! you have be chosen.

once two dejected assistants of Thomas Edison said:
"we've just completed our seven hundreth experiment and we still don't have the answer. we have failed."

"no, my friends, you haven't failed," replied Mr. Edison.

 "it's just that we know more than anyone else alive. and we are closer to finding the answer because now we know seven hundredth things not to do. don't call it a mistake. call it an 'education."

Thursday, 8 September 2011

smile dear!

assalamualaikum..

i would like to share this old entry that i has copy back from my old, old blog. hope you'll enjoy read it.

smile can make you happy. isn't it? i'm still remember my history form 1 teacher has said to me and all my friends. when you woke up in the morning, immediately smile. one of my friend asked to him, why? so, he said, smile after you woke up can make you happy entire day. believe me, it's true! i have try it and all the day i'm feel so happily, happy then usually. even i'm in difficult situation that time. until now, smile after woke up have being one of my habits.

Steven D.Woodhull once said this:

"you've got a lot of choices. if getting out of bed in the morning is a chore and you're not smiling on a regular basis, try another choice."

our beloved Prophet (peace be upon him) once said:

"do not belittle even the smallest act kindness, even if were no more than meeting your brother with a smiling and cheerful face."

everytime we smile to anyone we get a reward. just give a smile and you can get a reward, easy right? i heard from someone that when we smile we move our 15 muscle. but when we are in stress or mad and we wrinkle our forehead, we move our 45 muscle. amazement?

George Elliot once shared a beauty tip for us when he said:

"wear a smile and have friends; wear a scowl and have wrinkles"


bad enough that the polluted environment we are all in has contributed to the 'speediness' of wrinkle formation on our faces, do we really want to press the 'accelerator' my friends? and while you are thinking about it, don't forget to kepp smiling! just smile and the world will smile with you. take a minute for SMILE! ^___________^

Saturday, 3 September 2011

sabarlah!!


Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah raya yang ke-6 dah. Dan kita masih diberikan peluang untuk menikmatinya. Terima kasih Allah. Hai2~bagaimana raya anda kali ini? Seronok? Banyak duit raya dapat? kalau banyak dapat tu..jangan lupa hulur-hulurlah pada somalia yang sedang menderita kelaparan sekarang. Dalam kemeriahan beraya jangan dilupa mereka yang menderita. Hii~ owh, ya saya rasa masih sesuaikan untuk saya mengucapkan happy eidulfitr to all the muslim and minal aidil wal faizin! Dush! Dush! Dush! Fireworks!!! Hehe..bayanglah sendiri.

Raya tahun ini, bagi saya alhamdulillah seronok. Cuma saya tak dapat raya sakan sangat. Saya sibuk study, kawan-kawan saya pun sibuk study. Kenapa kelam-kabut study ni? Mestilah kelam-kabut. spm trial just around the corner!! Ok, i’m stress when mention about that. Change topic please!

Jalan jammed. Setiap kali raya mesti jalan akan jammed. dah macam fenomena. Ada yang suka jalan jammed (sayalah tu) dan ada juga yang tak suka(banyak sangat). Actually, jalan jammed ni ada pro dan kontra ye. Jalan jammed dapat mengajar seseorang itu BERSABAR. Betul tak? Daripada yang tak reti nak bersabar, insha’Allah boleh menjadi seorang yang penyabar, selepas stuck terlalu lama dekat jalan. ==’(merapu!).

Saya ada pengalaman tentang pemandu yang tak reti nak bersabar. Suatu hari, abu dan keluarganya pulang ke kampung. Naik keretalah. Semasa pulang, berlakunya kemalangan yang menyebabkan kesesakan jalan raya yang terlalu lama. Abu yang tak reti nak bersabar ni pun semakin tak sabar, lalu keluar dari kereta dan berlalu ketempat kejadian. abu bergegas sambil menjerit “bagi laluan!! Bagi laluan!! Yang kemalangan tu adik aku!!”. Semua orang bagi laluan dekat abu dengan wajah yang pelik. Sampai dekat tempat kejadian, Abu terkejut. Malu sungguh dia ketika itu. Lalu, seorang pak cik bertanya kepada Abu “kera ni adik encik ke?”. Get the lesson? Kan dah terkena. Tu la tak reti nak bersabar.

Masa jammed tu, banyak kereta yang langgar undang-undang dengan memandu di jalan kecemasan. Banyak sangat!! Memang tak reti bersabar.sampai ada kes, motor hampir-hampir nak berlanggar dengan sebuah kereta. Salah kereta tu la. Siapa suruh pergi memandu dekat jalan kecemasan. Kalau kereta pun memandu dekat jalan kecemasan, penunggang motor nak bawa motor dekat mana? Atas angin? Jalan raya tu bukan untuk kita seorang je. Tapi, untuk orang lain juga. Memandulah dengan penuh cermat, agar nyawa selamat. Ingat-ingatlah, amal kita ni tak cukup lagi. So? Get the lesson? Lastly, happy eidulfitr again to all the muslim from me susuchan.^^



Friday, 26 August 2011

WHO I AM

what do you see
when you look at me
do you see someone limited
or someone free

all some people can do is just look and stare
simply because they can't see my hair

others think i am controlled and uneducated
they think that i am limited and un-liberated

they are so thankful that they are not me
because they would like to remain 'free'

well free isn't exactly the word i would've used
describing women who are cheated and abused

they think that i do not have opinions or voice
they think that being nooded isn't my choice

maybe the guy won't think i am a cutie
but at least i am filled with more inner beauty

see i have declined from being a guy's toy
because i won't let myself be controlled by a toy

real men are able to appreciate my mind
and aren't busy looking at my behind

i will be recognised because i am smart and bright
and because some people are inspired by my sight

you see we are not controlled by a mini skirt and tight shirt
we are given only respect, and never treated like dirt

we are the ones that are free and pure
we're free of STD's that have no cure
so when people ask you how you feel about the hood
just sum it up by saying 'baby its all good'

Thursday, 25 August 2011

terima kasih kawan


saya sayang kawan saya!

assalamualaikum....

dah ramadhan ke-25 ni. huhu~cepatnya masa bergerak. tinggal 4 hari je lagi sebelum raya. sedihnya ramadhan dah nak pergi. huhuhuhu TT. moga dapat bertemu lagi dengan ramadhan pada tahun hadapan. amiin..agaknya tahun depan saya beraya dimana ye? malasyia atau luar negara. isyh,isyh,isyh...berangan je shuhaida ni. trial pun tak lepas lagi. tengok result dulu, baru boleh berangan. takpe2, nawaitu tu kena letak awal-awal, baru ada semangat nak belajar. betul tak? hihi~pandailah kau.

actually, hari ni, takde apa pun nak dikongsi. ada kot, takde kot. main-main pula. hehe~ minggu ni dua perkara yang terpaksa saya lalui dengan susah hati. dah macam jatuh dihempap tangga (pandai ubah peribahasa). first, handphone saya rosak. macam mana boleh rosak? macam ni:


1.pegang
2.terjatuh
3.terhempas
4.rosak

saya cerita dekat ayah saya, tentang handphone rosak. minta tolong hantar kedai la (sebenarnya nawaitu nak dapat handphone baru). dan alhamdulillah....boleh diganti. dengan harga...............and then, baru je tadi, saya punya tayar motor pecah masa nak balik rumah. nasib baik pecah dekat sekolah. kalau tengah jalan. memang dah teriak dah. alhamdulillah, Allah kurniakan saya kawan-kawan yang sangat baik hati, sebab tolong hantar motor saya ke bengkel untuk dibaiki tayarnya. memang syukur tak terkata la masa tu. kalau takde mereka. saya tak tahu nak buat apa. menangis je kot(menangis je tahu). jadi, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang tak terkata kepada wazira, shahdan, zairil, thazaly, yusri, akma, gucci dan semua yang membantu secara tak rasmi mahupun rasmi sebentar tadi, ketika saya ditimpa masalah. sayang korang sangat-sangat! hanya Allah yang dapat balas kebaikan korang. 


tapi, bagus juga masalah ni, sebab saya dapat pengalaman, apa nak buat kalau tayar motor pecah sekali lagi dikemudian hari. setiap perkara itu ada hikmahnya bukan?

*alhamdulillah dapat sampai rumah dengan selamat^^

Sunday, 21 August 2011

jangan ghibah!


“Dia ingat dia siapa nak cop kita ni teruk? Dia tu Tuhan ke? Pakai tudung labuh tapi kerja menghina orang, konon baik sangat la? Lepas tu, dahlah riak. Bajet dia sorang je baik. Menyampah aku dengan dia tu...”

Assalamualaikum...

Terpanggil saya pada hari ini untuk menulis sesuatu yang suddenly appear in my mind. Mengumpat atau dalam bahasa arabnya ghibah. Inilah perkara utama yang hendak saya bincangkan disini pada hari ini. Tersentak hati, apabila membaca status ‘somebody’ yang tidak saya kenali mengumpat ‘somebody’ yang saya kenali di laman sosialnya. Entah tidak tahu apa yang harus saya katakan. Kerana, ‘somebody’ yang mengumpat itu sealiran dengan saya. Ayat diatas merupakan antara contoh ayat yang telah saya copy, paste dan ubah daripada status ‘somebody’ tersebut. Sedih apabilah saya mebaca apa yang ditulisnya dan yang turut serta membantu memberi komentar tentang statusnya. Hendak menegur. Tersedar betapa lemahnya diri ini. Hanya mampu meluahkannya diblog ini sahaja.

GHIBAH ATAU MENGUMPAT

Ghibah bukan hanya pada ucapan lidah, tetapi setiap gerakan, isyarat, ungkapan, sindiran, celaan, tulisan atau segala sesuatu yang dipahami sebagai hinaan. Mendengar orang yang sedang ghibah dengan sikap kagum dan menyetujui apa yang dikatakannya, hukumnya sama dengan ghibah. Pahala amal kebaikan orang yang melakukan ghibah akan berikan kepada orang yang menjadi sasaran ghibahnya. Islam mengharamkan dan melarang ghibah kerana boleh mengakibatkan putus ukhuwah, rosak kasih sayang, timbul permusuhan, tersebar aib, lahir kehinaan dan timbul keinginan untuk melakukannya.

Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim)

Walaupun kita mengatakan sesuatu yang benar tentang seseorang itu, ia tetap dikira mengumpat. Manusia sekarang ini  memandang remeh tentang bahayanya mengumpat ini. Ini disebabkan oleh, telah terbiasanya mereka mengumpat tentang orang lain.  Allah sendiri tidak menyukai hamba-hambaNya yang mengutuk  saudara mereka yang lain. Lalu, Allah memberikan ancaman kepada mereka yang mengumpat perihal orang lain melalui firmanNya dalam surah al-Hujurat,

 “dan janganlah sebahagian daripada kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”(al-Hujurat 12:49)

Elakkanlah diri daripada mengumpat lebih-lebih lagi ketika masih berada dalam bulan ramadhan ini. Daripada sibuk mengumpat tentang orang lain, lebih afdhal jika masa mengumpat itu dihabiskan dengan mengalunkan ayat-ayat cinta Allah. Dahlah tolak dosa, dapat pahala lagi. Kepada ‘somebody’ yang saya mentionkan sebentar tadi, moga Allah ampunkan dosa dia dan sedarkan diri dia bahawa tiada manusia yang sempurna di dalam dunia ini. Amiin. Selamat beramal~

Sabda Rasulullah: “Wahai org beriman dgn lidahnya, tetapi belum beriman dgn hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban (menjaga tepi kain) mereka. Sesungguhnya, sesiapa yg mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahknnya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Wednesday, 17 August 2011

Nur-Ilahi yang dicari



diri ini tersedar lagi
dosa ditanggung sungguh meninggi
taubat tidak langsung diungkapi
bagaimana mahu sedarkan diri

pintu diketuk ujian Ilahi
menyedarkan diri yang telah lama 'pergi'
taubat diungkap melepaskan diri
daripada pelukan godaan duniawi

lalu,
dipandang kanan dipandang kiri
untuk mencari cahaya Ilahi
bagi menyinari dunia yang gelap sepi
berlingkar dengan maksiat kehendak sendiri

dibuka langkah dan terus berlari
berlari mencari dan terus mencari
Nur-Ilahi yang dicintai

pencariannya berakhir kini
setelah dipapah rahmat Ilahi
melalui sahabat anugerah Ilahi
penanda kasihnya Dia pada diri
membawa diri meniti titian Firdausi

*masih baru dan rasa kalau tak faham puisi ni minta maaf ye. cik norsuhana saya dah menyahut cabaran dan mohon menyertai ya en. mohamadazhan.com.

Saturday, 13 August 2011

we need something new


"tak yah tengoklah cu...tak best pun nurkasih tu.." seloroh kakak saya

nurkasih drama yang pernah menjadi sebutan hampir seluruh rakyat malaysia. drama yang berjaya menarik hampir berjuta penonton. pada pandangan rakyat malaysia drama nurkasih merupakan sebuah drama ISLAMIK yang sangat berjaya. namun, pengarah drama ini berlainan pula pendapatnya. drama nurkasih dikatakan bukan drama ISLAMIK. pendapat manusia itu berlainan bukan? back to the topic, nurkasih membuktikan bahawa rakyat Malaysia memerlukan sebuah drama, filem dan cerita yang mengandungi unsur-unsur islam. rakyat Malaysia mungkin sudah bosan untuk menonton cerita, drama dan filem yang mempunyai jalan cerita yang sama setiap masa.

setiap masa yang macam mana? yang macam ni; heroin seksi pakai skirt separa paha dan baju dedah pekung. cinta terhalang sampai sanggup membelakangkan ibu bapa untuk kahwin lari dengan kekasih. suami curang terhadap isteri dan isteri curang terhadap suami dan drama yang sentiasa sama jalan ceritanya, yang membuatkan saya sebagai salah satu rakyat Malaysia terpanggil untuk menulis tentang perkara ini. we need something new. something that new and more to islamic.

sekarang yang bermain difikiran saya adalah apa sebenarnya yang ditakutkan oleh pengarah-pengarah filem di Malaysia yang membuatkan mereka takut untuk membuat drama2 yang benar-benar mengikuti syara'. adakah sebab mereka takut tak dapat mencapai target pulangan modal yang lebih banyak daripada apa yang mereka laburkan atau sebab mereka fikir rakyat Malaysia tak minat pun tonton drama2 yang berunsurkan islam ni? ataupun sebab negara kita ni kekurangan karya2 yang boleh dijadikan drama berunsur islam. jika itu sebabnya. saya bantah serta-merta. banyak ja novel2 islamik yang tersusun elok dekat bookstore tu. pilih ja mana-mana. tautan hati, tunggu teduh dahulu dan banyak lagi.

saya kagum dengan negara jiran kita, indonesia. dunia perfileman mereka telah banyak dihiasi dengan drama2 islamik yang telah berjaya mendapat tempat di hati rakyat indonesia. bahangnya dapat dirasa sehingga ke Malaysia. ayat-ayat cinta. ingat tak filem tersebut? ayat-ayat cinta merupakan filem yang diadaptasi daripada novel karya Habiburrahman el-shirazy. dan filem tu berjaya! berjaya menarik banyak orang untuk menontonnya. namun, suka saya lebih kepada karyanya yang tidak kurang hebatnya iaitu ketika cinta bertasbih. filem yang digarap daripada novel karya kang abik (nama panggilan habiburrahman) dan sekali lagi cerita ini berjaya menarik perhatian orang ramai. filem yang bersih daripada sebarang maksiat ciptaan pengarah dan penulis. malahan proses memilih pelakonnya juga bagi saya amat menarik. dibuat audition lagi. filem yang sememangnya layak untuk dianugerahkan the best film islamic. antara filem2 daripada indonedia yang bagi saya menarik dan ada unsur2 islamnya; sang murabbi, sang pencerah, kiamat sudah dekat and many more.




jadi tiada sebab untuk pengarah2 dan penerbit2 filem di Malaysia takut untuk mengarah dan menerbitkan sebuah filem yang berunsurkan islam sepenuhnya. namun, sejak kejayaan nurkasih sebagai sebuah drama islamik yang berjaya menarik minat berjuta penonton malaysia, semakin banyak pula drama2 islamik yang muncul di kaca tv. ianya sesuatu perkembangan yang bagus. menunjukkan bahawa perngarah dan penerbit sudah mula sedar bahawa drama, filem dan cerita islamik telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. last but not least, saya menulis perkara ini bukan untuk condem mana2 pihak, tetapi hanya untuk meluahkan pendapat saya. i repeat it again we need something NEW.

*tak sabar nak ke pasir puteh, ada kem^^

Friday, 12 August 2011

jadi tamak jom!


assalamualaikum...

alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada kita untuk meningkatkan iman, menambahkan amal ibadat, melaksanakan perintahNya dan juga menjalankan tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini. alhamdulillah~ macam mana puasa hari ini? puasa ke? e'eh..apalah shuhaida ni tanya soalan macam tu pula. mestilah puasa. mukmin sejati kan? ok2...sedar tak sedar dah ramadhan yang ke-12 dah. maksudnya dah 12 hari kita berpuasa. didarab dan dicampur dah 96 rakaat tarawikh kita kerjakan. tak ditolak yang TERtinggal. alhamdulillah...

hari ni, shuhaida nak kongsi apa ye? hurm...hari ini nak berkongsi tazkirah yang saya dengar pagi tadi di sekolah. tazkirah yang fascinating. bulan ramadhan ini boleh dianggap sebagai madrasah tarbiah untuk kita. madrasah yang mengajar kita untuk kembali kepada turning point kita. untuk mentarbiah kita supaya menjadi mukmin yang sejati. madrasah ini juga mengajar kita untuk mengikis titik-titik hitam dalam hati kita. dalam madrasah ini kita dapat mengetahui tujuan Allah memerintahkan kita berpuasa. untuk mencapai TAQWA dan MARDHATILLAH.

bulan ramadhan adalah anugerah daripada Allah, anugerah yang sangat besar nikmatnya. kedatangan ramadhan diiringi dengan pahala yang dijanjikan Allah kepada mereka yang melakukan kebaikan. 1 kebaikan diberi berlipat-lipat kali ganda pahala. subhanallah...betapa sayangnya Allah pada hamba-hambaNya. sungguh rugi pada mereka yang tak mengaut peluang yang telah Allah provide khusus untuk kita ini.

"tenaga yang Allah beri pada kita, ketika berpuasa tidak sepatutnya digunakan untuk melakukan sesuatu yang tak mendatangkan pahala. daripada kamu semua guna tenaga ini untuk berdating, menghadap facebook 24 hours, lebih baik kamu menambahkan amal ibadat..." pesan puan khalijah, guru matematik saya.

benar apa yang dipesan oleh cikgu saya itu. janganlah kita menghabiskan puasa kita dengan melakukan perkara-perkara yang tidak dapat menjamin kita dengan pahala dan redha Allah. tidur berpanjangan...balik sekolah terus terlentang atas katil, tepat 7.29 malam bangkit tidur dan terus buka puasa. lepas buka puasa tidur balik sampai sahur keesokkan harinya. zohor,asar,maghrib, isyak entah kemana. tarawikh tak perlu cakaplah. naudzubillah..agaknya ada ke orang yang macam tu? hmmph..rugi2. puasa tapi kosong. sebab apa? sebab dia tak rasa pun yang puasa ni adalah madrasah tarbiah untuk dia. dia tak sedar tujuan utama Allah menyarankan dia dan umat islam supaya berpuasa. apa tujuannya? saya ulang sekali lagi, TAQWA. untuk mencapai taqwa. 'allahualam~

last but not least, saya menyeru diri saya sendiri, anda dan semua umat islam untuk merebut dan membolot semua pahala yang telah Allah janjikan untuk kita. jadilah seorang yang tamak, tamak kepada pahala yang Allah janjikan. add pahala, minus dosa. syurga insha'Allah janjinya...selamat berbuka puasa!

love to share this interesting video

 


sabda Rasulullah s.a.w:"puasa itu merupakan perisai yang dapat menhalangi seorang hamba daripada panasnya siksa api neraka"-HR Ahmad-

Thursday, 11 August 2011

sakit itu kifarah dosa


assalamualaikum..

apa khabar anda semua? sihat? kalau sihat...alhamdulillah. kalau tidak, janganlah bersedih.sebab apa? sebab, sakit itu adalah kifarah dosa. penebus dosa~ Allah berikan sakit untuk menunjukkan tanda sayangnya pada hamba-hambaNya. sakit yang diberi itu membuktikan bahawa Allah masih lagi memberikan perhatian kepada kita. tapi, tidak bermakna bahawa mereka yang tidak diberikan sakit itu Allah tidak perhatikan dan Allah tidak sayang. kerana Allah itu ada caraNya tersendiri untuk melimpahkan perhatian dan kasih sayangNya pada kita, hamba-hambaNya. mungkin Allah tidak berikan dia ujian berupa kesakitan, tetapi Allah berikan dia ujian lain yang mampu dia hadapi.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."(al-Baqarah 2:286)

Alla juga ada berfirman tentang tahap ujian yang diberikanNya pada hamba-hambaNya. jadi janganlah merungut, kenapa ujian yang Allah berikan pada kita ini berat sangat. sebab Allah tahu tahap kekuatan hamba-hambaNya. itulah jela untuk hari ini. renung2kan dan selamat beramal ye. owh ya, selamat berbuka puasa! jangan lupa amalkan sunnah Baginda junjungan...3 biji kurma dan segelas air dan....berhenti makan sebelum kenyang. jangan makan ikut nafsu~

Tuesday, 9 August 2011

manusia atau binatang?


"kucing tu bila dah besar buang. mak tak suka bela-bela kucing ni."

aiya! sentap kot dengar mak cakap macam tu. ingatkan bulan ramadhan ni lembut sikit hati mak, nak benarkan bela kucing. last2....ayat diatas mak ungkapkan juga. hancur harapan anakanda. cheewah~ dah la sue dah mak kau tak suka kucing, takkan nak paksa mak kau suka kot. lepas mak cakap macam tu, aku pandang sahaja putih yang sedang menjilat-jilat anak-anaknya di dalam kotak yang telah disiapkan khas untuk dia dan 2 ekor anak dia(seekor lagi dah mati.punca kematian tidak dapat diketahui. sedih kot T_T)

saya renung dah terus merenung putih bersama dengan 2 ekor anaknya itu. macam ada suatu perasaan yang muncul bila melihat putih yang sedang membelai manja anak-anak dia. hati terdetik; sedangkan binatang pun tahu sayang anak, kenapa ada manusia yang tak tahu sayang pada anak mereka sendiri.

bila dah susah payah, bertarung nyawa nak lahirkan anak tu, manusia buang je anak tu. macam tiada perasaan. pernah kita tengok ibu-ibu binatang dalam dunia ni yang buang anak-anak mereka sejurus sahaja melahirkan? pernah? ada pula manusia yang bila dapat tahu anak yang dilahirkan dalam keadaan kurang nikmatnya, terus kata tak nak. tak sanggup nak bela. jatuh reputasi i. tu dia sampai macam tu sekali. reputasi dijaga bagai menatang minyak yang penuh, tapi anak-anak sendiri dianak tirikan. apa jenis manusia ni? ustazah saya kata manusia yang tidak dapat menerima ketentuan Allah, adalah manusia yang kurang imannya. nampak sangatkan?

anak itu anugerah Allah. anak itu Allah kurniakan untuk menambahkan lagi sakinah dalam sesebuah keluarga itu. anak-anak itu qurratu'ayun. penenang jiwa para ibu bapa. lalu, kenapa harus dibuang dan ditidakkan kehadiran penenang jiwa itu. persoalannya, kenapa? dunia ini memang sudah terbalik agaknya. diterbalikkan oleh penghuni-penghuninya. manakan tidak, diberikan hadiah yang mendatangkan manfaat malahan pahala, tetapi ditolaknya. sifat penyayang binatang itu perlu diambil contoh oleh manusia, agar manusia tidak digelar lebih teruk daripada binatang.

*mood:merepek sebelum berbuka


Saturday, 6 August 2011

stop from being a nosy person

watch this video first:



assalamualaikum...

dimulakan dengan bismillah disudahi dengan alhamdulillah...begitulah sehari dalam hidup kita, moga-moga dirahmati Allah..
sorry for my trouble horrible voice...but do i care that if you annoyed to hear it (macam depa dengar je). its my voice and i'm proud with my voice, because it's Allah gift. hee~sewel sebentar penangan tak dapat jawab pqs tadi. ahh!! ok, done.

so, are you fine today? hope all of you in pink of health! amiin~owh ya...alhamdulillah, thanks to Allah again and again and again for His kindness by give me a time again and again to continue my life in this world while increase my pahala and faith. alhamdulillah~alhamdulillah~alhamdulillah....so,what's topic that i want to share with you all today? like always i said sharing is caring~ to show my caring again (how many again i want to write?)  i would like to share about a nosy people or a busybodies or kaki penyibuk.


anda pernah tak berkawan or jumpa or kenal dengan mana-mana orang yang suka menyibuk? pernah?pernah? kalau tak pernah bersyukurlah..kalau pernah anda mesti faham macam mana perasaan saya bila terpaksa berkawan dengan seorang kaki sibuk, kan? kan? kan? bak kata shahrincool kalau nak menyibuk biarlah menyibuk yang positif jangan menyibuk yang negatif. yang positif? macam mana tu? ce terang, ce terang. ok,ok,ok...chillax dulu. menyibuk positif ni macam ni, contoh la kawan kita tak datang sekolah tiba-tiba, sedangkan selama kita kenal dia, dia tak pernah ponteng sekolah walau sekali pun. tak kiralah masa demam biasa ke, demam kepialu ke, dan segala jenis demam yang pernah dia rasa, dia tetap datang sekolah (lemah betul antibody). so, masa ni lah kita nak amalkan or pergunakan sifat menyibuk kita ni pada arah landasan yang positif, dengan bertanya pada orang lain sebab dia tak datang atau pergi rumah dia terus, tanya dekat dia sendiri kenapa dia tak datang sekolah. kan molek bebeno tu... this is a kind of positive busybodies. not like this...

A: eh, B kau ada dengar tak C kena tangkap dengan cikgu sebab dating belakang surau sekolah?
B: ada, ada, ada...teruk betul C tu. belakang surau pun jadi.
A: huh! C tu muka ja baik tapi perangai tak senonoh.
B: betul..betul..betul. aku setuju tu.

ha!!this is not a positive busybody. this is a negative busybody. they busybody about a negative thing (more to mengumpat la). so, to everyone who think that, they are a people is always busybody about other, about their negative thing, not their positive thing. please~listen this...it's annoying! pelase change~~~ you live in this world not just to think about your own feeling but also about others feeling. understand? others, feel that a people who love keep being a negative busybody, is annoying. A.N.N.O.Y.I.N.G. so, start from now for those a busybody person i encourage you to throw away your annoying negative busybody and lets change it to a postive busybody. ok, my dear brothers and sisters? thats all for today~'alaikumsalam. by the way, my exam officialy end today. i'm feel free for a while. but, yeah my revision will keep continues. no more rest shuhaida! i need to keep studying and studying~~

Wednesday, 3 August 2011

tak meriah ke?

assalamualaikum...

syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada saya, anda dan seluruh umat islam di muka bumi ini untuk terus bernafas dan mempertingkatkan lagi keimanan kita. alhamdulillah~sekarang dah 3 ramadhan, thats mean dah hampir 3 hari kita semua umat islam menjalani ibadah puasa. bagaimana puasa anda selama 3 hari ini? telah diisi dengan sebaik-sebaiknya? sudah juzuk ke berapa tadarus anda? penuh atau tidak tarawikh ya? hehe..banyak pula soalannya.

anda rasa ramadhan anda kali ini meriah atau tidak? ataupun sepi sahaja? erm...ada seorang kawan saya kata bahawa dia rasa ramadhan kali ini tak terasa kemeriahannnya. saya terfikir, ramadhan yang bagaimana bagi dia itu meriah? bagi saya, setakat ini ramadhan kali ini agak meriah berbanding dengan sebelum-sebelumnya. meriah bagi saya dalam erti kata lain, terisi dengan aktiviti berfaedah dan sebagainya. hurm..pandangan manusia itu berbeza-beza bukan?

sekarang saya tengah sibuk dengan exam. ah~agak menenangkan sedikit. tak terasa sangat stress ya. barakah ramadhan mungkin. tinggal 6 papers je lagi. esok kimia, admath dan syariah. owh~subjek hardcore tu. lebih-lebih lagi admath. study admath tadi pun pening je.. rabbuna yussahil~wish me the best ok. selamat berbuka!^^

Saturday, 30 July 2011

ujian itu bicara Allah



assalamualaikum...

first of all, thanks to Allah because still give me a chance for breath and live in this beautiful world. thanks to Him too because still be my Lord, still make sure that islam is my ad-deen and iman still in myself. huu~(tired speaking). this morning i'm really happy, because my cat 'putih' dah berjaya melahirkan anak-anaknya (kitten) tanpa ada sebarang komplikasi. alhamdulillah~congrats putih. moga kau mampu menjadi ibu yang mithali.hehe...sengal.

today, i'm feel like want to share something with you'll. sharing is caring right? so to show my caring i would like to share a message that had being sent by my friend a couple days ago.

"keyakinan kepada Allah adalah ibarat air kedamaian yang tak pernah kering menjadikan seseorang muslim tetap tegar disaat orang lain berguguran dan tetap tenang disaat orang lain ketakutan. biar rebah jangan berubah, biar terbuang tetapi terus berjuang. ujian adalah tarbiah dari Allah, semakin dekat bahtera kita kepadaNya, semakin hebat taufan melanda, tempuhlah sekudrat yang ada. jadikan Rasulullah s.a.w sebagai teladan tetap senyum walau dibenci, tetap menyeru walau diusir, tetap membantu walau disakiti..jadikan peribadinya menghiasi diri"

the message make my heart feel touching after read it. it's make me realise that if we put our believe in Allah higher than what we believe now, insha'Allah we can face out all our problem with a big smile and will not give up easily when we though that we can't handle the problem.

'ujian adalah tarbiah dari Allah...'

yeah thats right, ujian sememangnya tarbiah dari Allah. "Allah sedang berbicara denganmu!" tergiang-giang salah-satu dialog didalam ayat-ayat cinta diantara fahri dengan orang gila yang menjadi teman fahri ketika di  penjara. benar apa yang dikatakan orang gila tersebut. ujian itu juga adalah bicara Allah. melalui ujian Allah berbicara dengan hamba-hambaNya. ujian diberi untuk menguji sejauh mana kita sebagai hambaNya percaya kepada Dia. percaya bahawa Dialah pemberi ujian dan Dia juga penyelesaian kepada ujian yang diberiNya itu. ujian mampu mendidik manusia untuk kembali kepada dirinya yang sebenar-benarnya. ujian mampu mendidik mereka yang sudah terlalu jauh daripada landasan hidupnya yang sebenar. ada yang mengeluh mengatakan Allah itu tidak adil kerana terus-menerus memberikan ujian tanpa henti kepadanya. ada juga yang mengatakan bahawa ujian yang diberi Allah merupakan tanda Allah membenci dirinya.

sememangnya sempit pemikiran orang-orang yang berfikiran sebegitu. jika benar ujian yang diberikan Allah itu adalah penanda bahawa Allah membenci hambaNya lalu adakah ini bermakna Allah juga  membenci Nabi Muhammad s.a.w? why i'm say like that? because Allah always, non-stop give a test to Rasulullah. Prophet (pbuh) loss his family when he just a child, dicaci, dihina malahan dituduh gila ketika dalam usaha menyebarkan dakwah islam, dan banyak lagi ujian-ujian yang diberikan Allah kepada Nabi sepanjang hidupnya. i ask again, is that by the non-stop test Allah hate Rasulullah?totally NOT right? even, Allah juga berlaku adil terhadap Baginda. Nabi diberi ujian dengan ramainya orang membenci Baginda. namun, Allah telah menjanjikan bahawa apabila ada seorang yang membenci Baginda akan ada lebih ramai lagi yang menyayangi dan mencintai Baginda. its true right?

so why should we complain that Allah is not fair and don't love us so that He always give us a test. the truth is the test from Allah is a signs of His love to us. He spread His love in many ways that we can't imagine it. so, started from now, stop complaining and accept the test from Allah with a big-hearted. alright my dear brothers and sisters? can you do it? can you put a positive mind onto everything He had arrange for us?if yes alhamdulillah! if the answer is not, please think it back. perbanyakkanlah muhasabah diri.(likes zabrina a.bakar pula.huhu)

"apakah manusia itu mengira, Kami akan membiarkan mereka berkata: 'kami telah beriman', sedangkan mereka belum diuji? dan demi sesungguhnya, kami telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang sedemikian),nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."(al-Ankabut:2-3)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...